16 Nov 2012

Ahli Majlis MPS Bantah Pertukaran YDP


Ahli majlis MPS bantah pertukaran YDP, dakwa bermotif politik.

Selayang, 15 Nov — Ahli majlis membantah keras keputusan pertukaran Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Zainal Abidin Aala ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan tidak menolak ia bermotif politik ekoran pembinaan kondominium kontroversi di Batu Caves.

Ahli majlis MPS, A. Rahim B.Ahmad Kasdi berkata tindakan tergesa-gesa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA ) nyata mempunyai motif terselindung hingga menyebabkan YDP menjadi mangsa politik kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Notis mengejut ini juga mengundang beberapa persoalan terutama berkaitan dengan pendedahan MPS ke atas projek kontroversi kondominium di Batu Caves.

"Ia juga menyebabkan secara tidak langsung YDP menjadi mangsa politik hingga beliau ditukarkan," kata A. Rahim dalam satu sidang media di ibu pejabat MPS petang ini.

Dalam sidang media yang turut dihadiri 14 ahli majlis, A. Rahim tidak menolak pertukaran YDP ini akan mengganggu perjalanan jawatankuasa bebas khas yang ditubuhkan kerajaan negeri Selangor bagi menangani isu tersebut.

"Ya, ia mungkin akan mengganggu jawatankuasa khas kerajaan negeri yang ditubuhkan untuk menyelesaikan isu ini.

"YDP yang mengendalikan kes ini sejak awal lagi, kalau dia ditukarkan bagaimana jawatankuasa mahu mencari jalan penyelesaian?," tambah beliau lagi.

Dalam laporan The Malaysian Insider pagi tadi, usaha mencari jalan penyelesaian isu di Batu Caves semakin rumit apabila Datuk N Sadasivan menolak tawaran kerajaan negeri Selangor sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut.

MPS antara pihak yang memainkan peranan aktif di dalam pendedahan minit mesyuarat dan juga bukti projek Dolomite Park Avenue di Batu Caves tersebut telah diluluskan semasa kerajaan Barisan Nasional (BN).

Di samping itu, seorang lagi ahli majlis Abdul Majid Hasan mendakwa arahan daripada JPA tersebut sebagai tidak wajar memandangkan ketika ini MPS sibuk dengan urusan pentadbiran dan pengurusan yang perlu diselesaikan.

"Tindakan ini mengganggu urusan pentadbiran MPS, terutamanya pada hujung tahun ini memandangkan kami sedang dalam perancangan pembentangan bajet," kata beliau.

Abdul Majid juga menegaskan keputusan tersebut juga sama sekali bercanggah dengan perundangan dan membelakangi kuasa kerajaan negeri.

"Ia bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang jelas menyatakan memberi kuasa mutlak kepada kerajaan negeri untuk melantik YDP Pihak Berkuasa Tempatan," kata Abdul Majid yang tidak menolak akan mengambil tindakan undang-undang bagi membantah arahan JPA tersebut.

Isu kontroversi kondominium di Batu Caves semakin hangat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika rumah terbuka MIC di Batu Caves berkata BN akan membatalkan projek berkenaan sekiranya parti pemerintah itu berjaya merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Ekoran kenyataan Najib itu juga, pemimpin PR Selangor membidas janji itu dengan menyifatkan ia sebagai rasuah politik kepada pengundi masyarakat India.

Pemimpin PR juga membidas Najib sebagai tidak bertanggungjawab kerana menggunakan isu sensitif semata-mata untuk menarik pengundi kaum India.

“Ia adalah rasuah... Saya rasa adalah sesuatu yang pelik seorang PM berkata begitu,” kata ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Selangor, Xavier Jayakumar kepada The Malaysian Insider.

“Malahan dengan memberi ucapan kepada masyakat dikategorikan sebagai berpendapatan rendah secara demikian....ia sesuatu yang pelik.

“Mereka tidak memiliki jaminan daripada segi kesihatan, pendidikan dan perumahan seperti diketahui tetapi kamu memainkan janji seperti ini di depan mereka.

“Lebih baik beritahu mereka — kamu akan lebih teruk jika kamu tidak lakukan perkara ini (undi kepada BN) dan saya (PM) tidak kisah jika kamu tidak lakukannya,” tambah beliau lagi.

30 Oktober lalu, kerajaan negeri Selangor memberikan arahan untuk menghentikan pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves serta melantik badan penyiasat bebas.

Projek kondominium Dolomite Park Avenue yang dibangunkan oleh Dolomite Properties Sdn Bhd, adalah isu sensitif kerana projek tersebut berhampiran dengan Batu Caves, tempat keagamaan penganut Hindu kira-kira 1.7 juta orang di kawasan bandar di Selangor.

MPS adakan mesyuarat bincang perpindahan YDP terburu-buru

(Antara anggota majlis MPS dalam sidang media mereka hari ini)

SELAYANG: Ahli-ahli Majis, Majlis Perbandaraan Selayang (MPS) akan memanggil satu mesyuarat khas bagi tujuan untuk mendesak kerajaan negeri bertindak tegas serta menyatakan pendirian tentang isu pertukaran mengejut Yang Di Pertua MPS, Datuk Zainal Abidin Aala.

Zainal telah menerima surat arahan penempatan Pegawai Tabdir dan Diplomatik (PTD) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah.

Surat yang dihantar pada 12 November lalu melalui email itu mengarahkan penempatan Zainal ke Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) berkuatkuasa mulai 16 November.

Berkata pada sidang media, Ahli Majlis MPS, A. Rahim Ahmad Kasdi memberitahu tindakan pertukaran itu bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang jelas memberikan kuasa mutlak kepada kerajaan negeri untuk melantik Yang Di Pertua Pihak Berkuasa Tempatan.

"Arahan JPA yang dikeluarkan serta merta dan tergesa-gesa ini akan menjejaskan sistem pentadbiran dan pengurusan MPS dan secara langsung akan menggugat kepentingan awam serta warga Selayang.

"Arahan ini juga dilihat seolah-olah ada campur tangan dan tekanan politik dari pihak-pihak tertentu berhubung ketelusan MPS dalam menangani isu-isu terkini terutamanya yang melibatkan kelulusan Dolomite Park Avenue di Batu Cave," jelas beliau di MPS hari ini.

Zainal sebelum ini menjelaskan, keputusan untuk meluluskan kondominium bersebelahan Batu Caves dibuat dalam mesyuarat MPS pada tahun 2007, setahun sebelum kerajaan negeri Selangor jatuh kepada Pakatan Rakyat.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak berkata, BN akan memansuhkan projek itu jika BN berjaya menawan balik Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebelum itu, Datuk S Samy Vellu mengetuai perhimpunan membantah pembinaan kondo itu walaupun anggota majlis MPS dari MIC antara yang menyokong projek itu sebelum ini.

Menurut Rahim, ahli-ahli majlis MPS dengan tegasnya menggesa JPA memandang serius tindakan menukar kakitangannya secara terburu-buru ini.

Malah ia perlu dirujuk dan mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri ke atas apa juga keputusan dan arahan pertukaran dengan menghormati kuasa mutlak kerajaan negeri.

"Kami mencadangkan agar pihak kerajaan pusat menghapuskan 'procedures draconian' yang membolehkan pertukaran awam dalam masa 24 jam tanpa boleh dibantah, ianya lebih kepada bentuk penderaan dan hukuman
-HD
.

5 ulasan:

Awanama berkata...

selagi kita dimomokkan dgn kerajaan B arisan N asional dan hanya Um No dn
B end sahaja yang layak mentadbir dn boleh membela rakyat hingga bila2 mereka akan BESAR KEPALA.tukarkan je
jalur gemilang pada dacing/kepala setan YG DIKENALI...MARILAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA DENGAN SEMANGAT HJRAH
KITA bertukar kepada kerajaan rakyat
melepaskan diri dr kokongan diprbodoh
dn kezaliman merampas hak rakyat,jadi
rasuah amalan utama diri dan hroni

Awanama berkata...

tanda tanda kejatuhan kerajaan barisan nasional dan umno mula akan menonjol terbukti apabila kepimpinan utamanya gagal mengawal nafsu serakah dan bertindak tanpa mengunakan akal untuk menjatuhkan kerajaan negeri pilihan rakyat.

adalah baik juga jika kepimpinan di putrajaya menonton kartun dahulu kala "Flintstone" dan mengambil iktibar darinya...mencipta kenderaan bergerak mengunakan kaki, dari keadaan sekarang dimana pergerakan kepimpinan dilihat bergerak mengunakan kepala lutut, jika tidak kepala otak.

ianya sahaja akan memalukan bangsa itu sendiri.

acop berkata...

kita bangun serentak keluar dr kongkongan umno/bee end..dacing mereka hanya menimbangkan senget kebawah aje utk rakyat.. timbangkan utk keluaraga dan kroninya dacing dia naik aje..

Awanama berkata...

Ni la nasib kepada pejuang kebenaran..x semena mena kena tukar..tapi pada penjawat awam yang tinggi jawatannya yang kena tangkap khalwat dgn bini org itu hari x de lak dgr citer kena tukar serta merta ke..apa ke..dunia akhir zaman..org yang berkata benar akan ditindas..org yang melakukan maksiat..x diapa apakan..

Osama berkata...

Yes!
aku tetap sokong UMNO walu org dh kata parti tu utk Umat Melayu Naif Otak nya!
aku sokong BN walu mreka kata parti tu lubok party Bini Najib & Be End akn telongkop pd PRU ke 13 nti.
aku sokong & sokong & terus sokong Najib sbgi presiden parti Umat Melayu Naif Otak nya tu"
ooh aku sokong bebeno Najib jdi ketua pembangkang di parlimen Mlyso selepas PRU ke 13 nsnti...
pasti nya gempaq kaaan?