9 Sep 2012

PBT Diselar, Turunkan Bendera PAS Biarkan Bendera BN


Seremban – Pas sifatkan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) menurunkan bendera parti itu yang dipasang sempena Majlis Rumah Terbuka Pas Negeri Sembilan, di Dataran Senawang, dekat sini sebagai tidak adil.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, sekiranya pemasangan bendera parti di kawasan tersebut merupakan satu kesalahan, tindakan sama juga perlu dilakukan terhadap bendera Barisan Nasional (BN) di situ.

“Jika hari biasa memang kita tidak pasang bendera Pas di kawasan terbuka seperti ini. Tetapi, kita pasang kerana kita anjurkan majlis rumah terbuka.

“Kita tiada masalah jika pihak berkuasa menjalankan tugas, tapi menjadi persoalan mengapa bendera BN dipasang di hampir keseluruhan pokok palma di Dataran Senawang tidak diturunkan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi berkata, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) sewajarnya bertindak secara profesional dalam menjalankan undang-undang berhubung pemasangan bendera parti.

“Saya juga musykil kerana kawasan Dataran Senawang yang dimenangi pakatan pembangkang tidak dibenarkan memasang bendera parti, sedangkan BN diberi ruang sebebasnya di sini. Malah bendera BN juga sudah berbulan-bulan dibiarkan tergantung tanpa tindakan pihak berkuasa,” katanya.

Semalam, kira-kira 40 bendera Pas yang dipasang di sekitar Dataran Senawang sehari sebelum majlis, diturunkan penguat kuasa MPS kira-kira 9.30 pagi. -SH

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wahai raayat sekalian beta ini sampaikan pesan jangan duduk marah kat PBT. Raayat nak tahu dari atas sampai ke sapu sampah kebanyakan nya ahli UMNO totak. mereka bukan ada kelulusan pun.

Tanpa Nama berkata...

hidup tak ada prisip itulah jadinya
jadi kuda orang saja ..

Tanpa Nama berkata...

ketidak adilan dan tiada kewarasan berfikir menyebabkan tahun 2020 tidak akan tercapai wawasan. sampai bila nak bodohkan orang awam...

Tanpa Nama berkata...

UMNO nak arah turunkan 1 benderakah, 10 benderakah atau 1 billion bendera sekalipun, rakyat tetap tak akan sokongan parti UMNO alias Mafia + syaitan pada PRU akan datang kerana rakyat sudah tahu who are you UMNO and we never ever like you forever.