19 Okt 2012

[VIDEO] MB UMNO Berlagak Samseng Ajak Orang Asli Bergaduh

Bodoh, bangang: Adnan dituntut mohon maaf

Temerloh - Tindakan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang memperlekeh dan menghina masyarakat Orang Asli (OA) yang berdemo dan menyerahkan memorandum kepada beliau semalam, dianggap tidak profesional dan memalukan.

Malah tindakan beliau yang sanggup mengucapkan perkataan 'bodoh' dan 'bangang' serta telah mencabar seorang OA bernama Ong Chong bergaduh dengannya, jelas memperlihatkan sikap tidak hormat kepada rakyat.

Timbalan Ketua Perhubungan PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid berkata, beliau sangat kesal dan kecewa serta mengecam tingkahlaku Adnan dan menuntut Menteri Besar (MB) itu menuntut maaf dengan OA.

“Ketika OA berdemo dan menyerahkan memorandum kepada MB Pahang semalam, Majlis Peguam telah memantau dan terdapat laporan beliau (Adnan) telah memperlekeh dan menghina masyarakat OA dengan mengeluarkan perkataan 'bodoh' dan 'bangang'.

“Malah beliau telah mencabar seorang OA bernama Ong Chong untuk bertumbuk dengannya. Saya selaku alah seorang panel peguam kepada OA dalam isu tuntutan yang dibuat mereka, sangat kesal dan kecewa serta mengecam tingkah laku MB Pahang yang jelas sangat tidak bertamadun dan langsung tidak punya rasa hormat kepada rakyat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada media mengulas kira-kira 500 OA melalui Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) yang berkampung di pekarangan Wisma Sri Pahang di Kuantan, semalam bagi menyerahkan memorandum mengenai pencerobohan, tuntutan tanah dan wilayah adat kepada MB.

Melalui memorandum berkenaan, sebanyak lapan perkara dibangkit dan dituntut oleh kumpulan berkenaan serta mereka bertegas menyerahkan sendiri kepada MB.

Kumpulan Orang Asli dari seluruh Pahang berkenaan tiba kira-kira jam 11 pagi dengan membawa sepanduk yang antaranya tertera “Batalkan status tanah rizab yang bertindih dengan tanah adat orang asli”, “Iktiraf hak dan tanah adat Orang Asli” dan pelbagai lagi perkara menjurus kepentingan tanah adat kaum mereka.

Ahmad Nizam yang juga peguam kepada komuniti berkenaan, berkata, memorandum yang diserahkan itu adalah penyataan bersama seluruh masyarakat Orang Asli melalui JKOASM sebagai tanda melahirkan kesepakatan supaya kawasan atau tanah dan wilayah diiktiraf.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini sering wujud pertikaian antara kerajaan dan masyarakat orang asli mengenai perkara tersebut.

“Tanah yang kaum OA diami sejak dari zaman nenek moyang sering dikatakan sebagai tanah kerajaan, rizab perhutanan, rizab Perhilitan dan rizab Melayu sehingga tanah serta wilayah adat mereka dipindah milik atau diberi kelulusan kepada pihak lain.

“Melalui memorandum berkenaan mereka mahukan segala aktiviti yang sedang berjalan di atas tanah dan wilayah adat OA dihentikan, menarik balik lesen yang telah diberi kepada semua kontraktor yang bekerja di atas tanah wilayah adat dan membayar pampas an sewajarnya di atas kerugian kami alami.

“Selain itu, kerajaan harus membatalkan semua rizab bertindih dengan tanah dan wilayah adat OA bagi membolehkan pengiktirafan atau perlindungan serta mengiktiraf seluruh tanah dan wilayah adat OA mengikut peta komuniti,” katanya.

Memorandum berkenaan turut mengandungi sebanyak 6,000 tandatangan OA mewakili kaum mereka di seluruh Pahang. -HD



Ulasan GB

Masihkah kau ingat peristiwa di bawah ini? Contoh tipikal pemimpin & samseng UMNO.



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah 3 bulan tak nampak hape mcmmana nak percaya,bodoh bangang punya MB!!!!
Ko ingat OA ni boleh diperbodoh ke skrg?

Tanpa Nama berkata...

Kita tunggu berita ini keluar dalam utusan dan TV3.

Tanpa Nama berkata...

apa nak jd la...ok kite tgu tv3 beb

Tanpa Nama berkata...

huhu tgu je cite pasal nie

Tanpa Nama berkata...

Kalau Mat Kilau, Dato' Bahaman dan Tok Gajah masih ada....aku percaya mulut Denan kena sepokkk leee dek pahlawan2 tu... Org macam tu pun masih di simpan sbg embi......ppoooorraaahhh.

Tanpa Nama berkata...

aku tabik dgn sikap profesional pakcik makcik yg tada belajar tinggi mcm denan yakob ni,,,walopun denan ni tengking,,mereka masih tersenyumm dan diam,,,taraf embi pilihan umnoapco...tabik solut pakcik makcik oaaaa....kalolah taraf embi mcm ni,,cer bayangkan pulak pengikut umnopacooo..

Tanpa Nama berkata...

Org cam gini ke nk di undi? fikir2 kan lah