29 Sep 2012

[BONGKAR] Penipuan SPR - 64,100 Pengundi Pos Didaftar Dalam Sehari, 5 Juta Tiada Alamat

Kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipertikaikan lagi apabila audit yang dibuat ke atas daftar pemilih mendapati 64,100 pengundi pos telah didaftar dalam satu hari.

Ia telah didaftarkan pada 9 April 2010 dan menimbulkan pelbagai tanda tanya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia berdasarkan audit yang dibuat pada bulan Mac 2012, kata Anwar.

Beliau mendedahkan perkara ini ketika berucap di majlis makan malam perdana anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Melawati malam tadi.

Hampir kesemua pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kecuali Tuan Guru Datuk Nik Aziz yang tidak berapa sihat, berada di majlis itu.

Selain itu, audit yang dibuat juga mendapati 77,400 pengundi yang tidak dimasukkan dalam senarai pemilih 2008 telah dimasukkan begitu sahaja dalam senarai ini tanpa melalui proses yang sepatutnya.

Audit itu juga mendapati, 2,052 anggota tentera telah dimasukkan dalam senarai pemilih itu tanpa dinyatakan nombor kad pengenalan baru Malaysia.

Anwar juga memberitahu, 4.38 juta pemilih yang ada dalam senarai itu tidak mempunyai nombor rumah pada alamatnya manakala 3.3 juta pemilih pula mempunyai nombor rumah sahaja tetapi tidak mempunyai alamat jalan dan sebagainya.

"Kesemua ini menimbulkan pelbagai tanda tanya ke atas kewibawaan senarai pemilih ini," kata Anwar.

Bagaimanapun, di sebalik kesemua masalah itu, katanya, beliau yakin Pakatan akan menang dalam pilihan raya umum akan datang ini.

"Perkembangan yang berlaku di Sabah dan Sarawak serta kehadiran pemimpin mereka malam ini memberikan satu semangat baru kepada kita," kata Anwar.

Antara yang hadir malam tadi adalah bekas timbalan menteri, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan anggota Parlimen Wilfred Bumburing serta beberapa nama besar lagi dalam arena politik tanah air.

Kedua-dua mereka telah mengumumkan meninggalkan Barisan Nasional dan menyokong Pakatan Rakyat sebelum ini. -HD

Anwar:Cubaan menipu PRU,SPR daftar 5 juta pengundi tiada alamat

SHAH ALAM 29 September: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur.

“Audit mendapati ada penipuan besar-besaran dari daftar pemilih. Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi.

“Sebanyak 77, 246 nama pengundi baru yang tidak ada dalam daftar pemilih PRU 12,imasukkan.

“Bezanya apa? Permohonan dibuat bertahun-tahun sebelum PRU 12. Ada lima, lapan tahun tetapi tidak semena-mena nama-nama itu terpancar semula,” kata Ketua Pembangkang pada majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Tertutup Melawati itu yang dihadiri kira-kira 3,000 pemimpin

Menyifatkan ia didalangi Umno lantaran tidak yakin memenangi PRU 13, Anwar memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu.

Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat.

“Ini bukan perkara baru, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, 3.3 juta hanya ada nombor rumah.

“Ada 4.38 juta pemilih tanpa nombor rumah. Dia jawab, di kawasan Dayak, Kadazan, nombor rumah tiada tapi takkan sampai 4 juta. Manakala 1.99 juta boleh diperbaiki, ada alamat tapi tidak dibetulkan,” katanya.

Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, beliau berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan.

“Kita tahu beberapa nama diumumkan oleh kawan-kawan kita yang terlibat tentang soal lokaliti. Lokaliti ini dulu banyak tetapi dikurangkan.

Dulu jika ada enam, sekarang jadi tiga.

“Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar,” katanya.

Selain itu, katanya masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan.

“Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya.

“Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka,” katanya.
-KD




Laporan sebelum ini
klik untuk baca



5 ulasan:

Andak berkata...

Gambar ddiatas adalah dua ekor anjing hina yang diberi amanan tetapi
menipu dan pecah amanah. Semoga Allah
memberi hidayah kepada mereka supaya sikap "Keanjingan" berubah menjadi sifat manusia yang adil dan bertakwa.
MArilah kita semua berdoa untuk tujuan itu namun kalau masih tidak berubah maka nyatalah ia ujian bagi kita dan kita redha tetapi balasan Allah menunggu mereka. Neraka itu haanya untuk manusia dan jin sahaja.

Tanpa Nama berkata...

semoga laknat ALLAH atas mereka yg bersekongkol dgn pemerintah zalim...

Tanpa Nama berkata...

Lihat apakah ada Nur di wajah mereka berdua(berduet/berduit) itu??

Tanpa Nama berkata...

memang bangsa dr pulau mana 2ekor jadah ni...mari kita doakan 2ekor jadah ni d lupuskan allahswt dr bumi ini.....amin......doa suruh berubah xmau berubah lg teruk 2ekor ni buat benda2 yg xberjadah....bangsattttt

Mamak Salmon Khan berkata...

No wonder-lah Najib melengah-lengahkan tarikh PRU13; tujuannya supaya 2 orang manusia ini boleh mendaftarkan berjuta-juta lagi rakyat asing sebagai rakyat Malaysia utk mengundi BN di dalam PRU13 itu nanti! Aduh! Malangnya Malaysia...
Kalaulah PR menang, apakah akan dilakukan terhadap manusia-manusia ini serta suku sakatnya? (Aku kata "Kalaulah PR menang..." sebab kalau berjuta warga asing telah didaftarkannya utk mengundi, mudahkah PR utk menang?)