29 Okt 2012

Kes Lelaki 11 Isteri: Bertaubatlah.. Kata Bekas Isterinya

Kuala Lumpur: “Bertaubatlah… kembalilah ke pangkal jalan.” Itulah rayuan seorang bekas isteri kepada Mohd Razis Ismail, 30, yang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Khamis lalu, atas tuduhan memalsukan dokumen dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.

Wanita itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Sha, 36, berkata, sudah sampai masa Razis menginsafi perbuatannya menganiaya isteri dan bekas isterinya yang lain selama ini.

“Setidak-tidaknya fikirkan masa depan anak, jangan malukan mereka.

“Saya berharap dia ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. Ramai yang marah dan tertipu dengan perbuatannya, jadi berubahlah,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.

Sha pernah menjadi isteri Razis pada 2010, namun perkahwinan mereka dibatalkan mahkamah awal tahun ini kerana dinikahkan oleh jurunikah tidak bertauliah.

Berikutan pembubaran hubungan itu, anak pertama mereka dianggap anak luar nikah dan kini dibinkan ‘Abdullah’, malah nasib sama juga bakal menimpa bayi yang kini dalam kandungan Sha.

Buat masa ini, Sha hanya mahu memikirkan masa depan anaknya.

“Yang sudah tu sudahlah… saya tidak mahu memusuhi sesiapa. Lebih baik saya fikirkan soal anak, mereka lebih penting sekarang,” katanya.

Metro Ahad minggu lalu melaporkan, seorang lelaki menggunakan gelaran ‘ustaz’ disyaki memperdayakan sekurang-kurangnya 11 wanita untuk dijadikan isteri, selain memalsukan dokumen borang pernikahan dengan mengaku masih teruna.

Taktik licik lelaki itu terbongkar selepas beberapa wanita yang pernah menjadi isterinya mendedahkan dalam sebuah laman sosial.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mahkamah pun satu hal. Kenapa nak binkan kepada Abdullah. Anak pulak yang jadi mangsa.

Tanpa Nama berkata...

giler...lelaki senang2 jer nk bernikah..tp tuntutan agama, nafkah n segala bagai..pun senang2 tolak tepi...janji penuhi tuntutan nafsu....bengong nk mampus......kpd pompuan2 luar sana...silelah selalu berdoa moga ALLAH melindungi diri anda semua dr lelaki2 sebegini......

Tanpa Nama berkata...

jika nikah mengikut segala rukun nya apa hak mahkamah untuk membatalkannya?

jurunikah tidak bertauliah hanya di mata undang-undang negara, bukan undang-undang ugama. melainkan jurunikah tersebut memang tidak layak dari segi ugama.

apa hak mahkamah menghukumkan anak-anak itu sebagai anak luar nikah?

Tanpa Nama berkata...

yang bodoh jadi makanan yang cerdik. saya nampak jabatan agama negeri-negeri terlalu bodoh dalam hal ini, yang jadi mangsa perempuan-perempuan yang dinikahinya. kalau jabatan agama ada otak dan otaknya diletakkan di kepala, pernikahan kedua atau ketiga sudah dapat dikesan starus lelaki ini.

Tanpa Nama berkata...

bijak juga ye, dapat tipu 11 pompuan. bukan senang nak dapat pengalaman 11 bini di malaysia ini...

Tanpa Nama berkata...

Anak yang jadi mangsa..bayangkan apa perasaan anak itu apabila jd dewasa kelak..tambah2 lagi anak perempuan...kalu dioarang nak kahwin 1 masa nanti..macam mane tue..memang dah jd realiti sekarang..anak2 yang lahir dengan status 'ANAK LUAR NIKAH ' akan dicemuh dan dihina oleh masyarakat..anak2 yang jd mangsa..yang jabatan agama pun satu hal..xkan xdapat nak kesan pasal hal macam nie..