4 Dis 2012

[PANAS] Kamera AES Diturunkan! Tahniah Kerajaan Selangor!


Menyedari amaran keras yang diberikan Kerajaan Selangor terhadap pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mendapat bantahan rakyat seluruh negara, hari ini kontraktor yang dilantik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akhirnya menurunkan sebuah kamera yang dipasang di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) sebentar tadi.

Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu yang memberi amaran tersebut mewakili menteri besar, Abdul Khalid Ibrahim masih belum dapat dihubungi bagi memberi komen susulan daripada tindakan tersebut.

Kerajaan negeri memberi tempoh sehingga Isnin lalu bagi kementerian pengangkutan menurunkan kamera kontroversi itu atau berdepan dengan tindakan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diarah bersiap sedia sekiranya kementerian gagal berbuat demikian.

Malah sebuah pertubuhan NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga berhasrat untuk berbuat demikian dan hanya menunggu lampu hijau dari kerajaan negeri untuk menurunkannya tanpa menggunakan sesenpun wang pembayar cukai.

Kira-kira 50 orang pengguna jalan raya yang lalu di kawasan terbabit memperlahankan kenderaan masing-masing melihat operasi tersebut dijalankan tanpa kehadiran pihak polis seperti kebiasaannya.

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 256,899 saman telah dikeluarkan sejak AES beroprasi dari 23 September sehingga 26 November lalu.

Dari jumlah itu, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 142,809 saman dikuti Perak sebanyak 81,00, Putrajaya 22,876 dan Kuala Lumpur sebanyak 10,213 saman.

Saman tertinggi adalah melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju iaitu sebanyak 243,545 saman diikuti kesalahan melanggar lampu isyarat sebanyak 13,354 saman.

Perkara itu dijelaskan Timbalan Menteri Pengangkutan, Abdul Rahim Bakri di Dewan Negara semalam sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh Senator Khairiah Mohamed.

Sehingga kini, AES telah dipasang di 14 lokasi di seluruh negara.

AES di kawasan 30km/j kekal

Selain jumlah itu, Khairiah juga turut mempersoalkan berhubung dengan kajian semula AES di kawasan had laju 30 kilometer sejam dan nortis amaran di lokasi-lokasi kamera AES.

Dalam jawapannya, timbalan menteri itu berkata, setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula cadangan menguatkuasakan AES di kawasan had laju 30 kilometer sejam.

Katanya, pemilihan lokasi tersebut adalah dibuat berdasarkan kriteria yang teratur dan lokasi ini merupakan kawasan-kawasan sekolah di mana terdapat keperluan untuk menyediakannya bagi melindungi kemalangan di kalangan murid-murid sekolah.

"Walau bagaimanapun, penguatkuasaan di kawasan ini akan mengguna pakai kamera mudah alih dan dijalankan hanya pada waktu persekolahan sahaja," jelasnya.

Berhubung notis amaran pula, timbalan menteri itu berkata, notis telah dipasang dalam lingkungan dua hingga tiga kilometer bagi mengesan kesalahan memandu melebihi had laju, manakala bagi mengesan kesalahan melanggar lampu isyarat pula, notis amaran dipasang dalam lingkungan 50 hingga 500 meter. -jalanpulang

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syabas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.Lebih dari 50 tahun memerintah,UMNO/BN sudah lupa konsep Federalism.Depa tak faham atau tak tahu atau sengaja buat tak tau akan kuasa Kerajaan Negeri.Selama ni kerajaan pusat UMNO/BN dok bully kerajaan negeri,sekarang baru kena buku dengan ruas.

Tanpa Nama berkata...

Yee yee padan muka

Tanpa Nama berkata...

Kamera AES dah cabut, PRU13 orang muda nak cabut kerusi MP BN/UMNO dari parlimen, insyaallah

Tanpa Nama berkata...

AES sudah kurang duit pencen pun sikit lah nanti. Mungkin ramai jadi penternak lembu betul betul di kampong nanti, semua muka muka donno...

Tanpa Nama berkata...

walaupun secara dasar aku tak sokong aes ni...

tapi bodoh gak yang derang kata kat kawasan sekolah pakai kamera mudah alih... letak je la kamera yang biasa tu, tapi kalau kuar sama luar waktu sekolah... batalkan je la saman tu... bukan susah pun, ada time nga tarikh bila kamera tu rakam... leh tengok waktu sekolah ke tidak...

kalau dah bongok... hehehe...

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH PAKATAN RAKYAT, BARU PERINTAH NEGERI BEGITU PERIHATIN KEPADA RAKYAT, BN SUDAH NANYUK

Tanpa Nama berkata...

Kawasan 30kmj kereta lembu NFC pun kena kamera AES

Tanpa Nama berkata...

Perak negeri BN masih ada kamera AES, Patut tukar kerajaan PRU13

Tanpa Nama berkata...

saya adalah penyokong kuat PR; tetapi bab camera AES bertujuan baik untuk mengurangkan kemalangan dan menyelamatkan nyawa. Yang baik tetap baik; yg jahat kita tentang

don legend berkata...

buatlah yang terbaik...

Tanpa Nama berkata...

tadi saya baru jer lalu ikut SKVE ke hosp serdang dalam pukul 1 tgh, ada lagi la camera AES tu....