4 Dis 2012

Majoriti Pemimpin UMNO Akan Bersidang Di Sungai Buloh Tahun Depan

PAU 2012 hanya seperti pesta Glee.

Najib jerit lah awak sekuat mana kamu mahu. Bersembur air liur pun mengenai timbalan dan naib presiden parti UMNO pun tak kisah kerana ianya tidak sedikit pun mengobah nekad dan tekad rakyat mahu menyingkirkan UMNO dari Putrajaya.

Nak berperang macam Churchill pun tak mengapa- dalam longkang, celah kankang, dalam bilik, dalam stadium pun tak kisah. Tapi jangan lupa tentera bersekutu lawan parti Nazi yang macam UMNO sekarang ini.

yang menjerit perang sana sini ialah KJ seoarang sahaja- majority pemuda dan senior UMNO buat tak tahu sahaja.

Mampuih lah KJ kali ini.

Yang matlaon UMNO tahu, hendak kekal jadi ADUN atau MP. Rosnah Sherlin nak berperang apa- angkat badan sendiri pun tak boleh. Wanita UMNO- hendak tunjuk muka dikampung pun, rakyat lembukan mereka. Macam mana kita nak percayakan Shahrizat, orang yang tidor dengan dia pun, dia tak tahu apa kerja nya. Orang berkualiti macam inilah yang Najib cakap besar hendak mengurus Malaysia.

Bila saya lihat perwakilan UMNO mengibar ngibarkan placards dengan tulisan dan lakaran, kita sayangkan PM- saya ingatkan ini adalah projek Meng-Glee-kan UMNO. Glee ada lah suatu rancangan hiburan TV yang menjadi kegilaan anak2 muda diseluruh dunia.

Mungkin projek Gleekan UMNO adalah hasil pemikiran budak2 muda disekeliling Najib. Setelah 55 tahun kita merdeka dan umur UMNO 66 tahun, meremajakan UMNO yang difikirkan oleh pemimpn UMNO ialah mengGleekan UMNO.

Hidup UMNO! Parti pilihan Allah. Seperti yang saya sebut dan tulis, orang UMNO menyifatkan Allah pun ahli UMNO!

Tahun hadapan Dato Najib tidak perlu bimbang. PAU akan berjalan dimana ahli nya akan mengundi untuk menggantikan Najib. Najib akan disalahkan sebagai penyebab utama UMNO kalah PRU13. Majority pemimpin pula akan bersidang di Sungai Buloh.

Sebaik sahaja tamat ucapan memekik dan melolong, rakan saya dari UMNO talipon saya bertanyakan apa sudah jadi dengan presiden UMNO. Saya kata entah sebab saya tidak mendengar ucapan. Seperti yang lazim, saya lebih suka membaca yang bertulis. Pembacaan bahan yang bertulis mengelak kita daripada terpengaruh dengan penggayaan pengucapan Najib.

Saya bertanya- awak bekalkan sapu tangan atau tidak? Kertas tissue? Nanti presiden UMNO nak sapu mulut, takde apa2 bahan. Jaga2 kamu- kalau dia sapu mulut dengan tangan, kalau bersalam dengan dia, segeralah basuh dengan Dettol atau disinfectant. Air lir pembawa penyakit tahu.

Apa yang baru yang dibawa oleh Najib? Ini semua wine dalam botol baru. Bertahun tahun lama UMNO membantai pihak parti lawan. Dalam PAU mau bantai lagi? Muktamar PAS tidak ada masa pun membicarakan mengenai UMNO. PAU- semua sessi perhimpunan berkisar kepada pembantaian parti lawan. Itu maknanya, UMNO sudah kehilangan punca seperti juga Presiden nya yang tidak tahu bagaimana melepaskan UMNO dari jeratan tali disekeliling leher yang makin mengetat.

Apa yang kita harap dari seorang PM dan menteri kewangan yang tidak berani mempertahankan bajet yang dia sendiri bentangkan? Rakan2 dalam UMNO pun ramai yang menyampah dan meluat bila Najib sekian hari bunyi lebih dari seorang ustaz sedangkan memberi contoh najis mughallazah pun dia tidak tahu? Apa lah yang diharapkan daripada presiden UMNO oleh orang Melayu untuk membela Islam bila Islam dipermainkan dan dipersendakan, dia hanya tersenyum dan beri lagi upah RM30juta kepada Soi Lek?

Mari kita beritahu Najib al wasatiyah bahawa kebenaran bukan diukur dengan kuat jeritan kamu. Ucapan presiden UMNO tidak ada kesan kerana ianya pengucapan yang diperdengarkan kepada geng sendiri yang terdiri dari penyamun perompak, dan penyundal.

80% penduduk dari 29 juta rakyat Malaysia adalah dibawah umur 45 tahun, yang memandang masa depan yang gelap jika UMNO terus memerintah. Najib janganlah cakap besar seolah olah pemajuan negara ini hanya boleh dilakukan oleh UMNO. Cerdik mana sangatlah pimpinan UMNO? kecuali ahli UMNO sememangnya pekak, buta dan bisu- rakyat sudah melihat prestasi dan pencapaian negeri2 yang ditabir oleh Pakatan jauh lebih baik dari bagaimana pemimpin UMNO mentadir negeri masing2.

Semenjak dia ambl alih pentadbiran negara dari Paklah, hutang kerajaan federal meningkat dari RM230bn kepada RM502bn yakni, 2 kali ganda lebih!. Najib akan diingati sebagai PM yang paling boros. Dari 2008-2011, ubahsuai, penyelenggaraan rumah rasmi PM ialah RM7juta. Bil letrik sahaja RM10juta. Bil air sebanyak RM1.9juta. Najib bergentayangan seantero dunia dengan jet milik kerajaan menelan belanja RM17 juta. Inilah dia transformasi yang selalu disebut oleh Najib.

Setelah 55 tahun, 40% rakyat negara ini mempunyai pendapatan RM1500 sebulan yakni tahap miskin. Tahap kelayakan untuk dapat BR1M pun sudah RM3000. Dari 40% itu, 70% atau 8.5 juta adalah orang Melayu yang Najib omong kosong mahu memajukan.

Jika RM3000 dianggap tahap kurang pendapatan dan layak dapat BR1M, maka RM 1500 apa dia? 70% daripada 40% yang miskin ini ialah orang Melayu. Setelah 55 tahun merdeka, dan 66 tahun usia UMNO, jurang kekayaan paling terbesar ialah dikalangan orang Melayu. Apa yang Najib cakapkan?

Apa yang dilakukan oleh UMNO selama 55 tahun memerintah? Kamu parti Melayu tapi jurang kekayaan dikalangan orang Melayu paling besar? Ini bermakna, kepentingan yang kamu perjuangkan terutama semenjak 1981, ialah kepentingan penindas dan kepentingan tuan tanah kedawong.

Kita akan sambung membahas pengucapan yang penuh dengan kelentong, takabbur dan sombong. Tapi itulah UMNO. Parti penyamun, lanun dan penyundal. -sakmongkol

10 ulasan:

Amuraria berkata...

INSYALLAH MUDAH-MUDAHAN ,AAMIIN AMIIN YA RABBAL ALAMIIN ! ABU !

Awanama berkata...

Bang.. ni nak derma utk naiktaraf PSB kasi besar.. nak bank-in mana?

Transport kalo tak cukup,nanti hello ... ada kwn nak kasik pinjam treler pjg,bas 2 tingkat.ckp saja brp bijik mau pakai.. nak org kaki pikul atas bkg pun boleh..free of charge dukung sampai PSB.

ayah berkata...

umno tu hanya perasan nak menang lg..xperasan kaki dia dah mereput nak tumbangkan badan diri sendiri lps PRU13 ni..mulut dia masih menjerit sana sini mcm meroyan nak salahkan org lain sedangkan badan dia dah huyung hayang nak tumbang yg ditolakkan oleh `jari` rakyat..

Awanama berkata...

Saya sgt setuju ngan komen dr penulis ni... memang tepat n padat. Adakalanya komen yg benar hendaklah kita terima biarpun pedas.... Komen terbaiiikkk dr penulis yg pernah sy baca...

Pendekar Mustarrrr berkata...

Semua perlu waspada dan tenang menghadapi perancangan merapu mereka.

Mereka sedang jual ubat Pendekar Bujang Lapuk. Ketua Bahagian mereka menjajakan bahawa jika mereka kalah PRU-13, Trajedi 13 Mei akan berulang.
Kah..kah..kah... Aa...hakkkkk.....Tuihhh....

Awanama berkata...

Saya akan lihat persidang PAU di penjara Sungai Buloh pada hari tersebut. Maklum i nak lawat diaorang dan tanya macam mana rasa masuk penjara setelah kau hari - hari menyeksa orang di penjara dengan akta ISA.

Awanama berkata...

Ketahuilah, bukan senang nak masokkan orang kaya kedalam penjara. Orang kaya yang biasa hidup kaya, tak akan mudah serah diri masok jel ke atau masok jamban pun...

Agak agak bila hari pilihanraya, orang kaya2 sudah pun lariu keluar negara. sejak bila orang kaya2 pergi mengundi pun....?????

Orang kaya yang hidup merompaklah yang paling cepat chabut ke KLIA terbang keluar negara, jangan jangan ada yang sudah sewa kapalterbang jet menunggu chabut lepas SPR umum keputusan 'kantoi'...

Awanama berkata...

Tak kira siapa,yang salah dihantar ke penjara. Baru adil.

Awanama berkata...

Islam mengajar adil tak kira jawatan atau parti, yang salah tetap salah, nauzubillah

Awanama berkata...

sudah 55 tahun memerentah dan menyinkirkan ramai rakyat miskin, kini ada muka untuk menegur negeri perentahan pembangkang yang telah menunjukkan kemajuaan di negeri perentahan mereka.