21 Dis 2012

Menjelang PRU13: Video Baru Bakal Disebarkan, Pelakon Perut Buncit Ditukar!

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Umno BN sedang mereka-reka video fitnah baru terhadapnya atau pimpinan Pakatan Rakyat, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

“Saya diberitahu ada video baru. Dulu muka macam Anwar (tetapi) perut buncit. Sekarang tidak, muka macam Anwar, perut pun dah (di)kempis(kan).

“Politik sampai macam itu,” katanya kepada lebih 5,000 anak muda dalam program Jelajah Merdeka Rakyat Anak Muda di Petaling Jaya malam tadi.

Namun, Ketua Umum KEADILAN itu yakin rakyat lebih cerdik dan tidak mudah termakan dengan setiap fitnah yang dijaja juak-juak Umno BN.

“Saya yakin, Insya-Allah. Kita akan (dapat) lalui (dengan baik). Orang tanya kenapa saya yakin kita boleh menang? Saya kata: Apa kamu ingat rakyat bodoh?

“Rakyat di bawah, (yang) kerja kilang, buka gerai (dan) pendidikan (sekadar) tingkatan tiga dan lima tak semestinya bodoh. Sebab hati mereka bersih. Mereka mencari kebenaran,” katanya.

Pada 21 Mac 2011, trio ‘Datuk T’ – bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik; ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim menayangkan video fitnah seks kepada wartawan arus perdana di Hotel Carcosa Seri Negara.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhi mereka hukuman denda RM5,500 kerana menayangkan video lucah di tempat terbuka.

Video itu terbukti rekaan semata-mata berikutan pelakon watak Anwar, perutnya buncit, selain beberapa kelemahan lain termasuk rambut yang lebih panjang sedangkan sehari sebelumnya rambut Anwar, pendek.

Malah, KEADILAN juga membukti video yang menyerupai mana-mana watak sebenar boleh dihasilkan di Thailand apabila Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul ‘diubah suai’ menjadi P Ramlee. -KD

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itu ajelah kerja kerjasi bahalol, buat habis beras aje mak bapak mereka bela dari kecik sampai besar. Tak berguna langsung.... Anak anak Syria dan Gaza tak cukup makan, yang ada di malaysia buat kerja Bik!

Jangan jangan nanti mereka mereka terlupa, cari mamat kempis tapi gelap. Mana tau anak mamak nasi kandar pulak kali nih...bukan senang nak cari sama color perut DSAI tak putik cina, tak coklet melayu dan tak gelap india....mamak okay kot.

Ha ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

Video ceramah anwar kat taman sri manja hari tu takder ka ???

Tanpa Nama berkata...

UMNO macam Utusan Malaysia terlalu banyak bohong, sampai cakap yang benar pun rakyat kata bohong