12 Apr 2011

Al-Fatihah : Juruterbang Helikopter Terhempas Meninggal Dunia

Juruterbang Helikopter Terhempas Meninggal Dunia

SIBU: Juruterbang Kapten Sahimi Razali, yang cedera parah setelah helikopter yang dipandunya terhempas tengah hari tadi, meninggal dunia pada 8.30 malam Isnin di Hospital Sibu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Shafie Ismail berkata, jenazah Sahimi, 38, akan diuruskan keluarganya yang akan datang ke Sibu dari Kuala Lumpur malam ini.

Sahimi cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu di sini pada pukul 1.50 tengah hari setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pelajaran Hafiz Abdul Halim.

Beliau yang mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Shafie berkata, helikopter yang baru tiba dari Bintangor, Sarikei merupakan sebuah daripada tiga buah helikopter, yang membawa rombongan Muhyiddin melakukan tinjauan di sana.

Beliau berkata, sebaik sahaja menurunkan semua penumpang, helikopter berkenaan mahu meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Sibu.

"Tiba-tiba helikopter yang berada pada ketinggian kira-kira tiga meter itu dipercayai hilang kawalan dan terhuyung-hayang sebelum jatuh," katanya kepada pemberita di sini.

Shafie berkata, juruterbang yang bersendirian dalam helikopter itu, tersepit sebelum orang ramai membantu untuk mengeluarkannya.

"Empat orang awam menarik juruterbang keluar dari pesawat. Mangsa telah digegaskan ke Hospital Sibu oleh pasukan JPAM," katanya.

"Punca kejadian masih disiasat. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar sebuah pasukan untuk membuat siasatan esok," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman melawat Sahimi yang menjalani pembedahan di Hospital Sibu kira-kira pukul 4 petang.

Muhyiddin yang menghabiskan kira-kira 15 minit di luar dewan pembedahan telah menyaksikan proses pembedahan yang dijalankan.

"Saya rasa dukacita dengan kemalangan yang berlaku ke atas Kapten Sahimi. Saya telah menyaksikan pembedahan yang sedang dilakukan. -mstar

Ulasan GB

Baru sebentar tadi GB menegur ketidak-perihatinan Muhyiddin kerana meneruskan programnya meminta 'jasa baik' para guru di Sarawak supaya menyokong BN dalam pilihan raya negeri itu pada 16 April depan. Sedangkan Muhyiddin tahu ketika itu helikopter yang membawanya terhempas dan tahu juruterbangnya cedera parah dan dimasukkan ke hospital. GB telah katakan:

Kalau TPM itu seorang yang perihatin, majlis perjumpaan untuk melobi guru-guru itu dibatalkan. Sudahlah ianya menyalahi etika, memperalatkan guru untuk kepentingan politik BN, kemudian lansung tak tunjukkan keprihatinan terhadap juruterbang helikopter yang cedera parah tersebut dengan menziarahinya.


Muhyiddin berucap tatkala juruterbang itu sedang bertarung nyawa di hospital. Beliau dilaporkan hanya pergi menziarahinya setelah program tersebut tamat.

Memperalatkan guru-guru sekolah untuk kepentingan politik adalah kesalahan yang nyata, dan kerana Muhyiddin yang berdosa, juruterbang helikopter yang jadi mangsa!

Ini bukan kali pertama helikopter yang membawa rombongan Muhyiddin bermasalah.

Kali pertama ialah pada bulan Ogos tahun lalu di mana helikopter Nuri Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang membawanya terpaksa membuat pendaratan cemas di Tuaran Sabah akibat cuaca buruk.

Selain Muyiddin, ketika itu turut berada dalam pesawat yang membawa 14 penumpang serta anak kapal itu ialah setiausaha akhbar beliau Datuk Ainon Mohd serta Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin, demikian lapor Bernama.

GB sewaktu itu telah mengulas di SINI. Petikan:

Muhyiddin telah menggunakan kemudahan harta kerajaan (helikopter nuri) untuk melakukan kerja-kerja partinya, UMNO bukan untuk melakukan kerja-kerja sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dan biar saja Allah menegur pebuatannya kerana teguran manusia tiada satu pun yang didengar oleh Muhyiddin ini. -GB



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila la agaknya nak adas PRK Pagoh....tak sabar nak tengok apa yg UMNO nak rasuahkan serta gula-gula rakyat Pagoh???

FARISZ@AZ.Com berkata...

Innalillah,

Helikopter Rombongan TPM terhempas

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

"Mengapa saya perlu menutup aurat sedangkan itu bukan saya" ?

Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

Waris berkata...

Alfatihah...

Kesian... tak pasal2 jadi mangsa bawa perasuah. Perasuah terlepas, pilot jadi mangsa.

Tanpa Nama berkata...

sbg manusia yg perihatin plg afdal sm2lah kt berdoa semoga almarhum di tptkn bersm2 mrk yg beriman..tidak perlu la dikaitkan dgn isu politik yg sdg berlaku..insiden ini hanyalah penyebb kematian..kalo tidak melalui insiden ini, mungkin insiden lain bleh mjd penyebb kematian almarhum..
Al-Fatihah..

Tanpa Nama berkata...

bg manusia yg perihatin plg afdal sm2lah kt berdoa semoga almarhum di tptkn bersm2 mrk yg beriman..tidak perlu la dikaitkan dgn isu politik yg sdg berlaku..insiden ini hanyalah penyebb kematian..kalo tidak melalui insiden ini, mungkin insiden lain bleh mjd penyebb kematian almarhum..
Al-Fatihah..

Tanpa Nama berkata...

kalau wakil Bn boleh pilihanraya kecil yang makmur