13 Nov 2012

Di Negeri PM Sendiri (Pahang) Tak Cukup Bekalan Air, Nak Bekal Air Ke Selangor?


42 hari tanpa bekalan air

Temerloh - Seramai 250 penduduk Kampung Teris, dekat sini, mengalami masalah terputus bekalan air selama 42 hari.

Penduduk, Zulkifli Mahmud, 48, berkata, masalah tersebut sudah dilaporkan kepada pihak berkenaan namun hingga kini masalah paip pecah itu masih belum dibaiki.

Menurutnya, penduduk terutama yang tinggal di kawasan tinggi tidak mendapat bekalan air dan itu menimbulkan masalah kepada penduduk untuk mencuci pinggan mangkuk, membasuh pakaian, mandi, solat dan sebagainya.

“Air sungai pula jauh terletak kira-kira lima kilometer dan kami tidak akan mengambil air sungai itu kerana ia tercemar dengan aktiviti pertanian.

“Untuk mendapatkan bekalan air bersih kami beramai-ramai terpaksa berkongsi mengambil air di tiga perigi milik penduduk kampung ini. Itulah air yang selamat untuk kami gunakan,” katanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi penduduk, Mohd Syuhadi Shamsuddin, 28, berkata, air di kawasan paip pecah itu terbiar begitu sahaja mengalir masuk ke dalam paya berdekatan tanpa dibaiki dan ia sangat membazir serta merugikan kerana penduduk tidak dapat menggunakan air bersih itu.

Menurutnya, apa yang lebih menimbulkan kemarahan penduduk apabila bil air mereka turut melambung kerana terpaksa menanggung kos air yang tidak digunakan mereka.

“Kampung ini kerap mengalami masalah paip pecah. Sebelum ini terdapat dua paip pecah dan pihak berkenaan membaiki salah satunya. Namun, paip di kawasan ini tidak dibaiki menyebabkan penduduk tidak dapat bekalan air yang sempurna,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mohd Hashim Mahusin berkata, pihaknya sudah melaporkan masalah itu kepada pihak berkenaan.

Bagaimanapun katanya, pihak berkenaan memberitahu mereka tidak dapat melepaskan air dalam tekanan yang kuat kerana akan berlaku banyak paip pecah.

“Kalau itu masalahnya sampai bila penduduk di sini akan terus mengalami masalah terputus bekalan air.

Saya juga sudah pergi ke pejabat Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) Temerloh untuk melaporkan masalah itu.

“Kami di sini bukan membayar bil air tetapi bil angin. Ini kerana angin lebih banyak daripada air dan ia membebankan penduduk,” katanya.

4 ulasan:

Awanama berkata...

Masya'ALLAH

Kasihan penduduk kampong Temerloh tak ade air tetap. Di musim hujan ini, agak baik juga jika Pejabat MB Pahang dapat membuat program 'Mengali Perigi Seluruh Kampong "Satu perigi Satu Rumah"' kerana ini dapat menyelesaikan masalah air jangka panjang juga.

Paling kurang kasihankan budak budak kecil, bayi dan orang tua tua yang amat memerlukan air setiap masa dan waktu....terutama masa sakit sakit, lemah tubuh badan etc.

Pegawai JKKK mungkin perlu pergi rumah ke rumah memastikan masalah air ini tidak membebankan BN masa mengundi nanti.

Awanama berkata...

Sudah tahu negeri PM sendiri tak cukup air, PM kita masih lagi tak tahu malu main isu air di Kelantan dan Selangor. selesaikan dulu masalah air di negerimu sendiri sebelum you busybody hal air di negeri orang.

Awanama berkata...

Masalah air negeri sendiri tak boleh urus dengan baik, nak jual air ke Selangor pula.

Awanama berkata...

Ni silap lapor ni! Paip pecah cuma kat Selangor, je. Pahang mana ada semua tu.