29 Okt 2012

Petani Dari Tiga Bangsa, Melayu Cina Dan India Buat Laporan Polis Terhadap Noh Omar

Petani di Sekinchan membuat laporan polis terhadap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berhubung tender pemberian benih padi bernilai RM164.8 juta kepada pembekal yang tidak memenuhi kriteria tender.

Menurut laporan polis yang dibuat petani itu semalam, mereka mengesyaki wujud salah guna kuasa dan penyelewengan dalam proses agihan tender benih padi sah bagi tahun 2013 hingga 2014.

Laporan polis oleh Misran Serman, Loo Kim Yong dan S Ragavan di balai polis Sekinchan itu antaranya mendakwa lebih separuh kuota subsidi benih padi sah setahun berjumlah 80,000 tan metrik dianugerahi kepada syarikat kroni.

Antara lain kandungan laporan polis itu juga menyebut kebimbangan sekiranya terdapat masalah yang tidak dapat ditangani syarikat terbabit sehingga mengancam bekalan benih padi sah.

Noh pada 18 Oktober bagaimanapun mendakwa isu kuota itu cuba dipolitikkan oleh pembangkang "seolah-olah pemberian kuota mementingkan kroni semata-mata".

Sambil menafikan dakwaan itu, Noh berkata, kementerian sebenarnya memberikan peluang kepada syarikat berminat walaupun tarikh tender telah tamat dan ekoran daripada kelonggaran tersebut, 10 syarikat diberikan peluang. -mk

8 ulasan:

Amuraria berkata...

tengok muka pun dah nampak pembelot !ABU !

En putat berkata...

Yeah....ini barula repot polis satu malaya....pi mampuih la hang buldog....

Tanpa Nama berkata...

he he he.. noh omaq, rakayat yakin dan tau yng dpt tender tu yng selalu himpit nko, x kan secara kebetulan kowt???. nko sebagai menteri kenapa lemah sgt nak tingkatkan pengeluaran padi pun x reti, yng paling malang rakyat yng pilih dia ni akhirnya menyusahkan rakyat, kesian petani tu.

Tanpa Nama berkata...

DUIT PETANI PUN NAK KEBAS KE !!!

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi menteri yang rakus.Ramai lagi yang belum terbongkar. Hanya menunggu giliran. Teruskan membongkar satu demi satu. Kalau rakyat masih belum sedar tak tahu lah apa nak jadi.

Tanpa Nama berkata...

Bukan sahaja isu tender benih padi sah, banyak lagi salah guna kuasa dan rasuah yang BULDOG ni lakukan dalam Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Harap para petani semua sedar akan hal ini dan pastikan ianya tidak lagi ada dalam masyarakat.

Tanpa Nama berkata...

"Sambil menafikan dakwaan itu, Noh berkata, kementerian sebenarnya memberikan peluang kepada syarikat berminat walaupun tarikh tender telah tamat dan ekoran daripada kelonggaran tersebut, 10 syarikat diberikan peluang."

Mungkin 10 syarikat tersebut terdapat kroni dan tak cukup syarat. Ingat, rakyat dah cerdik walaupun seorang pesawah padi.

Tanpa Nama berkata...

Dengar cerita pegawai-pegawai pertanian pun tak suka dengan Noh Omar. Tak dengar nasihat pegawai yang lebih tahu dan berpengalaman dalam bidang pertanian.

Patutlah tak ada seorang pegawai pun yang komen untuk pertahankan Noh Omardalam isu ini.