23 Sep 2012

Wanita Ditangkap Khalwat, Dakwa Sudah Diceraikan


Kluang - Seorang wanita yang menyangka dirinya telah sah diceraikan oleh suaminya kira-kira tiga bulan lalu dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Seri Impian, dekat sini, malam kelmarin.

Pasangan terbabit dicekup Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang kira-kira jam 5 pagi selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat pasangan terbabit.

Pegawai Tadbir Tadbir JAJ daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, selepas 10 minit pintu rumah diketuk, wanita berusia 27 tahun itu membuka pintu dalam keadaan baru bangun tidur dan kelihatan bersamanya seorang lelaki berusia 26 tahun.

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan mendapati pasangan terbabit tidak mempunyai ikatan perkahwinan, manakala wanita yang mengaku dari Sabah itu mendakwa dirinya telah diceraikan kira-kira tiga bulan lalu.

“Namun, setelah semua dokumen tentang perceraian diperiksa, mendapati wanita tersebut masih dalam proses perceraian dan ianya belum diputuskan oleh Mahkamah Syariah lagi,” katanya.

Mohd Khalil berkata, pasangan tersebut juga mengaku sebagai saudara sepupu.

“Walau bagaimanapun mereka tetap didakwa berkhalwat dan akan disiasat di bawah Seksyen 27(1) a&b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Apa yang menjadi kekeliruan kepada wanita itu adalah hanya berpandukan mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar suaminya dan surat arahan untuk datang ke Mahkamah Syariah bagi menentukan keputusan kes tersebut.

“Tetapi wanita tersebut tidak datang pada hari yang ditetapkan dan mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya itu menyebabkan dia yakin mereka telah bercerai,” katanya.

Ulasan GB

Sekalipun katakanlah cerai itu sah, tetapi itu bukan sebab untuk berkhalwat. Alasan lansung tak menasabah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah jadikan apabila seseorang itu tak faham macam mana proses penceraian dijalankan. Kalau tak faham jangan jadikan habit buat andai membabi buta seolah - olah lebih pandai dari orang lain. referlah Ustaz atau peguam syariah kalau ada masalah macam ini kerana ini melibatkan soal hukum hakam agama, tidak boleh buat main begitu saja. Ini satu pengajaran baik kepada semua orang yang masih lagi berlagak lebih pandai dari orang lain.

muhamad hafis bin mahmud berkata...

Laksanakn hukum Islam, akan settle smua kes2 mcm ni.. Tu saje jlannye