1 Nov 2012

Bekas Ketua Polis Balai Dituduh Rogol Gadis

Kota Bharu – Seorang bekas ketua polis balai di sini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang gadis berusia 14 tahun, tiga tahun lalu.

Anggota berpangkat Sarjan Mejar itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Mahmad Bidin, 52, dituduh merogol mangsa di Pejabat Ketua Polis Balai, Balai Polis Binjai di sini pada jam 2.30 petang, 15 Oktober 2009.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dia yang diwakili peguam bela, Rosmizan Sulaiman memohon jaminan minimum dikenakan berikutan anak guamnya itu menerima separuh gaji akibat ditahan kerja.

Hakim Azman Abdullah yang mempertimbangkan rayuan itu membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tertuduh tidak boleh berkomunikasi dengan mangsa.

“Jika gagal dipatuhi, jamin secara automatiknya terbatal,” katanya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dia yang diwakili peguam bela, Rosmizan Sulaiman memohon jaminan minimum dikenakan berikutan anak guamnya itu menerima separuh gaji akibat ditahan kerja.

Hakim Azman Abdullah yang mempertimbangkan rayuan itu membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tertuduh tidak boleh berkomunikasi dengan mangsa.

“Jika gagal dipatuhi, jamin secara automatiknya terbatal,” katanya. -SH

8 ulasan:

Awanama berkata...

manusia buat kereta untuk mudah kendali kereta manusia buat buku panduan nya.Allah cipta manusia dan diperintah ikut suruhanNYa manusia engkar.macam macam bala duk mai tapi manusai memang engkar dah tak mau ikut hina perintah Allah pula.
hebat manusia jenis ni.

Awanama berkata...

kalau tak nak kena hukum, pergi cepat-cepat jadi ahli sukan negara tentu boleh selamat seperti pemain bowling tu, 'ahli sukan mempunyai masa depan yang baik'

Amuraria berkata...

rekomen bekas ketua balai masuk sokan baling atau golek bola dua ;) ABU jangan lupa !

Awanama berkata...

Bukan manusia binatang tuuju

Awanama berkata...

Kalau kat balai polis pun org awam kena rogol..apa jaminan polis blh bantu org kat lua..da terbukti undang2 ciptaan manusia x mampu mengawal mendidik manusia jadi manusia..tapi pemerintah negara kita ni 'pandainya' lebih dari tuhan..hukum hudud dihina..dicerca..digelar hudud pas..ntah la..mmg patut pun negara ni makin lama makin rosak..

Awanama berkata...

Bahaya jika polis gagal mengawal pistol pistolnya, baik pistol air mahupun pistol peluru hidup. Kesian pada mangsa bagaimana hendak mendapat pasangan hidup bila matang sudah. MasyaAllah...

Awanama berkata...

nama pun polis....

Awanama berkata...

ENTAH LAH. SUSAH NAK CONTROL........TAK BERMATA n TELINGA........