7 Nov 2012

Isu Nurul Izzah Diputarbelitkan Oleh Utusan Yang Telah Kalah Banyak Kali Di Mahkamah


MMursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, beliau tidak bercadang untuk mengulas kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kerana ia disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

"Saya ditanya tentang isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berhubung isu bebas untuk memilih agama.
"Saya lihat akhbar yang meletakkan isu ini di muka hadapan ialah akhbar yang sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat.

"Justeru, saya kira amat tidak wajar memberikan ulasan hanya semata-mata berasaskan laporan akhbar ini," katanya.

Nik Aziz berkata demikian melalui kenyataan ringkas yang disiarkan dalam facebooknya hari ini. Dalam masa sekejap sahaja beribu-ribu pengikut facebook beliau share kenyataan beliau itu dalam facebook mereka.

Hampir 2,000 pula memberikan komen mereka mengenainya.

Utusan menjadikan berita Nurul Izzah tentang kebebasan agama di muka depannya.

Nurul dalam kenyataan balasnya menafikan laporan Utusan itu dan akan menyaman kedua-dua akhbar yang memutarbelitkan kenyataan itu.

Izzah lantik 2 peguam, saman 2 akhbar dan beberapa blog

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah mengarahkan dua peguamnya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah agar mengambil tindakan undang-undang ke atas dua akhbar dan beberapa blog berkaitan laporan isu kebebasan beragama, yang didakwa berbaur fitnah.

"Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau tidak sanggup melihat "fitnah akidah" diteruskan.

"Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan," kata wakil rakyat penggal pertama ini.
-SH



6 ulasan:

Hj Din berkata...

Tak payah komen apa-apa laaa. Yang pasti orang gila tak diwajibkab solat !

Tanpa Nama berkata...

Utusex,utusan merapu,utusan meloya...balaci UMNO

XUMNO berkata...

Satu reaksi dan jawapan yang amat bernas dan tepat dari seorang pemimpin yang soleh dan beriman. Ia menepati suruhan Allah' " Bila datang satu berita daripada orang Fasik...." Cuma di ingatkan kepada pemimpin2 Pakatan khasnya PKR supaya jangan kita banyak bercakap perkara2 yang kita buka ahli terutamanya bab islam kerana musuh2 islam akan mengambil peluang memutarbelitkan apa yang dikatakan. Jangan mudah diperangkap oleh agen2 musuh.

Tanpa Nama berkata...

ADA JUGA ORANG GILA WAJIB SOLAT,GILA JUDI,GILA BETINA,GILA TALAK,GILA PANGKAT GILA BABI,KALAU GILA ISIM TU TAK TAU HUKUM MANA NAK GUNA!

Tanpa Nama berkata...

Saman jangan tak saman selagi tidak bankrap selagi itu teruskan saman kpd Utusex yang menjadi penyebar fitnah di negara M'sia. Say no to Utusex.

Tanpa Nama berkata...

XUMNO: Betul ke ia menepati suruhan Allah?
“Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.” (Al-Quran, Al-hujurat: 6).

Maksud firman Allah SWT ini jelas menyuruh kita menyelidik tentang kebenaran berita itu dan bukan abaikan terus.