16 Nov 2012

Ahli PAS Digesa Undi Calon Bukan Islam Pakatan Rakyat

Ahli PAS diminta mengundi calon bukan Islam dalam Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

Gesaan itu dibuat Ketua Dewan Ulama PAS, Datun Harun Taib semasa menyampaikan ucap utama dalam muktamar Dewan Ulamak PAS di Kota Baru. Teks ucapannya dibaca Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfudz Mohamad.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfudz Mohamad yang juga Pesuruhjaya PAS Johor membacakan teks tersebut.

Harun juga menggesa supaya mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) tetapi Dewan Ulamak akan menegur pemimpin parti yang melanggar syarat.

PAS katanya membenarkan ahli-ahlinya mengundi parti lain sebagai satu wasilah mencapai kemenangan dalam pilihanraya.

Beliau juga menekan kepentingan media baru kepada PAS terutama untuk tujuan dakwah.

“Youtube, blog, laman web dan media alternatif lain perlu digunakan untuk tujuan tersebut,” katanya.

Ulamak tambahnya boleh memainkan peranan memenuhi media baru dengan pemikiran dakwah, tarbiyah dan jihad menentang kezaliman.

“Tidak hanya dengan lisan tetapi juga menggunakan mata pena penulisan.” tambah beliau lagi. -TMI

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kena tengok juga siapa calun tersebut.
kalau orang macam toni pua tak payahlah undi.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah!

Kepimpinan utama PAS telah fokus akan musuh utama mereka, iaitu menjatuhkan MUNAFIKUN itu lebih utama dari Calon Bukan Islam dalam Pakatan Rakyat.

Musuh dalam Selimut perlu dikenali dan dibuang kerana pihak ini adalah Munafikun yang akan menjatuhkan Islam dari dalaman.

Ahli ahli PAS perlu sedar, dalam mana mana peperangan, musuh utama ialah musuh yang tidak dikenali iaitu mereka mereka golongan Munafikun dan Dumbno.

Apabila Dumbno tewas dan tiada pengaruh dalam kerajaan, PAS dapat menumpu untuk memperjuangkan Islam di antara kaum Islam pertamannya, dan memperluaskan ajaran Islam ke kaum bukan Islam termasuk kaum Munafikun Dumbno.

Tahniah PAS.

Ahmad Dzul Mohd berkata...

Apa salahnya jika yang Islam tak boleh diharap!