8 Nov 2012

Isu Nurul Izzah: PAS Sedia Hadap Sultan Jelas Kekeliruan

PAS tidak keberatan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah dalam masa terdekat bagi menjelaskan perkara sebenar kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengenai hak kebebasan memilih agama.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad berkata, maklumat sebenar mungkin tidak dijelaskan sepenuhnya kepada Sultan Sharafuddin oleh Majlis Agama Islam (MAIS) menyebabkan baginda memberikan respon sedemikian.

“Saya yakin Sultan tidak mendapat kenyataan Nurul yang sebenarnya.

Kalau tidak saya sendiri boleh menghadap Sultan untuk memberitahu.

“Saya cukup friendly (baik) dengan Sultan. Saya sendiri boleh membawa kenyataan sebenar kepada Sultan,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata demikian ketika diminta menjawab mengenai kenyataan MAIS yang menyampaikan kekecewaan Sultan terhadap isu itu.

Pengerusi MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dilaporkan semalam berkata, baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.

Dzulkefly berkata, beliau bersedia menjelaskan perkara yang sebenar kepada Sultan sehingga bagaimana ia boleh diputarbelitkan sehingga ditafsirkan sebagai menggalakkan murtad.

Informasi sebenar

“Saya ahli Parlimen negeri Selangor dan tentunya saya yakin atas menjaga martabat Sultan saya sendiri boleh mengangkat informasi yang sebenarnya,” katanya.

Beliau bagaimanapun, berkata tindakannya itu bukan bermakna secara peribadi mahu mempertahankan Nurul Izzah sebaliknya ia soal hukum agama yang sengaja dipolitikkan oleh pihak berkepentingan.

“Saya yakin seperti (Datuk) Hasan Ali dan semua yang buat kenyataan mereka tidak berlaku adil untuk benar-benar tak meneliti apa yang disebutkan Nurul.

“Tak bermakna sebagai orang PAS dan Pakatan saya pertahan Nurul tetapi saya mahu suarakan apa yang benar.

“Jangan sampai kerana kepentingan politik kepartian sanggup (memutarbelitkan hukum agama)…bayangkan orang yang komited pada agama, sembahyang lima kali sehari boleh dikatakan mengajak orang keluar agama dan dia boleh percaya,” katanya.

4 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

Elok lah di musim musim pilihan raya buat kenyataan kenyataan yg.bolh di gunakan pihak yg.dari dulu kini dan selama lama nya suka memutar belitkan fakta apa lagi dari segi hukum berkaitan Agama.,.

Masa yg terluang utk menguatkan Jemaah..di buang kearah yg.tidak mendatangkan keuntungan kepada parti.

Nurul Izah pun jangan cuba mencari publisiti dgn mengeluarkan kenyataan utk menonjolkan diri di saat ini..sedangkan ketika Parlimen memutuskan tambahan Budget/isu kampung baru..beliau salah saorang Ahli Parlimen yg hampir dgn Parlimen x hadir.

Kita meneliti menilai sebelum mengundi.,wpun dlm PR dan ABU.

Osama berkata...

Ampun Tuanku pemilki takhta
Hamba rakyat biasa sembah derhaka...
Usah tuanku murka putar belit media
Lantaran kebiadaban Umat Melayu Naif Otak nya!

Hamba sekadar mengkhabarkan tuanku
Belum pun reda purnama yg berlalu
Islam diperlekeh hudud diperleceh semahu2
Dek MCA namun UMNO hanya buat tak tau
PM berbangsanya Melayu hanya termangu2!

Ampun Tuanku
UMNO yg mendabik pejuang Melayu
Bersahaja mengkocak daulah tuanku
Kerna cemburu minda mreka celaru
Kemuafakatn PR dilihatnya bagaikan hantu!

Tuanku lebih arif akn jauhari
Kekhilafan rakyat wajar diperhalusi
Tiada menafaat turutkn emosi
Rakyat marhaen turut memerhati
Kesaksamaan tuanku turut diadili!

Hamba cuma rakyat marhaen
Gulana rakyat prasangka aagama dipermain2
Umat Melayu Naif Otak nya & kroni Be End
Cuba merobek2 muafakat yg terjalin
Tiada mereka bermain2
Mereka nekad setega stalin!!

Titah tuanku ibarat penyuluh
Damaikn hati rakyat yang mengeluh
Adili sesaksama secara menyeluruh
Usah dibiar jiwa rakyat yg makin luruh
Terkilau akan tuanku sekadar berpeluk tubuh!

Raja adil raja di sembah
Raja zalim raja di sanggah
Iitu lah pesanan sahabat tok Tuah
Walau lusuh dilipatan sejarah
Namun gagah merandok menerjah
Sehangat semerah darah!!!!

Ampun Tuanku
Beribu2 ampun










Awanama berkata...

barua UMNO memang suka putar belit fakta

Awanama berkata...

Nasihat pada pemimpin-pemimpin PKR.Banyak lagi isu-isu yang boleh diperkatakan.,Kalau tak faham dan tak arif tentang Islam,tak usah nak pandai-pandai sebab media tali-barut UMNO sentiasa cari jalan untuk memutar-belit kenyataan.