1 Nov 2012

Ameng Spring Kongsi Pengalaman Derita Disebat 10 Kali, Seminggu Tak Baring, TERINGAT MATI!

Penyanyi, Ameng Spring yang kini masih menjalani hukuman di Penjara Kluang sejak setahun lalu masih teringat lagi bagaimana dia menerima hukuman 10 kali sebatan.

Dia sebelum ini dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas tiga kesalahan termasuk dua kes memiliki dadah, dua tahun lalu.

Bercakap kepada Harian Metro, semalam, dia amat menginsafi diri dan berazam selepas selesai menjalani hukuman kelak dia akan menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya terhadap keluarga.

Menurutnya, detik yang paling tidak dapat dilupakan adalah ketika dia menjalani sebatan sekaligus terbayangkan saat kematian.

“Detik yang paling saya tidak dapat melupakannya ketika saya menjalani hukuman 10 sebatan rotan sekali gus.

“Saat itu saya hanya membayangkan kematian dan seksaan dalam kubur.

“Masih terasa peritnya di rotan di seluruh denyut nadi dan selama seminggu saya tidak boleh berbaring.

“Ia membuatkan saya amat menyesal dan insaf,” katanya.

Selama di penjara, Ameng banyak menghabiskan masanya dengan mengikuti model Fasa 11 iaitu aktiviti berbentuk kerohanian dan keagamaan yang dipanggil halaqah.

Katanya lagi, selepas keluar dari penjara nanti, dia tetap akan menjadi penghibur namun menggunakan cara berbeza.

“Saya bukanlah mahu bertindak sebagai penasihat tetapi saya hanya mahu berkongsi kisah hidup agar dapat dijadikan teladan,”katanya.

Sementara itu, Ameng ditemui sempena Program Jalinan Kasih Aidiladha, di Penjara Kluang.

Dia dikunjungi Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, rakan artis, Zamani Slam, Ibnor Riza dan Umarul Iklim.

Lebih istimewa apabila isterinya, Sabariah Zakaria serta anak mereka, Wan Amar Haikal turut hadir sama. -MyNewsHub

8 ulasan:

Awanama berkata...

asalamualaikum. Aku nak cadangkan peragut juga dikenakan hukuman sebatan. Hujah aku kerana peragut tak pernah fikir keselamatan orang yang diragutnya sehingga ada yang mati. Diharap dengan hukuman sebat ni akan menjadi menginsafkan mereka dan memberi pengajaran pada yang lain.

Awanama berkata...

Saya sokong cadangan cik anon diatas......

Kak Mahh berkata...

Insyaallah,kita doakan keinsafan itu kekal dlm dirinya.

Awanama berkata...

peragut tak payah disebat....mmg dia x sedar...baik jer ikut hudud...potong tangan..genti pasni bnyak yg takut...

Awanama berkata...

Alhamdullillah Ameng sudah sedar.

Awanama berkata...

Hikmah di sebalik kena tangkap, masuk penjara & sebat. Selagi lum mati, maknanya lum terlambat utk insaf & tobat.
Allah sayang tu. Jgn sia2kan pluang utk berubah tu.

Termasuk le kita2 ni yg x lari dari melakukan kesilapan, dlm bntuk berbeza.

Awanama berkata...

Apa yang berlaku semuanya penuh hikmah dan rahsia..x semestinya allah membenci kita jika kita diuji dengan musibah bertimpa timpa..dan x semestinya allah menyayangi kita bila kita dilimpah rezki yang banyak..semua itu dugaan..harap ameng bersabar dgn dugaan dan saya doa keazaman beliau utk merubah akan kekal hingga akhir hayat..

Awanama berkata...

Sokong dengan cadangan anon 9:38.