9 Sep 2012

Gara-gara BerSMS, Pelajar 15 Tahun Dirogol Bergilir-gilir

Tapah - Perkenalan singkat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang baru menjangkau tiga hari mengundang padah buat seorang calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) di salah sebuah sekolah di Bidor apabila dia menjadi mangsa rogol secara bergilir-gilir tiga pemuda.

Gambar: Som Sak menunjukkan gambar dua lelaki yang dipercayai boleh membantu kes rogol melibatkan seorang pelajar tingkatan tiga, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian Ahad lalu, mangsa berusia 15 tahun itu baru berkenalan dengan salah seorang suspek dan diajak keluar untuk beraya di rumah rakan suspek di sekitar Tapah sebelum makan malam bersama.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak a/l Din Keliaw berkata, setelah selesai makan, suspek pertama tidak membawa mangsa pulang sebaliknya memberitahu mangsa, dia mahu mengambil dua rakannya.

"Kereta yang dipandu suspek kepunyaan bapa saudaranya dan mereka menuju ke rumah milik salah seorang suspek di Kampung Muhibbah, Batu 33, Tapah.

“Mangsa dibawa masuk ke dalam rumah sebelum dirogol oleh tiga orang suspek bergilir-gilir dan pihak kami juga percaya, perbuatan itu dilakukan dari lewat malam sehingga awal pagi,” kata dalamsidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah, Asisten Superitenden Md Nasri Fadzir

Tambahnya, ketika suspek pertama cuba mengulangi perbuatannya sekali lagi terhadap pelajar terbabit, mangsa berjaya mengunci pintu bilik sebelum melarikan diri daripada rumah tersebut.

"Ketika mangsa cuba melarikan diri, mangsa telah membuat panggilan 999 dan meminta bantuan daripada pihak polis.

"Mangsa berjaya diselamatkan sepasukan polis daripada IPD Tapah dan dibawa ke balai polis sebelum dihantar ke Hospital Tapah untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan pakar di sana dan satu laporan polis dibuat.

“Mangsa juga dapat mengecam dua daripada tiga suspek iaitu Mohd Shahril Kamaruddin , 23 daripada Kampung Rebai, Jalan Pahang, Tapah, dan Musa Shaharum, 38, Kampung Bermin, Jalan Pahang, Tapah dan pihak kami sedang dikesan suspek bagi membantu siasatan.

“Kami juga sedang mengesan seorang lagi suspek yang hanya dikenali sebagai ‘Mok’ dan dipercayai terlibat dalam kes ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Suspek yang dikenali sebagai Musa bekerja sebagai mekanik di salah sebuah bengkel di sini, mempunyai isteri dan anak turut mempunyai dua rekod jenayah iaitu pecah rumah dan curi kenderaan manakala Mohd Shahril masih dalam siasatan pihaknya.

“Pihak kami sedang giat mencari ketiga-tiga suspek yang dipercayai melarikan diri selepas kejadian itu dan menyedari mangsa membuat laporan polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat kejadian jenayah serta lain-lain maklumat boleh berhubung terus di hotline IPD Tapah 05-4015222 atau SMS Rakan Cops 32728 ataupun balai-balai polis berdekatan,” katanya. -SH

Ulasan GB

Signal awal sudah ada, tetapi apakah Kementerian Pelajaran membuka mata terhadap cadangan mereka untuk membenarkan pelajar sekolah membawa telefon bimbit ke sekolah?



8 ulasan:

wak parjoe berkata...

Wak pernah menulis dahulu, nie nak ulang sekali lagi ; keputusan boleh bawa atau tidak, biarlah dibuat oleh pihak PIBG di sekolah masing-masing kerana mereka lebih tahu sama ada membawa telefon itu perlu atau tidak dan mereka juga yang akan menanggungnya !

Tanpa Nama berkata...

halo wak parjoe

apa punya bebal, cegah sebelum berlaku

kalau dah anak pak parjoe sendiri kena rogol nanti barulah tau...

wak parjoe berkata...

Anon 229 yang bebal nie. Penggunaan telefon sebenarnya bergantung kepada keperluan dan berdasarkan lokasi sekolah. Sekolah luar bandar berbeza dengan sekolah kampung. Ibubapa lebih memahami akan perkara tersebut. Anon ingat semua murid yang bawa telefon ke sekolah tu kena rogol ke ? Cuba berfikiran terbuka dan positif.

Tanpa Nama berkata...

Salam. Membenarkan murid membawa telefon bimbit ke sekolah tidak praktikal. Akan mengundang banyak masalah di sekolah. Di sekolah sudah ada telefon awam. Jadual waktu dan aktiviti sekolah di maklumkan kepada ibubapa/ penjaga dari masa ke semasa. Jika di benarkan, siapa yang nak kawal penggunaannya? Klu kecurian, kepada siapa pula nanti dilaporkan dengan harapan dapat cari smula telefon yang hilang itu? Cikgu juga jawapannya..nanti ada pula murid yang bisnes prepaid di sekolah.. perkara ini perlu ditangguhkan dan kajian yang teliti perlu didahulukan. Jangan hanya suka buat pelancaran dan pengumuman popular jer yer

Tanpa Nama berkata...

Salam. Membenarkan murid membawa telefon bimbit ke sekolah tidak praktikal. Akan mengundang banyak masalah di sekolah. Di sekolah sudah ada telefon awam. Jadual waktu dan aktiviti sekolah di maklumkan kepada ibubapa/ penjaga dari masa ke semasa. Jika di benarkan, siapa yang nak kawal penggunaannya? Klu kecurian, kepada siapa pula nanti dilaporkan dengan harapan dapat cari smula telefon yang hilang itu? Cikgu juga jawapannya..nanti ada pula murid yang bisnes prepaid di sekolah.. perkara ini perlu ditangguhkan dan kajian yang teliti perlu didahulukan. Jangan hanya suka buat pelancaran dan pengumuman popular jer yer

Tanpa Nama berkata...

Bergantung pada didikan. Doa ibu bapa yg soleh & solehah juga memainkan peranan.

Wlu bgaimana pun aku x salah kan budak perempuan tu 100% mungkin dia lurus bendul, tapi dia salah juga sbb percaya sangat pada org yg dikenali. Malah yg dikenali pun skrg bukan bole caye.

Sbb sekarang ni ada majikan2 yg percaya kat pekerja2nya, tinggalkan anak kecil sekejap pada pekerjanya, kemudian anak2 tu kena rogol. Ade pula nenek2 & mcik2 yg kena rogol oleh cucu angkat dsbnya.

Aku salahkan UMNO sbb sbgai kerajaan memerintah tak serious nak ajar agama & laksanakan hukum Islam. Ni baru 2012, akan datang?

Kat kelantan banyak kes tsb?
PAS dah jalankan dakwah (wlu kdng2 diperlekeh oleh UMNO) misalnya ttg tutup aurat, tapi dek pengaruh UMNO kuat sangat di Tv2 & media2 utama, remaja2 lebih suka kat situ.






Tanpa Nama berkata...

bergantung kpd keperluan.. tapi dengan adanya telefon bimbit dikhuatiri sekolah akan menjadi tempat ragut pula. kanak2 pegang hp nanti kena ragut. siapa yng susah.. penjenayah tak kenal mangsa.

Tanpa Nama berkata...

Masalah yang dijangka akan timbul:
- Membuat dan menjawab telefon dalam kelas.
- Menghantar dan menerima sms semasa belajar
- Membuat rakaman yang tidak sepatutnya.
- Bermain game dan menonton video semasa belajar
- Kadar kecurian meningkat
- Kadar pebelanjaan harian meningkat, beli telefon dan top up.
- Guru peerlu dilatih menajdi CSI untuk cari telefon yang hilang, paling kurang belajar jadi bomoh
- Pelajar bergaduh kerana berebut handphone

Masalah yang ada belum selesai nak tambah masalah lagi.