29 Dis 2012

Himpunan 12 Jan 2013 Hantar Isyarat Akhir Buat SPR


Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini bakal menghantar isyarat yang jelas kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya tidak terus memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

HKR KL112 sebagai kemuncak kepada Bersih 1, Bersih 2 dan Bersih 3 bakal menghimpunkan sejuta rakyat.

Ia memberi amaran akhir kepada SPR supaya tidak memandang mudah segala rungutan terhadap ketelusan perjalanan pilihan raya.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, SPR yang dianggap senjata akhir kerajaan BN perlu berfikir banyak kali dengan amarah rakyat sebelum meneruskan rancangan di luar demokrasi bagi memenangkan BN.

“Sejuta rakyat yang akan datang ke Kuala Lumpur.

Ia akan mengajar SPR berfikir banyak kali.

Ini tentunya akan melahirkan rasa gerun untuk terus membiarkan organisasi itu diperalatkan kerajaan BN.

“Mereka perlu bertindak untuk tidak membiarkan rakyat asing menjadi penentu demokrasi di negara kita.

Jangan biarkan orang Bangladesh, Nepal, Filipina dan Indonesia mengundi untuk mengekalkan kerajaan yang ada sekarang,” katanya pada program Jelajah Anak Muda menuju himpunan Kebangkitan Rakyat di Dewan Majlis Daerah malam semalam.

Orang ramai tetap memenuhi ruang dewan biar pun banyak tempat di Kelantan sekarang dilanda banjir.

Rata-rata yang datang hanya mendapat maklumat melalui internet tanpa ada poster di merata tempat.

Hadir sama wakil-wakil NGO termasuk Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, wakil Royalti, Anak, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman, Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman, aktivis mahasiswa Adam Adli dan Ketua AMK Kedah, Azman Nasharuddin.

Program bermula solat Maghrib.

Pada program berkenaan juga orang ramai yang hadir turut melafazkan ikrar menuntu royalti yang diketuai Marziki Mat Rani.

Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata, berdasar kepada siri himpunan kebangkitan rakyat yang diadakan di seluruh negara sebelum ini, sambutannya begitu memberangsangkan sekali.

Menurutnya juga pihak pengurusan Stadium Merdeka yang akan dijadikan tempat perhimpunan itu mengenakan kadar bayaran sebanyak RM75,000 bagi membolehkan program itu diadakan.

Adam Adli yang digantung UPSI selama tiga semester kerana menurunkan gambar Datuk Seri Najib Razak di PWTC sebelum ini mengharap anak-anak muda datang beramai-ramai pada himpunan tersebut sebagai mencerminkan tuntutan mereka.

“Kalau kita seorang yang bercakap kerajaan tidak akan dengar, namun kalau sejuta rakyat menuntut kerajaan tidak boleh tidak mengendahkan lagi,” ujarnya.

9 ulasan:

Awanama berkata...

InsyaAllah, jika tiada aral melintang, saya akan turun padang. Jom kita berganding bahu tundukkan keegoan & kedurjanaan BN. InsyaAllah, PR akan menang. Allah sentiasa bersama pihak yang benar!

Awanama berkata...

rakyat yg mampu utk berhimpun jgn lepaskan peluang emas ini utk bersama2 kita tumbangkan umno dan kroni2nya mca/mic dan semuanya...lps PRU 13 kita mula meningkatkan kualiti Malaysia yg bnyk dirosakkan BN selama ini..

Awanama berkata...

Ikutkan rakyat PR menang besar.
Ikutkan SPR BN menang besar.
Oleh yang demikian, selepas #KL112,
kalau SPR masih lagi jadi
ANJING/BARUA UMNO, tidak juga berubah.
Kita ramai2 lawan SPR bukannya BN.
Biar Aziz Yusof dan Wan Ahmad
terkencing2 dalam seluar.
Kepada rakyat Indonesia, Bangla,
Filipina, Myanmar dan lain2 kita bagi amaran.
Kita rakyat Malaysia tidak pernah
mengundi di negara mereka jangan mereka
pula menyibuk mengundi di negara kita.
Malaysia rakyat Malaysia yang punya.
Bukan rakyat negara lain yang punya.
Mereka tiada hak untuk mengundi.

Awanama berkata...

aku dah lama berbulu ngan pendatang asing nih... dah pandai buat bumi kita cam tanah mak bapak dia!!!! pastu kurang hajar lak... insyallah lepas PR menang kita hantar diaorang blk beramai2!!!! masalah pekerja...kita halau org2 Malaysia yg pemalas jugak!!!

Awanama berkata...

TAHNIAH KEPADA PENGANJUR PRA PERHIMPUNAN 12 JANUARI 2013 PADA 31 DIS

Awanama berkata...

Kami orang muda sokong Pakatan Rakyat

OAP berkata...

Anonymous OAP said...

Kami orang atas pagar
bukan takut tapi sabar
Kami tengok kami dengar
Sesama kami beri khabar
Kami orang atas pagar
Sapa bagi kami sambar
Tak kira sehelai atau selembar
Baca blog tak baca surat khabar
Kami orang atas pagar
Dalam diam kami cabar
Kalau berani sila bubar
Saheh kami pangkah pi aarr
Kami orang atas pagar
Berita baik kami sebar
12 Jan jangan tersasar
Kami orang atas pagar

Awanama berkata...

kalau setakat rm75k tu, takde masalah..kita sama2 leh byr,bonus pun dah dpt..

Awanama berkata...

I harap jumlah yang datang melebihi dari 1 juta iaitu 3 juta orang datang. I harap media asing dapat sebarkan berita sebenar pada peristiwa tersebut sebab i tak yakin media tempatan akan sebarkan berita sebenar. Sorrylah i tak berniat nak malukan negara M'sia tapi biar orang luar tahu akan masalah ini dan mengharap pemimpin negara luar dapat mendesak UMNO untuk melaksanakan PRU dengan adil.