3 Nov 2012

Merompak Dengan Bawa Bas Sekolah


.KUALA LUMPUR : Sekumpulan penjenayah, sebahagian besarnya bermotosikal turut menggunakan sebuah bas sekolah untuk mengangkut pelbagai kelengkapan penunggang motosikal berkuasa besar terutama jaket kulit yang dicuri daripada sebuah kedai di Jalan Genting Klang, di sini, awal pagi semalam.

Jenayah berlaku pada jam 5.30 pagi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, Alpinestars Shop Malaysia menunjukkan sekurang-kurangnya lapan lelaki terbabit kejadian itu.

Rakaman itu menunjukkan tujuh penjenayah terbabit menaiki motosikal serta memakai topi keledar manakala seorang lagi memandu bas sekolah dan mereka mengambil masa hanya tiga minit untuk mencuri barangan bernilai hampir RM70,000.

Pengurus Besar, Alpinestars Shop Malaysia, Rudi Fariq berkata, ini kali pertama kedai syarikat berkenaan dirompak dan beliau percaya ia sudah dirancang kumpulan terbabit.

“Kalau lihat pada rakaman CCTV, cara mereka lakukan rompakan sangat teratur dan hanya beberapa minit diambil untuk melarikan barangan kami bernilai hampir RM70,000. -HM

3 ulasan:

Osama berkata...

Betul ke tu sati rompakan?
Memetik kata2 Menteiri Dm Negri Dato Hishamuddin, peningkatan jenayah di Malaysia ni hanya lah persepsi! Rakyat terkeliru dgn dakyah2 pembangkang hinga menjejaskan reputasi profesion kepolisian!
Hakikatnya rakyat yg nampak polis tidak melaksanakan t/jwb sebenar mnjaga ketenteraman & kselamatan awam. Polis dilihat tdk berkredibliti kerna mefokuskan pengintipan & pemantauan aktiviti2 & ahli2 politik yg brlainan parti slain UMNO Be End shja. Polis lbh cendrung & terlalu memihak kpd parti2 dlm Be End! Parti2 pbangkang srta pnyokong2nya dilayan spt pendatang di negara sndri!
Ni lah rupa pemimpin2 Umat Melayu Naif Otak nya warga Be End yg smemangnya dulu kini & selamnya nomad pemikiran & ideolognya.

Tanpa Nama berkata...

Konvoi jelajah 1 malaysia makin dekat. Peserta yang masih kekurangan kelengkapan makin terdesak. Modal tak cukup, peruntukan lambat.

Tanpa Nama berkata...

Konvoi jelajah 1 malaysia makin dekat. Peserta yang masih kekurangan kelengkapan makin terdesak. Modal tak cukup, peruntukan lambat.