8 Okt 2012

Khalid: Muhyiddin Tak Pandai Baca Angka!

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang sebelum ini mendakwa pentadbiran negeri di bawah Umno-BN adalah ‘terbaik’ berbanding Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, Abdul Khalid berkata di bawah pimpinan Pakatan, ekonomi dan pembangunan negeri menjadi semakin baik serta maju berbanding Umno-BN.

Ini dibuktikan dengan simpanan rizab negeri yang meningkat setiap tahun, masalah rumah terbengkalai yang diselamatkan, hutang syarikat Talam yang dikutip dan hasil negeri yang dipulangkan kepada rakyat.

“Beliau (Muhyiddin) cakap PR memerintah Selangor tidak baik maknanya beliau tidak pandai baca angka.

“Kalau beliau terus menjadi Timbalan Perdana Menteri, nampaknya teruklah negara kita,” sindir Abdul Khalid dalam ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan PKR Cabang Kuala Selangor, di Ijok di sini semalam.

Katanya, di bawah Umno-BN hanya RM 100 juta diagihkan kepada rakyat dan ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan yang mengagihkan RM 700 juta.

“Pada 2005 hingga 2007, harta selangor dulu hanya empat peratus, tetapi PR kerja keras untuk dapatkan kembali dengan menyelesaikan banyak masalah yang ditinggalkan Umno-BN, contohnya hutang talam dan projek perumahan terbengkalai.

“Kalau beliau kata Selangor tidak baik atau bagus bawah PR, maka bawah Umno-BN lagi tidak baik,”
katanya.

Jelasnya, Selangor merupakan negeri yang paling banyak sumbangannya kepada negara.

“Pada 2008, ekonomi Malaysia bertumbuh tujuh peratus manakala Selangor sebanyak sembilan peratus.

“Manakala pada 2009, ekonomi negara jatuh sehingga tiga peratus dan Selangor hanya jatuh kepada satu peratus. Kalau beliau masih kata tidak baik, saya tidak tahulah,” katanya.

Ulasan GB

Memang pu n Muhyiddin tak reti baca angka. Yang beliau tahu ialah bawa wang berguni-guni masa pilihanraya, tabur kepada rakyat untuk merasuah mereka. PRK Manek Urai menjadi saksi di satu masa.



Tetapi hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Helikopternya terhempas dan juruterbangnya, Kapten Sahaimi Ghazali, 38, yang meninggal dunia. Dua insiden helikopter membawa rombongan Muhyiddin bermasalah, sekali di Tuaran, sekali di Sibu, pun tak mahu ambil iktibar daripada kejadian-kejadian itu. Lagi mahu cakap besar dan tak mahu akur dengan kebenaran dan keadilan.



10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan saja tak pandai baca angka tetapi janji kepada sekolah tok kiayi pun tak dipenuhi, walaupun dah berjanji dan mengadakan majlis secara rasminya. Kalau tak percaya tanyalah kepada orang kampong dimana sekolah arab kiayi shamsuddin yang telah dijanjikan sejumlah wang untuk pembinaan surau sekolah beberapa tahun yan lalu , hingga hari ini habuk pun tarak.

wonder why berkata...

Hanya najib Atantuya sahaja yang tetapi Janji, Mat Sembab, banyak Bohong daripada betul.

Tanpa Nama berkata...

Maksud ekonomi slngor xbgus sbb kroni2 xde msyukk..tu la aras penunjuk mat sembab,slmt tinggal bn...

Tanpa Nama berkata...

Maaf ye. Mungkin betul juga kata si Khalid Ibrahim tu...tengok aje air muka Muhyeedeen dan Khalid ada banyak beza, satu nampak cekap on standby all time. Si Muhyeedeen pula agak sembab dan lembab macam Jaga Rail Keretapi di Segamat tu.

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa Tan Sri Khalid x faham apa TPM ni cakap....TPM ni cakap pentadbiran negeri di bawah Umno-BN adalah 'terbaik' untuk poket2 geng2 umno-bn.....kalu dulu poket diorng sentiasa penuh tp skrang dah susut....nak dpt projek pun susah...mmg betul la kiraan TPM ni.....mana boleh Menteri Pelajaran x tau matematik....

Tanpa Nama berkata...

JANJI DITEPATI UMNO SYABAS SABOTAJ BEKALAN AIR SELANGOR

Tanpa Nama berkata...

UMNO TEPATI JANJI TAK MAU HAPUS TOL DAN PTPTN, UMNO MAU JADI ALONG DAN SAMSENG TAJAANNYA PERKASA.

Tanpa Nama berkata...

insyaAllah lepas pru13 nanti bertambah sembablah mat sembab ni. Dia akan nyahkan jibby jadi ketua pembangkang. melepaslah nak jadi pm.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak pandai kira Muhyddin pergi ambil kelas tuisyen Matematik. Inilah jadi apabila pemimpin sudah biasa dengan amalan rasuah sampaikan kira - kira pun tidak pandai bahkan lagi teruk daripada budak tadika yang mana budak tadika pun tahu macam mana nak kira - kira. Intelektual Muhyddin lebih rendah daripada budak tadika akibat daripada perbuatan Rasuah.

Ngah Phg asal Melaka berkata...

teruk rakyat diderakan dan dibohongkan umno mereput tu jika masih lom tumbang selepas PRU 13 ni..x sabar nak mengundi