12 Okt 2012

[PAKATAN BOLEH!] Tahniah MPKB, Terima Anugerah Audit Terbaik



KKota Bharu: Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), mendapat pengiktirafan sebagai Audit Kewangan Terbaik seluruh negara peringkat PBT 2011 baru-baru ini.

Sempena pengiktirafan yang diadakan di sebuah hotel itu, Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat menerima cenderahati dari Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob.

Pengarah Perhubungan Awamnya, Azman Mohd Daham, berkata dengan penganugerahan itu membuktikan MPKB-BRI merupakan sebuah agensi kerajaan negeri yang bersih khususnya dalam menyalurkan sumber kewangan.

Katanya, ekoran pentadbiran kerajaan negeri khususnya MPKB-BRI sendiri yang teliti dalam menjaga sumber kewangan, akhirnya hasil yang baik telah diperolehi.

“Ia juga turut membuktikan pengurusan kewangan yang cekap serta tidak boros,”ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Fauzi serta semua kakitangan MPKB-BRI kerana telah memberikan contoh yang baik kepada semua hingga ianya diakui di peringkat negara.

Baru-baru ini Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob, menyampaikan cenderahati kepada Fauzi yang mewakili kerajaan negeri dan MPKB sempena pengiktirafan itu. -HD

3 ulasan:

Awanama berkata...

Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.17:27

Jangan suka boros

Awanama berkata...

Tahniah MPKB-BRI, Moral negeri akan bertambah segala kerja baik akan dapat pembalasan Allah, Guana pulak rasa org yg menyampaikan anugerah tu.. tak terfikir ke bagaimana Negeri yg di perlekehkan nya sebelum ini di tahun 2008 sebagai Darul Munafiqin...berjaya dgn anugerah...

Osama berkata...

Mahdey kutok Soros tpi bcium bibir dgn soros!
Sachi & sachi penasihatnya!
Najib condamed Soros brtepuk bahu dgn soros!
APCO Pt Ltd penasinatnya!
Sebab tu pemimpin2 Umat Melayu Naif Otak Be End brblanja dgn boros!
Kalau tak masakan ada mentri sangup memboros utk sorg artis?
Kalu tak brblanja boros masakan hutang ngra beratus juta?
Kalu tak boros masakan ketirisan belanja pengurusan negara berbilion2?
Klu tak boros masakan ada ketua mntri trima 40 juta?
Kalau tak boros masakan amek komisyen scorpene 500 juta!
Kalu tak boros masakan guna duit lembu 250 juta ntk beli kondo?
Hanya Umat Melayu Naif Otak je yg mampu tadbir Mlysia dgn boros spesis soros.
Syabas MPKB BI mengurus tadbir kewangan rkyat Kelantan dgn begitu baik.