23 Sep 2012

Kes Remaja Hamil Luar Nikah: ‘Satu Kelahiran Setiap Hari’

Klang – Semakin ramai remaja Malaysia hamil luar nikah dengan beberapa hospital utama mencatatkan sekurang-kurangnya satu kes setiap hari.

Menurut Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Dr Mohamad Farouk Abdullah, kira-kira 12,000 anak luar nikah dilahirkan di hospital tersebut.

“Kami ingat kes remaja hamil luar nikah hanya berlaku di Klang tetapi senario sama turut dihadapi enam hospital pakar di Selangor,” katanya.

“Remaja berusia 12 tahun merupakan remaja termuda melahirkan anak di hospital ini,” kata Dr Mohamad Farouk pada seminar ‘Pregnant by Choice, Not by Chance or Force’.

Ia dianjurkan hospital tersebut sempena bulan Perancangan Keluarga.

Kementerian Kesihatan merekodkan kira-kira 18,652 kelahiran oleh remaja berusia di bawah 19 tahun pada 2011 berbanding hanya 5,962 kes pada separuh kedua 2010.

Pegawai perubatan kebajikan sosial HTAR, Nurul Azira Mahamad Jafar berkata, dia menguruskan sekurang-kurangnya satu kes remaja hamil luar nikah setiap hari pada tahun ini.

“Saya pernah mengendalikan 14 kes, bilangan tertinggi dalam tempoh sehari melibatkan remaja hamil di usia muda,” katanya.

Nurul Azira memberitahu dia pernah menguruskan kes yang melibatkan remaja hamil luar nikah, mangsa rogol dan penderaan seksual di hospital tersebut dalam tempoh enam tahun.

Kebanyakan remaja yang hamil ini diarahkan oleh klinik untuk merujuk kepada hospital.

Ini kerana, kehamilan di usia remaja dianggap kes berisiko tinggi.

Seorang remaja berdepan risiko dua kali ganda untuk meninggal dunia akibat komplikasi kehamilan atau ketika melahirkan anak berbanding wanita berusia 20-an.

Kebanyakan remaja datang ke hospital mengadu mengalami ketidakselesaan di bahagian perut.

Sebagai sebahagian daripada protokol hospital, doktor akan melakukan pemeriksaan kehamilan ke atas mereka.

Sekiranya disahkan hamil, mereka akan dimasukkan ke wad dan pihak hospital akan memaklumkan perkara itu kepada keluarga remaja terbabit.

Nurul Azira berkata, remaja di bawah usia 18 tahun yang hamil dan anak mereka dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 serta akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam kebanyakan kes, remaja hamil luar nikah kerana mereka melakukan hubungan seks dengan pasangan masing-masing.

“Mereka terdiri daripada keluarga bermasalah dan berpendapatan rendah.

Ada sesetengah daripada mereka melarikan diri dari rumah.

“Kami menjalin hubungan baik dengan remaja-remaja ini.

Oleh kerana takut, mereka tidak akan menceritakan perkara itu kepada keluarga, jadi kami perlu mendapat kepercayaan mereka untuk memperoleh maklumat keluarga,” katanya.

Nurul Azira berkata, kebanyakan ibu bapa malu apabila dimaklumkan mengenai keadaan anak mereka.

“Mereka bimbang jiran akan mengetahui perkara tersebut.

Terdapat juga segelintir ibu bapa yang mengakui gagal mengawal tingkah laku anak mereka.

“Kebiasaannya kami akan menasihatkan remaja terbabit dan ibu bapa mereka untuk mendapatkan kaunseling,” katanya.

Jelasnya lagi, sekiranya ibu bapa tidak dapat menjaga ibu dan anak tersebut, mereka boleh menyerahkan kedua-duanya kepada JKM.

Beliau menceritakan kes remaja berusia 13 tahun yang melahirkan anak luar nikah baru-baru ini.

“Ibu bapanya berkata mereka enggan memberi jaminan bahawa remaja tersebut tidak akan hamil semula sekiranya bapa kepada anak luar nikah itu tinggal di kawasan sama,” katanya.

“Jadi mereka bersetuju untuk menghantar remaja dan bayi tersebut ke JKM,” katanya.


Kes rogol: Lari berbogel minta bantuan

KEMAMAN – Terkejut dengan perbuatan teman lelaki yang tergamak menodainya, seorang pelajar tingkatan dua yang berjaya melepaskan diri daripada kekasihnya itu, sanggup berlari dalam keadaan berbogel sambil menjerit meminta pertolongan.

Bukan itu sahaja, panik mendengar teman wanitanya menjerit, lelaki berusia 19 tahun dan juga berkeadaan bogel itu turut melarikan diri dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah kosong dekat sebuah kampung di Kemasik, kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

Namun dengan kecekapan polis, suspek, seorang penganggur berjaya ditangkap dua jam kemudian di kawasan kampung sama.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, ketika mangsa menjerit sambil berlari, pada masa sama teman lelakinya itu turut berlari sebelum menghilangkan diri.

“Sejurus mendengar jeritan mangsa, orang kampung datang ke kawasan rumah kosong itu untuk membantu.

"Dengan bantuan orang awam, mangsa kemudiannya membuat laporan polis. Susulan itu polis yang segera bertindak memburu suspek berjaya menahannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Rumah kosong tempat suspek merogol mangsa adalah sebuah rumah yang telah siap dibina tetapi masih belum dimasuki penghuni.

Kata Che Suza, suspek direman bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ibu bapa agar mengawasi pergerakan anak dan tidak membenarkan anak gadis keluar malam termasuk dengan kekasih kerana banyak kes ditakrif rogol apabila anak gadis dinodai teman lelaki sendiri.


“Ibu bapa perlu mengawasi pergaulan dan pergerakan anak terutama anak gadis. Pengawasan daripada keluarga penting bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku,” katanya. -SH



Ulasan GB

Hebat Malaysia yang dikatakan negara Islam tetapi bermacam alasan untuk tidak menjalankan hukum Islam.

Terimalah bahananya ini...

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Xper....sekolah hamil kan ada.
Kalau tak ada pelajar yg hamil, siapa lagi nak sekolah kat situ?
Itu lah bagus nya BN!

Tanpa Nama berkata...

1. “Remaja berusia 12 tahun merupakan remaja termuda melahirkan anak di hospital ini,” 

Banyak terbaca komen hina Rasul s.a.w sbb nikah dgn Aisyah yg masih terlalu muda. Asyik dok hina, rupanya darjah 6 dah melahirkan anak secara haram. Tuhan tengah tunjuk ni, yg tukang hina tlg buka minda.

2. kehamilan di usia remaja dianggap kes berisiko tinggi.

Asalkan apa yg Nabi s.a.w buat je, semua berisiko dan bahaya. Sampaikan amalan mkn kambing pun bpenyakit katanya.

Nak bgtahu pada semua termasuk diri aku, Nabi s.a.w tu kekasih Allah. Adam a.s belum dicipta, nur Muhammad dah ready. Nabi s.a.w dijaga rapi oleh Allah s.w.t. Luar dalam bersih.
Kalau nk ikut Quran n tinggal nabi, xsempurna la. Lagi pandai dr nabi ke?
Kita kena paham nabi kita manusia paling hebat, paling sempurna, paling betul.
Yahudi buat filem hina nabi, aku hangin tp xheran. Yg aku heran knp xdak org Malaysia yg pi demo tiap kali vip hina nabi.

Bosan berkata...

semua yang kerajaan buat salah..takkan satupun tak betul..agaknya tanpa sekolah hamil tu makin banyak kita jumpa mayat bayi kat tong sampah.. lagipun stigma masyarakat yang rasa diri mereka lebih baik dari orang lain maka dipandang jijik mereka yang hamil hatta yang mengandung sebab kena rogol pun di pandang hina..

jangan cakap sebab takda hudud..boleh aku tahu tahun berapa enekmen hudud siap kat kelantan yang pasti bukan tahun 90.. kedah dah siap belum..negeri lain dah ada ke tak..atau nak tunggu menang baru buat..

Tanpa Nama berkata...

kalau "bosan" punya adik kena rogol lagi bagus kan? boleh masukkan ke sekolah hamil. biar kena batang hidung dulu, baru nanti komen macamtu.

Tanpa Nama berkata...

perintah Allah jangan nak dipersendakan.Kita siapa. kita cipta diri kita sendiri ke, jangan nak sombong sangat hidup atas muka bumi Allah.Ada Faham ke...

Bosan berkata...

Rasanya komen yang aku tulis tiada pun mempersendakan hukum Allah..tapi rasanya ada mempersendakan kononnya matlamat PAS nak melaksanakan hukum tersebut..

Komen aku tadi , stigma kita yang memandangkan serong orang yang hamil luar nikah walaupun dia tak bersalah sebab kena rogol..Kita terlalu rasa diri kita terlalu baik dan sempurna..

Kedua , jika PAS nak laksanakan hukum hudud rang undang undang tersebut dah siap sedia.. Menang besok boleh terus table ke Dewan Undangan Negeri bukan lepas menang baru nak gubal..Nie apa cer Kedah ..dah siapke atau takda langsung..

Jangan main sedap pukul orang..

wak berkata...

Saudara "bosan"
Allah Yang cipta manusia.
Allah juga dah tunjuk macam mana nak jaga manusia.
Tapi manusia rasa dia lebih cerdik daripada Allah s.w.t, dia tak ikut apa yang Allah ajar,maka berlaku lah apa yg berlaku.

Mereka tak nak cegah zina, tapi mereka sibuk berfikir bagaimana nak selesaikan masalah akibat zina itu.

Yang memang kena rogol itu cerita lain.

Kadang2 dah mengandung 6 bulan baru report kena rogol, kes rogol macam ni perlu dikaji semula.

Tanpa Nama berkata...

Hoi KDN kau cakap kadar jenayah turun, kenapa kes Juvana makin hari makin meningkat? Hoi KDN kau tak kesihankah budak - budak remaja di Malaysia sudah rosak akhlaknya seawal umur 12 tahun? jangan pula kau guna alasan ini untuk jadi alat politik di Selangor pula pada pilahanraya DUN sedangkan kau pegang kerajaan Pusat tak ada action pun kau ambil keatas masalah ini. Jangan sampai gejala sosial remaja rosak macam di US baru kau nak ambil tindakan sebab kalau dah sampai tahap begitu terlambat sudah utk diatasi.

Tanpa Nama berkata...

Sebelum malaysia dpt menjalankan hukum hudud yg entah bila kita pun tak tau, sepatutnya nilai sendiri tanggungjawab kita semua sbg ibubapa @ penjaga. Selain dari dirogol, tanya diri sendiri kenapa semakin ramai remaja mengandungkan anak luar nikah. Anak sendiri, kenapa benarkan buat ikut suka hati. Kena usung dgn lelaki pun, ibubapa tak ambil peduli. Bkn salah pun dirikan sekolah utk remaja yg termengandung tu, sekurang2nya tak lah mereka terus buat kesilapan yg lebih bsr dgn membunuh bayi mereka. Klu nak lebih adil, dakwa & hukum sekali ibubapa yg culas menjalankan tanggungjawab serta amanah dari Allah. Klu tinggal di negara kafir sekali pun, bukan kah ibubapa yg kena mendidik anak2 mereka dgn ajaran islam yg sempurna? Benda lain bolehlah nak salahkan kerajaan tapi kalau anak sendiri berzina, takkan itu pun nak salahkan kerajaan jugak!

Tanpa Nama berkata...

Memang salah kerajaan, hukum dah ada dah, tapi tak pakai....salah siapa?

Kalau tak dipersalahkan dan tak boleh handle masalah ni, bagi je orang lain jadi kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Ibubapa sekarg xmcm dulu....dua2 keje...so.anak bebas...sebab ap masing2 kejar duit sbb.xcukup.makan...so nk.salahkn sape...kerajaan laa kena main peranan...mane peranan ibu sekrg...ak.pn ad anak bini keje...sape yg xsayg anak..tp sebab kekangan duniawi yg drancg kita.tpaksa ikut...pikirlaaa jgn sedap mulut nak salhkn ibubapa...system kat malaysia nie kena rombak balik...dulu gaji.rm 800...bo besarkn anak 8 org tp sekrg...ko pikirlaa sendiri....