3 Nov 2012

Berita Yang Cemas dan Lemaskan Najib: Presiden PAS Sedia Tanding Di Pekan


PRU13: Presiden PAS sedia bertanding di Pekan

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat kejutan apabila menyatakan kesediaannya bertanding di Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Beliau akan mengikut keputusan parti sama ada dikekalkan bertanding di Parlimen Marang atau Pekan, Pahang pada pilihan raya akan datang.

“Saya ikut keputusan parti. Saya serah kepada parti dan partilah yang akan buat keputusan. Parti hendak suruh bertanding Marang ke… atau Pekan, termasuklah, jika parti suruh saya bertanding di Pekan, saya bertanding di Pekan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media sama ada kekal bertanding dua kawasan, Dun dan Parlimen selepas Majlis Pelancaran Dana Pilihan Raya Umum (PRU13) Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu di Dewan Tok Guru Rusila, hari ini.

Menurutnya, jawapan muktamad terserah kepada parti yang akan menentukan kawasan yang bakal ditandingi kelak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menyatakan kesediaan jentera PAS pada bila-bila masa diadakan pilihan raya kerana persiapan telah dibuat sejak setahun lalu.

“Saya sudah melawat keseluruhan kawasan pilihan raya sejak setahun lalu. Saya buat jadual melawat dan keseluruhannya kerja telah dibuat sejak setahun untuk menghadapi pilihan raya bila-bila masa.

“Bahkan, kebanyakan Dewan Undangan Negeri (Dun) telah membuat culaannya yang terperinci. Ini termasuklah, persediaan jentera pilihan raya secara menyeluruh. Cuma kita menunggu tarikh pilihan raya pada bila-bila masa sahaja,” ujarnya. -HD

yabas Abdul Hadi Awang Oleh Mohd Sayuti Omar.

Kesediaan Presiden Pas Abdul Hadi Awang untuk bertanding di Pekan dalam pilihan raya akan datang bagi menentang Ha Najib Razak rasanya perlu dihormati dan difikirkan sebagai anjakan keberanian baru dari Pas oleh kepimpinan Pas dan seluruh ahli jemaah itu. Saya tidak merasakan Abdul Hadi berseloroh dengan kesanggupan itu sebalik ianya satu komitmen yang baik dan serius.

Sewajarnya ketua sebuah parti berdepan dengan ketua sebuah parti yang bertentangan. Jangan persoalkan apakah Pekan itu kawasan lawan atau tidak, yang pentingnya Abdul Hadi ke situ bagi menumbangkan ketua parti yang dimusuhinya.

Walaupun mungkin kenyataan itu lebih kepada gimik, tetapi ada kebenarannya di situ.Mungkin Abdul Hadi memberi mesej untuk berdepan dengan Umno beliau sanggup pergi ke mana-mana saja kawasan yang sekaligus menyerlahkan beliau sudah hilang sabar dalam berdepan dengan kerenah Umno.

Cara itu juga membuktikan bahawa Pas bukan berjuang di dalam lopak sendiri tetapi perjuangannya universal.

Bagi Abdul Hadi kemenangan kerusi dan memenanginya bukan yang mutlak. Baginya kesediaan melawan seorang ketua parti yang ditolak atau dianggap sebagai jahat, khianat adalah satu tanggungjawab dan kewajiban. Kalau perjuangan Pas benar dan apa digagaskan Abdul Hadi adalah haq kenapa harus takut membiarkan dia ke Pekan.

Tidak timbul kalau ada mengatakan Abdul Hadi sengaja mencari naas. Bagi perjuangan Pas dan beliau sendiri, kemenangan itu bukan bermakna memenangi kerusi tetapi kemenangan itu adalah berlawan dengan musuh secara mendada. Tidak juga perlu soal bukankah kalau kalah Abdul Hadi tidak boleh memegang jawatan? Persoalan itu hanya bagi mereka yang jahil dan naif dalam memahami erti perjuangan.

Saya berharap kenyataan dan kesediaan Abdul Hadi itu menjadi realiti. Kalau hasrat Abdul Hadi itu menjadi kenyataan, sayalah orang pertama akan menjunjung duli kepada presiden Pas itu dan menerimanya sebagai seorang pejuang tulen yang berani, ikhlas dan bertepatan dengan prinsip perjuangan Islam ala Pas. Bahawa Abdul Hadi bukan seorang politician sekluar dan munafik seperti kebanyakan yang lain yang juga pengecut untuk mengejar musuh ke hingga ke laman rumah.

Syabas kepada Abdul Hadi Awang atas keberanian melemparkan hasrat itu. Dan Pas perlu mencuba strategi berkenaan. -MSO




10 ulasan:

Waris berkata...

Alamatnya najib akan istihar bertanding di putrajaya nampaknya. Itu je tempat yang paling selamat buat najib buat masa ni.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa ini tidak lebih sekadar gimik politik,

teringat dulu, Haji Hadi ada menyatakan bahawa beliau mahu berundur dan tidak mahu bertanding dalam PRU13.

tiba-tiba dia menarik kenyataan (atas alasan menghormati Syura Parti)

sekarang, Haji Hadi buat gimik sekali lagi, kononnya nak bertanding di PEKAN, kemudian serah kepada (Syura Parti).

Kalau Haji Hadi benar-benar ikhlas, sepatutnya haji hadi berpegang kepada kata-kata beliau,

cukupla dua kali saya rasa tertipu dengan muslihat politik haji hadi, kali ini tidak..

Sudah tiba masanya Haji Hadi undur dari kerusi presiden dan serah jawatan tersebut kepada Timbalan Presiden, Tuan Haji Mohamad Sabu.

apekah berkata...

@ anon 12:56 am

ko neh kompem bkan ahli pas...kamon la, nak laga2kan ahli pas la konon. 1st, bukti yg ko bkn ahli pas, majlis syura adalah badan tertinggi parti pas, lebih tinggi drpd presiden pas mahup pun mursyidul am.

kmudian, taktik ko nak laga2kan golongan ulama (tg hj abd hadi) & golongan professional (mat sabu) adalah taktik biase yg dimainkan oleh golongan umno jahiliyah....aku xnak komen pnjang2 psl kejahilan ko, cme aku nk bagi hint kt ko, cri apekah itu majlis syura & peranan nya.....

Tanpa Nama berkata...

Cara terbaik untuk menghilangkan pengaruh Syaitan Di Kenali ialah dengan meramaikan umat umat Islam yang teguh iman jauh dari sifat munafikun. Tahniah!

Amat jelas nampak Syaitan akan pupus di mukabumi ini, satu persatu.

Zul Muhammad berkata...

hahha..perang habis-habisan..

Tanpa Nama berkata...

itu la kelebihan Syura Parti PAS..
Melebihkan keaslahan Parti dari individu....

Walaupun pemimpin merasakan untuk mengundur diri tapi mereka tetap akur dengan keputusan Majlis Syura walaupun Presiden Parti sekalipun....

Tanpa Nama berkata...

Komen TGHA tu sekadar seloroh je...takkan beliau nak tanding di Pekan. Buatnya bungkus nanti habuk pun tak dak. Tak boleh masuk parlimen. Cakap berdegar2 dalam ceramah tak guna sbb paling penting dalam sistem demokrasi ialah cakap dalam Parlimen sebagai ahli Dewan Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Sudah tentu Najib akan lari cari kawasan selamat.

Tanpa Nama berkata...

Najib kat Putajaya & Labuan la paling selamat.. KL dah tak selamat..

Tanpa Nama berkata...

Najib lari ke parlimen pasir mas la..heheeh...breheng ali btanding kt pekan lawan tghh..amacam?