31 Dis 2012

Banglo Milik Zuhasnan & Jamaluddin Jarjis Mungkin Dirobohkan


Dua banglo, masing-masing milik Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, yang terletak di Puncak Setiawangsa berkemungkinan akan dirobohkan bagi memberi ruang zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran.

Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) Mohd Taufik Harun berkata sebelum sebarang tindakan diambil pihaknya perlu mendapatkan semua maklumat berkenaan keadaan tanah dan cerun tersebut.

"Orang boleh bagi pelbagai cadangan, tetapi kami akan mencari penyelesaian sebenar," katanya di Pusat Operasi Bencana Tebing Runtuh di sini hari ini.

Beliau berkata langkah tersebut bertujuan menyelamatkan empat rumah lain yang terletak di atas bukit dan mengurangkan tekanan tanah di atas bukit.

"Buat masa ini kita lihat tiada kesan teruk akan berlaku terhadap rumah penduduk di kawasan atas tapi yang kita dikhuatiri adalah rumah penduduk yang berada di bawah tebing cerun," katanya.

Menurut beliau hari ini pergerakan tanah masih aktif tetapi tidak seaktif Ahad.

"Tindakan segera sekarang kita perlu musnahkan banglo yang terjejas itu sebab akan sebabkan runtuhan tanah lebih teruk dan kita akan cuba alihkan bongkah konkrit yang berat kira-kira 8,100 kilogram secara perlahan-lahan," katanya.

Beliau berkata kaedah yang betul bagi proses merobohkan banglo itu perlu dilakukan bagi mengelakkan keadaan runtuhan tanah dan cerun menjadi teruk. - Bernama

11 ulasan:

Ammy Hassan berkata...

Kawasan yang terlibat adalah laluan air yang telah ditimbus bagi membina puncak Setiawangsa. Kerakusan dan keegoan manusia untuk tinggal di puncak 'kayangan' mendapat tempelak daripada Allah swt yang tidak mensyukuri nikmat yang diberi...

Awanama berkata...

Boleh bail out tak? Tak banyak. Puluh-puluh juta saja

Kebenaran berkata...

Apabila Allah SWT murka alam pun ikut marah, apabila Allah SWT benci alam pun ikut membenci. Alam(nature) yg berupa tanah, angin yg bermacam bentuk seperti taufan dan puting beliung, ayer, api, gemabumi, gunongberapi dll adalah senjata ampuh Allah SWT yg tiada boleh ditandangi oleh kuasa manusia. Apabila mereka marah lalu menyerang walau mcmana pun kepintaran dan kehebatan manusia untuk menghalang pasti akan menempuh kegagalan, kebinasaan dan kehancuran.

Awanama berkata...

Segala yg manusia miliki hnyalah pinjaman sementara dari Allah SWT, bila2 masa shja diambilNya balek dan bila2 masa boleh dibinasakan, dijahanamkan dan dihancurkanNya tanpa memberi amaran umpama ajal maut yg dtng tanpa diundang.

Osama berkata...

Selamat menempuh 2013 tahun kebinasaan umno & keruntuhan kerajaan BN.
Yes! Year 2013 UMNO Be End.
Justru itu maka kita tunjukan solidariti rakyat prihatin yg inginkan perubahan!
Jom kita ramai2 ke Himpunan Kebangkitan Rakyat pd 12hb January 2013 di Stadium Merdeka!
Kita realisasikan 1 juta kehadiran utk beri isyarat kpd SPR agr usah jdi kaldai tunggangan umno!!
Sayomara ya umno be end usah pekak badak!!!

Osama berkata...

Selamat menempuh 2013 tahun kebinasaan umno & keruntuhan kerajaan BN.
Yes! Year 2013 UMNO Be End.
Justru itu maka kita tunjukan solidariti rakyat prihatin yg inginkan perubahan!
Jom kita ramai2 ke Himpunan Kebangkitan Rakyat pd 12hb January 2013 di Stadium Merdeka!
Kita realisasikan 1 juta kehadiran utk beri isyarat kpd SPR agr usah jdi kaldai tunggangan umno!!
umno be end usah pekak badak!!!

Osama berkata...

Selamat menempuh 2013 tahun kebinasaan umno & keruntuhan kerajaan BN.
Yes! Year 2013 UMNO Be End.
Justru itu maka kita tunjukan solidariti rakyat prihatin yg inginkan perubahan!
Jom kita ramai2 ke Himpunan Kebangkitan Rakyat pd 12hb January 2013 di Stadium Merdeka!
Kita realisasikan 1 juta kehadiran utk beri isyarat kpd SPR agr usah jdi kaldai tunggangan umno!!
umno be end usah pekak badak!!!

Awanama berkata...

Bukan saja-saja nak roboh rumah tersebut, tentu ada bayaran ganti rugikan?

wanie berkata...

Nak roboh, robohkan le, tak heran punye sebab duit simpanan berjuta. Sekejap aje dah boleh bina semula beb !

Awanama berkata...

Kemungkinan ALLAH SWT hendak mempertunjukan bahawa hasil kekayaan dari punca tak berkat tidak dapat bertahan lama....

Firaoun pun hancur, inikan pula mamat Dumbno yang rata rata anak anak Melayu yang mulanya orang kampung tak kaya, boleh mengkaya sendiri dan keluarga dalam umur muda.

Sekim Cepat Kaya tak boleh bertahan kerana asasnya tidak kuat, berbalik lah kepada Al Quran dan Sunnah serta kuatkan iman dan taqwa.

shidine didine rahman berkata...

...setidak tidaknya marilah kita bersama sama berkongsi kesedihan atas mala petaka yg menimpa sebahagian daripada kita...Allah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar...