19 Okt 2012

Begitu Senang Jadi Anak Menteri Boleh Terlepas Begitu Saja

PKR : Penyelesaian Kes Anak Nazri Menyalahi Undang-undang

Kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyatakan kes serangan pengawal peribadi anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ‘telah selesai’ disifatkan melanggar integriti sistem keadilan di negara ini.

Menurut Naib Presiden PKR, N Surendran, tindakan Hishamuddin yang juga Menteri Dalam Negeri itu jelas bertentangan dengan dasar awam dan kedaulatan undang-undang negara.

Beliau berkata, sebarang jenayah mahupun salah laku yang dilakukan oleh mana-mana pihak seharusnya dibawa ke mahkamah untuk dikenakan tindakan sewajarnya.

“Di bawah sistem perundangan kita, jenayah tidak boleh ‘diselesaikan secara baik’. Dengan mengambil tindakan sebegitu, Hishammuddin boleh dikatakan mungkin bersubahat. Adakah dia berkompromi hanya kerana kes itu melibatkan anak seorang Menteri Kanan Umno?

“Seterusnya, apakah terma penyelesaian ini menyalahi undang-undang? Orang ramai berhak mengetahui perkara sebenar,” katanya dalam satu kenyataan media.


Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan hasil daripada siasatan terhadap Mohamed Nedim Nazri di bawah seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Jelasnya, walaupun Hishammuddin mengakui perkara itu sudah disiasat, namun beliau tidak menyatakan sama ada Nedim dibersihkan daripada kesalahan itu.

“Setiap warganegara, tidak kira berapa tinggi atau rendah kedudukan sosial mereka, mereka adalah sama dari sudut undang-undang. Justeru, pengawal keselamatan yang terlibat dalam kes ini mempunyai hak menuntut keadilan yang adil dan saksama.

“Kami menyeru Menteri Dalam Negeri untuk membuat pendedahan penuh dan berterus terang tentang fakta sebenar kes itu dan membuka semula siasatan berhubung kes serangan ini,” katanya lagi.


Hishammuddin dalam jawapan bertulisnya semalam berkata, kes memukul penyelia keselamatan pada Mac 2012 sebenarnya dilakukan oleh bekas pengawal peribadi Mohamad Nedim dan disiasat mengikut Seksyen 160, Kanun Keseksaan.

Menjawab soalan Gwo-Burne Loh (PKR-Kelana Jaya), menteri dalam negeri bagaimanapun memberitahu, kes itu telah pun diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.

Loh meminta Hishammuddin menyatakan hasil siasatan polis terhadap Mohamad Nedim berhubung kejadian memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di ibu negara dan kematian pemuda bernama Darren Kang di Sri Hartamas sekitar tahun 2004.

Mengenai kes kematian Darren, Hishammuddin berkata Mohamad Nedim didapati tidak terlibat dengan kes tersebut sebaliknya lima warganegara Thailand telah dituduh di mahkamah dan dijatuhi hukuman lima tahun penjara.

Kes anak Nazri 'diselesai secara baik'


Kejadian memukul penyelia keselamatan pada Mac 2012 sebenarnya dilakukan oleh bekas pengawal peribadi Mohamad Nedim Nazri - anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, kata menteri dalam negeri dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Menurutnya, kes tersebut telah disiasat mengikut Seksyen 160, Kanun Keseksaan.

Kejadian itu berlaku apabila Mohamad Nedim dan pengawal peribadinya didakwa tidak dibenarkan memasuki kondominium mewah Mont Kiara Mac oleh seorang penyelia firma keselamatan.



"Kes ini telahpun diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak," kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam jawapan bertulis itu ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh.

Loh meminta menteri dalam negeri itu menyatakan hasil siasatan polis terhadap Mohamad Nedim berhubung kejadian memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di ibunegara pada Mac 2012 dan kejadian kematian seorang pemuda bernama Darren Kang di Reston Uncle Don di Sri Hartamas pada sekitar tahun 2004.

Mengenai kes kematian Darren, Hishammuddin berkata Mohamad Nedim didapati tidak terlibat dengan kes tersebut.

"Dalam kes ini, lima orang warganegara Thailand yang didapati bersalah, telahpun dituduh di mahkamah dan dijatuhi hukuman lima tahun penjara," katanya.

7 ulasan:

Awanama berkata...

Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah kenyataan terbuka daripada mangsa serangan.

Awanama berkata...

tak tau lah betul atau tidak menteri dalam negeri atau menteri amaran, tak boleh ke disiasat secara telus, seperti orang kebanyakan? tengok tokoh pun anak nazri aziz ni kalau anak dia bagus dan tidak besar kepala tak perlu ada pengawal hebat sangat kah anak dia tuuuu?

opisboi berkata...

hukuman akhirat lebih berat lagi mungkin kekal selama2..nauzubillahminzalik

Awanama berkata...

Biasanya kepala samseng ada body guard.

Awanama berkata...


Polis bukan tak mampu nak siasat dan bertindak adil tetapi mereka tersirna oleh kekuasaan UMNO/BN. Mereka macam tersihir oleh kuasa UMNO dan BN. Mana-mana kes yang tidak terbabit oleh sirna UBN itu adakalanya polis selesaikan macam petik jari je...

Untuk mengembalikan keadilan dan menyedarkan semula polis daripada halimunan kerajaan UMNO/BN itu maka kita sebagai rakyat biasa dan pengundi pastikan Pakatan Rakyat dapat menguasai parlimen. Lain-lain cara sudah tidak mujarab dan tidak berkesan.

ABU
ABU
ABU

Awanama berkata...

kalau sudah darah daging berpunca dari duit haram, maka akan seksa lah hidupnya di dunia ini. dalam kubur memang lagi seksa makan gigit ular dan kala jengking. bunuh orang saja memang masok neraka, apatah lagi kalau ter-accident ke macam macam....mati mak bapak anak sure kena seksa kubur sendiri jawablah. kalau sudah suka minum air kencing anjing di dunia, hidup tu memang sure tak happy siang malam ada sakit kepala sampai mati punya.... Ini semua dalam Quran sudah tulis, baca aje tafsir Quran sudah boleh tahu....

Awanama berkata...

Kes yang menyebabkan kematian, hukuman 5 tahun penjara????