9 Dis 2012

Kaum Cina Mula Terima Lynas? KARUT!!!


Aktivis bidas dakwaan MCA kaum Cina menerima loji Lynas

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Aktivis alam sekitar membidas dakwaan MCA yang mengatakan masyarakat Cina sudah menerima kilang nadir bumi kontroversi Lynas Corp di Kuantan dan menyifakan ia bermotif politik kerana pilihan raya umum (PRU) ke-13 semakin hampir.

Pengerusi Gabungan Henti Lynas (SLC), Andansura Rabu menggambarkan kenyataan sedemikian sebagai sebuah kenyataan politik dan “kempen” oleh MCA untuk mendapat undi daripada kaum Cina.

“Mereka tidak ada data untuk menyokong kenyataan mereka,” kata beliau kepada The Malaysian Insider, sambil mengakui kebanyakkan kumpulan anti-Lynas adalah daripada masyarakat Cina.

Malahan Andansura berkata rata-rata peserta yang turun pada Himpunan Hijau di Dataran Merdeka bulan lalu majoritinya daripada masyarakat Cina.

Beliau merujuk kepada perhimpunan 25 November lalu semasa peserta berjalan daripada Kuantan ke ibu kota dengan jarak perjalanan 300km selama 13 hari.

“Ia bukti kaum Cina menentang Lynas, mereka tidak menerima,” kata beliau dan menambah masyarakat Cina tempatan sering bertanya tentang langkah susulan selepas ini.

Selain beliau, pengerusi Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas Tan Bun Teet menyuarakan pandangan serupa dengan mendakwa kenyataan tersebut “tidak berasas” sama sekali.

“Bagaimana mereka boleh buat kesimpulan begitu? Adakah terdapat referendum, pengundian, inkuiri orang awam yang dijalankan oleh badan bebas?” soal Tan.

Beliau berkata MCA sebelum ini menubuhkan satu kumpulan pemantau dalam isu Lynas yang dituduhnya sebagai cubaan memecahkan sokongan kaum Cina terhadap pergerakkan anti-Lynas tetapi mendakwa penduduk tdak akan melupakan “pengabaian” yang dilakukan oleh parti utama kaum Cina tersebut.

“Macam mana mereka boleh katakan masyarakat Cina beransur-ansur menyokong Lynas?” soal beliau, sambil menuduh parti MCA tersebut menubuhkan sebuah kumpulan pemantau yang tidak melakukan apa-apa.

Selain masyarakat Cina, Tan juga menegaskan bahawa pergerakkan mereka mendapat sokongan daripada segenap masyarakat dengan mengatakan masyarakat bukan Cina juga menentang loji Lynas tersebut.

Kedua-dua Andansura dan Tan berkata kumpulan anti-Lynas diterajui oleh penduduk tempatan.

“Tapi penduduk tempatan masih peneraju utama dalam perjuangan menentang Lynas....” kata Andansura yang menyatakan bahawa perjuangan tersebut “diusahakan” dan “diketuai” oleh penduduk Kuantan.

Beliau juga mendapati isu tersebut sudah menjadi topik nasional dengan banyak warga daripada negeri lain menyertai mereka untuk memberikan kesedaran dan tekanan kepada kerajaan.

Tan bersetuju adalah perkara biasa apabila bukan penduduk tempatan menyokong isu nasional dan memberitahu The Malaysian Insider bahawa kumpulan utama SMSL adalah dari Kuantan.

Kenyataan Tan tersebut bertujuan membalas laporan oleh pengerusi MCA Kuantan Datuk Ti Lian Ker yang mendakwa masyarakat Cina telah diperdaya oleh pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang kebanyakkannya bukan berasal dari Kuantan.

“Suruh dia beri bukti yang katakan kami perdaya... kami boleh buat penilaian sendiri....” kata Tan, sambil mendakwa mereka yang menentang terdiri daripada golongan berpelajaran dan disokong menerusi kepakaran masing-masing.

Selain aktivis, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh turut menyatakan bahawa masyarakat Cina masih lagi menentang loji Lynas tersebut.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bnda simple mcm ni pn org bn xbleh nk pkir..kalo btul projek ni bgus,takdaknya diorg susah pyh nk bukak kilang jauh2 kt cni..akai ada ka.

Tanpa Nama berkata...

Apabila kita sudah bertuhankan duit maka jadilah macam MCA alias UMNO. MCA dan UMNO tak peduli hal rakyat yang penting duit dapat. Inikah dikatakan UMNO memperjuangkan Islam? Sorry to said, apa yang i nampak UMNO memperjuangkan duit lebih daripada agama Islam. Fikir - fikirkanlah.

Tanpa Nama berkata...

kelakar bila tgk kt Berita tv3 aritu. wartawan dia Karam Sigh Walia. n sgt kesian dgn penduduk setempat, makcik2 yg taktau pape tu. konon pegang itu ini kt Lynas tu, pastu ckp 'tgk makcik pegang, xde kesan pape pn'.
bahan kimia ni makcik, kesan dia bkn serta merta. long term punya kesan. mgkn masa makcik x trasa lg, kesan dia pada anak cucu kita kelak. sb kte dh stuju sbb ditipu dlu, sanggup ke pastu kita nk tgk anak cucu kte yg sakit2 pastu?

b berkata...

membodohkan lagi memmualkan,langsung tak logik pembodohan demi pembodohan diatur oleh puak yg terang2 bodoh bila mengulas..aduhai malasia,mendapat pemimpin mcmni