25 Sep 2012

Langat 2: Selangor 'Sangat Gembira' Jika Perjanjian Batal


Shah Alam – Kerajaan Negeri ‘sangat gembira’ sekiranya Kerajaan Negeri Pahang mahu membatalkan perjanjian bekalan air mentah ke negeri ini jika pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 tidak diteruskan.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin. Dr Xavier Jayakumar berkata, beliau percaya perkara itu juga menggembirakan rakyat negeri ini kerana secara tidak langsung Kerajaan Negeri tidak perlu membayar kira-kira RM80 juta setahun royalti air mentah kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Katanya, Kerajaan Negeri menyambut baik hasrat Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob itu.

“Kalau dia (Adnan) nak batalkan kita gembira dengan keputusan itu kerana kita tidak perlu bayar RM80 juta setahun.

“Tetapi, dia perlu nyatakan secara bertulis perkara ini dan bukannya setakat cakap di media atau sebagainya,” katanya mengulas kenyataan Adnan bahawa pihaknya akan membatalkan perjanjian bekalan air mentah ke Selangor.

Xavier berkata, tiada masalah sekiranya Pahang mahu membatalkan perjanjian bekalan air mentah ke negeri ini kerana bekalan air mentah di Selangor mencukupi.

Sebelum ini, perjanjian itu ditandatangani antara Kerajaan Negeri Pahang dan Selangor yang ketika itu diwakili Dr Mohamad Khir Toyo pada kadar harga 10 sen bagi setiap meter padu dengan kuantiti 1.6 juta meter padu sehari.

Malah, Adnan juga mengugut jika Kerajaan Negeri tidak meneruskan Langat 2 pada masa sekarang dan ingin menyambungnya pada masa hadapan, harganya akan dinaikkan kepada RM1 bagi setiap meter padu.

Xavier berkata, beliau difahamkan pembinaan terowong siap 60 peratus dan Adnan perlu menjawab perkara itu kepada Kerajaan Pusat.

Langat 2: MB Pahang beri Selangor kata dua
< /br> BENTONG - Kerajaan Negeri Pahang akan mengkaji dari segi peruntukan undang-undang untuk membatalkan perjanjian konsesi penyaluran dan pembekalan air mentah ke Selangor sekiranya kerajaan Selangor masih berdegil dan tidak membenarkan projek Loji Air Langat 2 diteruskan.
< /br> Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata ini kerana kerajaan negeri Selangor tidak menghormati perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Pahang dan Selangor ketika itu.
< /br> Beliau berkata walaupun kerajaan Selangor kini bertukar, Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya menghormati perjanjian bekalan air itu.
< /br> "Saya berharap kerajaan Selangor tidak menjadikan bekalan air itu sebagai isu politik.
< /br> "Kalau beliau (Abdul Khalid) masih terus berdegil, kerajaan Pahang akan mendapatkan pandangan daripada Penasihat Undang-Undang Negeri mengenai projek itu dan akan membatalkan perjanjian itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Maha 2012 dan Jelajah Kesihatan Peringkat Parlimen Bentong di Dataran Bentong di sini, hari ini.
< /br> Turut hadir Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Anggota Parlimen Bentong.
< /br> Adnan berkata jika perjanjian itu terbatal dan kerajaan Selangor ingin membuat perjanjian baharu dengan Pahang, pihaknya akan menyemak semula harga dan mungkin caj yang dikenakan lebih tinggi berbanding perjanjian sebelum ini.
< /br> Pada 22 Nov 2007, Pahang dan kerajaan negeri Selangor yang ketika itu di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional menandatangani perjanjian konsesi penyaluran dan pembekalan air mentah pada harga 10 sen bagi setiap meter padu.
< /br> Kerja pembinaan terowong bagi menyalurkan air mentah ke Selangor dari Pahang dijangka selesai pada tahun 2015.
< /br> Penyaluran air Pahang-Selangor merupakan projek kerajaan persekutuan yang dicadangkan sejak tahun 2000 dan dijangka menelan belanja RM2.
< /br>9 bilion.
< /br> Adnan berkata setakat ini pembinaan terowong air di empangan Klau yang terlibat dalam projek berkenaan berada pada fasa terakhir.
- Bernama
< /br>

7 ulasan:

Ngah Phg asal Melaka berkata...

kebanyakan MB/KM negeri2 dr umno xpandai nak uruskan kerja2 yg baik.

Tanpa Nama berkata...

Siapa yg boddoh, siapa yg bahalul.

Tanpa Nama berkata...

Menteri besar darjah 6 ,itulah sahaja standard dia ,mana la dia atau bab perjanjian dengan kerajaan pusat yang dia tau bab felda boleh lah. Orang-orang UMNO kalau dah lama jadi ahli dan kuat ampu lama-lama boleh lah naik jadi ketua kesudahannya jadi macam lnie la. orang cakap lain dia kata lain.

Hantu Air berkata...

Kroni tak leh carik makan.
Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Biar betul, adnan ?

Kau ni betul ke tak betul ?

joyo berkata...

Bila Pahang PR ambil alih baru kita sambung semula perjanjian.

Tanpa Nama berkata...

Inilah MB negeri aku. Kau tu bodoh. Kalau kau cerdik xkan belanjawan defisit 13 tahun berturut. Yang kau gi gertak org cerdik tu buat apa? Dah PM orang Pahang jgk, x de batu pelir. Memalukan betul la ameno ni