13 Dis 2012

[EDISI TERDESAK] Bendera PKR Dibakar, Budaya Politik Samseng Menular

Palong - Gerak kerja PKR yang sentiasa mendapat tempat di kalangan peneroka dipercayai menjadi punca bendera parti itu yang digantung di simpang masuk Felda Palong 4, 5 & 6, di sini menjadi mangsa khianat.

Naib Ketua PKR Cabang Jempol, Rebin Birham berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab membakar bendera parti itu, Ahad lalu, bukan saja biadab, malah menunjukkan rasa terdesak segelintir pihak yang cemburu melihat parti itu semakin mendapat sokongan.

"Saya lihat perbuatan ini adalah rentetan daripada rasa tidak puas hati pihak berkenaan terhadap PKR kerana gerak kerja dan segala aktiviti kita mendapat tempat di kalangan peneroka.

“Namun, peneroka kini lebih bijak menilai dan memilih parti mana yang mereka nampak lebih baik serta mempunyai masa depan untuk membela nasib peneroka,” katanya yang juga merupakan Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Keadilan.

Sementara itu, Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh berkata, tindakan tersebut menunjukkan amalan 'politik samseng' sudah menular di daerah ini, walaupun negara mengamalkan demokrasi membolehkan bebas memilih parti mereka mahu.

“Masalah ini bukan saja di Palong, malah kawasan lain turut terkena tempiasnya.

“Budaya ini perlu diubah. Kita minta kerjasama polis agar mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perbuatan tidak beretika ini," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Sementara itu, kejadian bendera PKR dibakar, Ahad lalu, disedari Setiausaha Ranting Keadilan Felda Palong 5, Mohd Razali Salleh ketika dia dalam perjalanan ke kebun.

“Semasa saya dalam perjalanan ke kebun sekitar 7 pagi, saya dapati satu bendera besar serta dua bendera kecil PKR telah dibakar dekat simpang masuk Felda Palong 4, 5 & 6.

“Saya terus buat laporan polis pada hari sama kerana ini adalah kejadian ketiga berlaku.

kami tidak puas hati atas tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya. -SH

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kes bakar membakar ini perlu di lihat dari kaca mata burunghelang, kira kan seperti anak anak main masak masak. anak anak yang main masak masak ini dikira kurang berakal matang, itu sebabnya di panggil anak anak.

biarkan saja masa berlalu yang akan mematangkan akal pemikiran anak anak tersebut, terutama anak anak kampong yang akalnya cetek setahap kerbau di bendang. kalau si kerbau pandai meragut sayur salad sebagai makanannya, bukan rumput, agak sukar jugak hendak menternak kerbau tu.

biarlah anak anak tu main bakar bakar, masak masak sampaikan asap pembakaran sesak nafas mereka. mungkin mereka boleh sedar akan kerja bodoh mereka lakukan itu kelak.

lagi pun, apa lagi anak anak Melayu nak buat di kampong tu kalau tak hisap rokok bakar duit rokok, elok juga dihisap asap asap pembakarannya. nama pun, anak anak kampong...kalau dapat disuruh buat kerja sapu sampah jalanraya pun, sudah dikra bijak juga kan?

alhamdullillah!

Hj Din berkata...

Sebagai ahli.... saya amat terkilan dengan tindakan menganggu bendera lawan ! Bukan begitu caranya. Perbuatan begini akan menambah kebencian lawan malah akan mengurangkan sokongan daripada kawan2 sendiri. Sepatutnya; lawan pasang bendera 10, kita pasang 20, lawan beri sumbangan 100, kita bagi 500, baru betoi ! AKAI ADA KA ?

Tanpa Nama berkata...

Assalam. Nak berhujah tak reti. Bakor jelah kerjanya. Satu lagi nak provokasi supaya ahli PR balas balik, macam kita tak tahu tektik2 pencacai ni. Yang penting jalan luas terbuka untuk PR ke Putrajaya, insyaAllah!