6 Nov 2012

Jenayah Menurun? Anak Bekas Ahli Parlimen BN Kena Tetak


Kuala Lumpur — Polis sedang menjejak lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes tetak anak bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh (BN) berhampiran deretan kedai makan di Seksyen 6, Wangsa Maju di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi Bernama berkata masih belum ada sebarang tangkapan yang dibuat setakat ini.

“Pihak kami kini sedang menjalankan siasatan lanjutan untuk menangkap suspek-suspek ini,” katanya.

Beliau berkata mangsa Wan Mohd. Faizal, 24, iaitu anak kepada Datuk Wan Mohd. Najib Wan Mohamad kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian badannya.

“Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan akibat ditetak,” katanya.

Wan Mohd Faizal cedera parah selepas ditetak tiga lelaki dengan menggunakan parang dan dipercayai terdapat dua lagi suspek yang ketika itu sedang menunggu di dalam sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam berhampiran lokasi kejadian. — BERNAMA

Anak Bekas MP Pasir Puteh Cedera Parah Ditetak

KUALA LUMPUR: Anak lelaki bekas anggota Parlimen Pasir Puteh, Kelantan cedera parah selepas ditetak dengan parang oleh seorang daripada tiga lelaki yang menyerangnya berhampiran deretan kedai makan di Seksyen 6, Wangsa Maju, pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supritendan Othman Abu Bakar berkata dalam kejadian 10.

30 pagi ini, anak kepada Wan Mohd Najib Wan Mohamad iaitu Wan Mohd Faizal, 24, cedera di bahagian belakang kepala, tengkuk dan tangan.

"Ketika kejadian, mangsa berjalan bersendirian melalui deretan kedai makan sebelum dia diserang tiga lelaki terbabit manakala salah seorang daripada suspek telah bertindak menetak mangsa menggunakan sebilah parang.

"Mangsa kemudiannya berjalan ke sebuah kedai makan untuk meminta pertolongan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program keselamatan jalan raya 'Reuniting Families-Child Safety Road Show' di sini, Ahad.

Othman berkata, dipercayai terdapat dua lagi suspek yang ketika itu sedang menunggu di dalam sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam berhampiran lokasi kejadian.

Motif kejadian masih lagi disiasat, katanya.

Beliau berkata Wan Mohd Faizal yang bekerja sebagai jurujual kereta kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur
-BERNAMA



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selagi tak kena pada ahli keluarga atau sedara-mara mereka boleh lah para pemimpin BN, KPN, Menteri Dalam Negeri dan Idri Jala melalak kata indeks jenayah menurun.

Moga Allah beri pengajaran pada mereka supaya buat kerja sungguh-sungguh menggalas amanah rakyat - tak kisah lah pengajaran secara halus atau kasar/keras asal mereka sedar...

Merak Langit

Wak Labu Farm berkata...

tersalah orang kot....

Tanpa Nama berkata...

BN NAK SIASAT BN, SPRM BARUA UMNO, MANA BOLEH SIASAT, NANTI TAK DAPAT GAJI