4 Dis 2012

Lagi Laporan Polis Terhadap Shahrizat


.Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) hari ini membuat laporan polis di sini berhubung kenyataan Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil di perhimpunan agung parti itu yang didakwa bersifat hasutan.

Dalam laporan polis oleh ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim, mahu polis memulakan siasatan ke atas Shahrizat berdasarkan peruntukan Kanun Keseksaan ekoran ucapan menghasut beliau ketika merasmikan perhimpunan sayap parti berkenaan di PWTC pada 28 November itu.

Memetik laporan tersebut yang turut disebarkan oleh media-media cetak dan elektronik, Shahrizat berkata jika Umno atau BN tidak lagi berada di tampuk kuasa kestabilan politik (negara ini) akan goyang seterusnya mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

Dalam laporan polis itu, Shahril sebagai seorang warganegara Malaysia, berasa sangat terganggu dengan ucapan tersebut dan berpendapat bahawa ia adalah berniat jahat bagi tujuan mendatangkan rasa takut, rasa tidak selamat, tidak tenteram, ugutan, menghasut dan seterusnya mendatangkan khianat kepada ketenteraman awam.

Justeru beliau membuat laporan bagi polis memulakan siasatan ke atas Shahrizat di bawah mana-mana peruntukan seksyen 500, 503, 504, 505 dan 506 atau mana-man peruntukan undang-undang lain yang relevan atas alasan mengeluarkan kenyataan jahat yang mendatangkan khianat awam serta menggugat ketenteraman ekoran kenyataan beliau.

Sementara itu, Shahril dalam sidang medianya selepas itu menganggap kenyataan bekas menteri yang pernah terpalit dengan skandal lembu kondo itu, sebagai tuduhan melampau dan andaian jahat jika Pakatan Rakyat (PR) menang.

“Walhal PR telah buktikan negeri yang dikuasai selepas pilihan raya lalu bukan saja aman tanpa rusuhan kaum, malah terus maju sehingga diiktiraf oleh Ketua Audit Negara.

“Sebab itu bagi Pemuda PAS, ugutan Shahrizat ini melambangkan ketakutan parti pemerintah berhadapan pilihan raya akan datang kerana bimbang dihukum rakyat lalu mengugutnya dengan tragedi berdarah 13 Mei,” tegasnya.

Katanya, pada hari ini Pemuda PAS negeri-negeri membuat laporan polis seluruh negara terhadap isu yang sama. -HD

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setuju. laporan polis perlu dibuat. polis ni kalu melibatkan puak umngok, diorg takkan siasat dgn alasan xde org report. skrg da ader report. kita tgk aje ape tindakan polis. adakah sepantas dan cekap seperti mereka lakukan terhadap PR?

Tanpa Nama berkata...

Sedih Melihat Nasib Agama Islam, Masa Depan Orang-Orang Malayu dan Cucu Cicit Kita Dan Negara Kita Yang Kita Cintai Ini BINASA.

Apa yang saya nampak kita orang-orang Melayu akan membinasakan diri kita sendiri, agama Islam dan masa depan cucu cicit keterunan kita.

PUNCANYA ADALAH PERPECAHAN DIKALANGAN ORANG-ORANG MELAYU ISLAM ITU SENDIRI.

Kita perlu kaji sejarah negara jiran di selatan Semenanjung Malaysia. Asalnya Pulau itu milik Melayu. Melayu yang memerintahnya. Bila berlaku perpecahan dikalangan orang-orang Melayu di situ Bangsa Asing dapat menguasai negara tersebut. ORANG MELAYU DI NEGARA ITU HIDUP MEREMPAT DI NEGARA YANG PADA ASALNYA ADALAH MILIK MEREKA.

DIANTARA KESAN BURUKNYA ADALAH:

1) Tak mungkin orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri di negara tersebut.
2) Tiada juruterbang/pilot Melayu bagi pesawat pejuang tenteranya.
3) Azan tak bolek kuat dan speaker mesti menghala kedalam masjid
4) Saluran TV kegemaran orang Melayu tidak dibenarkan mengucap “Assalammualaikum” semasa memulakan apa jua rancangan
5) Dalam tentera kalau orang Melayu dapat jadi Sarjan sudah kira bernasib baik
6) Bila menghantar alatan-alatan tentera - tentera daripada Orang Melayu tunggu di gate sahaja dan tidak dibenarkan masuk kedalam pengkalan.
7) Penduduk-penduduk Melayu dipecah-pecahkan supaya tidak kuat.
8) Bangsa yang sama dengan pemerintah dibiarkan/digalakkan untuk menjadi rakyat negara tersebut. Ini terus menenggelamkan majoriti Melayu disana.

Apa yang menyebabkan berlaku keadaan tersebut ialah PERPECAHAN DIKALANGAN ORANG-ORANG MELAYU.

MAHUKAH KITA KEADAAN TERSEBUT BERLAKU DI NEGARA KITA???

Sebenarnya penindasan dan tekanan terhadap Orang-Orang Melayu secara halus telah pun mula berlaku di salah sebuah negeri di Negara kita ini. Negeri tersebut diperintah oleh Kembar Siam negara selatan.

JANGAN BIARKAN KEADAAN TERSEBUT BERLAKU DI NEGARA KITA INI!!!

Kehancuran Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara ini boleh dielakkan!!! Bagaimana?




ORANG MELAYU MESTILAH BERSATU

Jangan kira Parti – PAS, UMNO atau PKR. KITA BERSATU ATAS DASAR KITA ORANG ISLAM DAN ORANG MELAYU.

Bila bersatu kita tidak perlu “MEMINTA SEDEKAH UNDI UNTUK MEMERINTAH NEGARA KITA INI”

Hukum apa pun boleh kita laksanakan – UNDANG-UNDANG ISLAM, HUDUD dan sebagainya boleh kita laksanakan sebab KITA BERSATU DAN KITA MAJORITI.

Sekarang ni baik parti apa pun PAS, UMNO, PKR tak mungkin dapat melaksanakan Undang-Undang Islam OLEH KERANA KITA BERPECAH. Ini memang di sukai oleh bangsa asing. JANGAN KITA MELUTUT KEPADA MEREKA.

Ingat perintah Allah dan Rasullullah saw. Kita ORANG ISLAM mestilah bersatu barulah kita kuat.

SAYA CABAR PEMIMPIN PAS, UMNO DAN MELAYU DALAM PKR SUPAYA SELAMATKAN ISLAM, ORANG MELAYU DAN KETURUNAN KITA.

KETEPIKAN KEPENTINGAN DIRI SENDIRI DAN BERJUANGLAH UNTUK ISLAM, BANGSA MELAYU/KETURUNAN KITA DAN NEGARA KITA.

“BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH”

Ingat “Mereka Berpecah” Untuk Menguatkan Kedudukan Mereka.

Jangan Perpecahan Kita Mengjahanamkan Agama Islam, Bangsa Melayu Dan Negara KITA.

Saudara Ikhlas Memperjuangkan Islam, Bangsa Melayu Dan Negara Melayu ini ??? Tolong Sebarkan Nota Ini.

Terima Kasih

Tanpa Nama berkata...

LAPORAN POLIS DAN DIBUAT...!

POLIS BUAT APA.......?

The Fakhirin berkata...

Polis buat masuk dlm file la...

Tanpa Nama berkata...

Ramai lagi orang Melayu yang lemah baik pendidikan, jatidiri mahupun kekuatan pegangan agama Islam itu sendiri.

Jika Melayu itu seteguh Islam, agak sudah Melayu runtuh akibat mengikut nafsu tamak haloba. Akibat lemah pegangan agama Islam, Melayu menjual maruah tanahair dan bangsa untuk menikmati syok "orang kaya" sekejap aje sebelum mati nya tiba sehingga Melayu menjadi papa kedana.

Nasi Lemak makanan orang Melayu pun dikayakan oleh bukan Melayu... Melayu hanya pakar dalam benda benda merugikan seperti buang anak, rogol anak, rempit, rompak, ragut, ugut, dan tiru Gangnam Style nya.

Ketua Melayu pun tak nak jadi Melayu....macam macam~

Bombo berkata...

Bodoh betoi pihak diatas tu takut dgn bayang2,kita ingat kuasa itu di tangan rakyat bukan ditangan perdana menteri,kalau kera2 jaan tua merobek hasil kita,dato-dato baik2 kepala but**h...inilah persepsi melayu kita,senang diperbodohkan,mcmmana nak maju,setakat bersatu aja tak cukup ngoi...kita bukan nak berperang mendaulatkan negara ngoi..bodo..
kuasa hayat negara hanya 4thn d tangan rakyat...inilah d katakan negara berdemokrasi berparlimen...Xbagus rakyat terajang......

Andre Irwan berkata...

Kepada Anon Dec 4, 4.28pm,
Seronok wa baca kenyataan yang semangatnya nampak berkobar-kobar. Niat hang bagus tapi sayang, hang ni tak sesuai jadi orang Islam sebab hang ni rasis. Hang ni layak jadi Melayu aja. Hang takut Melayu hilang kuasa tapi hang tak pernah risau atau susah hati pada Melayu yang salah guna kuasa. Percayalah bahawa kalau Allah swt nak Melayu berkuasa, sudah tentu Melayu akan terus berkuasa. Muhasabah diri baik-baik supaya hang tak terpijak kawasan di luar Islam.
Islam ni universal. Melayu tu sempit. Jangan biarkan diri hang terpengaruh dengan dakyah UMNO piang. Hang sebenarnya takut UMNO hilang kuasa dan hang juga tak suka PKR maupun PAS berkuasa. Hang sebiji macam MCA dan Gerakan. Depa kata Guan Eng memberi dana yang banyak kepada pembangunan Islam, lebih banyak daripada semasa zaman BN, walaupun hanya ada satu adun PAS dalam Dewan. Masih tak sedar lagi siapa sebenarnya yang anti-Islam? Dulu waktu BN mempunyai ramai pemimpin Melayu yang kononnya Islam dan juga MCA serta Gerakan yang Pro-Islam tapi peruntukan untuk Islam jauh lebih kecil berbanding dengan DAP yang dikatakan anti-Islam.
Saudara, tak perlulah hang dok main sentimen perkauman dan diselit dengan sentimen agama. Keikhlasan kita hanya pada Allah swt. Kita tidak dapat memilih keturunan kita tapi kita boleh pilih jalan yang diredhai Allah swt. Ingat, kesudahannya ialah kita harus bersemuka dengan Allah swt. Entahlah sama ada di syurga mahupun di neraka. Hanya Allah swt saja yang berkuasa menentukannya. TAPI WA PASTI KALAU DENGAN SEMANGAT PERJUANGAN MELAYU, PASTI NERAKALAH TEMPAT PENGINAPAN KITA NANTI. INSYAALLAH.

Tanpa Nama berkata...

Bkn xbole bersatu..tp umno ni xpernah insaf,ape umno akn pulng sgala harta rompakn klu rakyat bersatu,klu dia snggup xperlu la ada pas pkr ke..tp klu ckp je baik xpyh, alasan lu lg2 singapore cm taktik umno,blik2 rakyt d salahkn..sbnr rakyat dh pilih pakatan rakyat hnya umno yg masih masih xsedar,ape ke slh rakyt memilih pemimpin yg telus dr pas pkr mau pun dap..klu x ok kite ubah la lg..tulisan ko nmpk sgt nk cover pemimpin umno skng ni msuk penjara krn mcm2 kjhtn yg mereka laku skng ni

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak bersatu, ameno tu dibubarkan. Semua masuk Pas dan PkR. Tp adakah pemimpin ameno ni bersetuju? Malas nak kata potong telinga. Aku gerenti puak2 pemimpin ameno ni x setuju sb itulah karier mereka selama ni. Dalam nak menjamin karier diorang, mcm2 fitnah sanggup diorang buat. Diorang tu mana reti nak buat kerja menoreh getah, kait kelapa sawit, jadi guru, jadi wakil takaful, menjaring@memukat ikan dan sebagainya. Ini kerana dah lama terjerumus dalam penyalahgunaankuasa untuk mendapatkan kemewahan gila2.

Hanya satu je cara untuk bangsa Msia, BN wajib ditumbangkan, ditukarkan dan digantikan

Tanpa Nama berkata...

Anon 4.28pm,

Singapura jatuh ketangan Lee Kuan Yew tak ada kena-mengena dengan perpecahan orang Melayu.Bacalah buku sejarah betul-betul.Singapura diserahkan oleh Tengku Abdul Rahman Putra,Bapak Kemerdekaan Malaya kepada Lee Kuan Yew tak tau apa sebab.Tahun 1963 PAS belum lagi kuat seperti hari ini dan cuma ada seorang dua aje wakil diParlimen.Jangan salahkan orang Melayu tapi salahkan UMNO kerana khianat kepada bangsa Melayu dan Agama Islam.

Tanpa Nama berkata...

Apalah bongok sangat komen yg atas tu. Dalam islam tak de langsung saranan berjuang demi bangsa.... Itukan asobiah namanye. Asobiah tu sesat..... Kan kalau kita berjuang atas landasan Islam yg sebenar yg syumul akan mendapat balasan baik yg setimpal.
Satu lagi.... Habis islam yg berbangsa selain melayu meloponglah dengan kaedah perjuangan ko tu. Kiita pun ada tanggung jawab jugak nak mengajak orang lain masuk islam. Sudah-sudahlah.....
perjuangan ko tu sebenarnya telah diresapi dgn ustat2 dalam umno. Aku tau lah sapa ko?

iluvmesia berkata...

to anon 4.28...malang sungguh negara malaysia mempunyai warga mcm anda...nak melayu bersatu??? untuk merelakan penindasan umno kepadamelayu ker...ha3...perompak melayu di kalangan umno&the gang nak dibiarkan sahj???...kalau umno/BN tu betul,jujur, amanah..tak de lah PKR.PAS.DAP & rakyat jelat nak membenci pemimpin &pendukung UMNO...anda pegi nasihat sama itu pemimpin UMNO ikut islam 100%...baru lah malaysia ni aman damai...