7 Nov 2012

Dr.Asri & Dr.Mujahid Pertahankan Nurul Izzah


Asri bela Nurul Izzah
Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membela Nurul Izzah Anwar kerana berdasarkan pemerhatian beliau menerusi rakaman video, kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengatakan tidak boleh memaksa mana-mana pihak dalam beragama.

Menurutnya, kenyataan seumpama itu mungkin boleh memberi pelbagai reaksi.

“Beliau mengulas soalan mengenai kebebasan beragama. Di situ, mungkin berlaku salah tafsiran kerana ia tidak diterangkan dengan mendalam.

“Kerana itu, beliau telah menghubungi saya untuk menjelaskan maksud kenyataan tersebut.

“Selepas menonton video tersebut, boleh dirungkaikan kepada dua perkara iaitu pertama dari segi beragama dan kedua penghayatan agama Islam di mana tidak ada paksaan,” katanya dipetik dariSinar Harian Online.

Baru-baru ini, sebuah laman portal melaporkan Naib Presiden PKR itu mengatakan rakyat tidak seharusnya dipaksa untuk mengamalkan agama tertentu dan ini juga termasuk kepada orang Melayu.

“Jika anda bertanya kepada saya, tidak ada paksaan dalam agama, bagaimana kamu boleh minta maaf, (kebebasan beragama) ini hanya terpakai kepada bukan Melayu, ia perlu terpakai secara sama rata,” kata Nurul Izzah yang dipetik dari portal berita itu.

Nurul Izzah menafikan beliau meremehkan soal akidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Beliau juga berasa kesal apabila ada pihak cuba memutarbelitkan kenyataannya berhubung isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu di negara ini.

Nurul Izzah juga semalam mengumumkan akan mengambil tindakan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana dikatakan memutarbelitkan kenyataannya-TMI.

Isu Izzah: Rumusan tidak bertanggungjawab, kata Dr Mujahid

SHAH ALAM - Tindakan mengaitkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung “tiada paksaan dalam agama” seolah-olah menggalakkan gejala murtad adalah satu rumusan tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan “tiada paksaan dalam agama” adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan.

"Mengaitkan prinsip ini dengan rela murtad menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman.

Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara.

"Kenyataan ahli Parlimen Lembah Pantai itu dianggap seolah-olah menggalakkan kemurtadan adalah satu rumusan yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Mujahid merupakan antara panel yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Parit Buntar ini berkata, Nurul Izzah dalam forum tersebut juga menyebut tentang perlunya pendidikan dan dakwah supaya agama Islam dipelihara.

"Tiada paksaan bukan bermakna orang Melayu sewenangnya memilih agama lain kerana Islam itu penghayatan. Itulah semangat ucapan Izzah apabila menjawab soalan dari peserta tentang 'no compulsion'," katanya.

Menurutnya, tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan prinsip mulia 'tiada paksaan' sebagai promurtad telah mencemarkan nama baik Islam.

"Itu bukan apa yang diperkatakan oleh ahli Parlimen Lembah Pantai," katanya
-SH

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalam isu ini sebenarnta Nurul tidak perlu menjelaskan apa-apa kerana semua ada tertulis dalam Perlembagaan negara. Hanya orang yang tak faham Perlembagaan negara atau enggan untuk memahami Perlembagaan sahaja yang ada masalah dengan kenyataan Nurul.
Puak-puak ini mempunyai ajenda tersembunyi, iaitu melaga-lagakan rakyat yang berbilangan kaum dan agama. Pakatan Rakyat selama bergiat dengan gigih untuk menyatu-padukan rakyatnya tetapi UMNO pula sentiasa mengapi-apikan perselisihan kaum kerana riwayat UMNO akan tamat kalau rakyat bersatu-padu.

Tanpa Nama berkata...

Macam macam....

Barack Hussein Obama nak masuk tahun ke 5 jadi Presiden Amerika, orang Negro Afrika maju dan berjaya di tanahair Orang Puteh. Bila lagi orang Melayu akan berpandangan jauh setanding Obama, dan masih memajukan agamanya di kalangan penduduk Amerika.

Tanpa Nama berkata...

Amat hairan editor yang terlibat di berita harian dan utusan malaysia yang beragama Islam tu, secara sedar terus memakan gaji bulanan hasil fitnah dan sikap2 keji didalam bidang kewartawanan dalam memprovokasi pakatan rakyat. Tidak takut kah dosa , soal munkar nakir serta seterusnya diheret ke neraka nanti?? Tidak adakah sedikit rasa nur iman didalam hati mereka??? Tidakkah terasa berdosa terus memfitnah dan memberi makan minum hasil menfitnah ini ??? Adakah akan ada penolong nanti di hari akhirat selain daripada amalan di dunia . Bertaubatlah sebelum terlambat , kerana saat kematian tidak dapat duga oleh sesiapa pun.

Osama berkata...

Tu lah kerja penyambung lidah biawak Umat Melayu Naif Otak nya petualang dlm Be Enf!

Tanpa Nama berkata...

tv3,rtm,utusang sping,berita hairan...sudah lama kredibiliti mereka hancur dan terjunam jatuhh,,kita tau mana berita yg berkualiti dan hancur,,apatahlagi utusan dan tv3,,hari2serang dan fitnah org tanpa diberi peluang org tu bela diri...kalo akhbar harakah dan roket dah tentu akhbar politik yg memihak,,tukar utusan kepada utusan umno penyebar jaman edan umno..kesian makcik pakcik dan kambing yg dok kampung kena tipu..hahaha