20 Sep 2012

Pengerusi & Timb Pengerusi SPR Perlu Letak Jawatan Segera Atau Mahu Masuk Penjara?


Pengundi luar negara desak bos SPR undur

Tidak puas hati dengan kelewatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan warganegara Malaysia di luar negara mengundi pos, kumpulan pendesak MyOverseasVote (MOV) mendesak dua pemimpin utama badan itu meletakkan jawatan.

MOV yang ditubuhkan bagi melobi hak mengundi mereka mendakwa pengerusi SPR Atan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar menipu rakyat Malaysia di negara asing.

SPR juga menghina syor yang dibuat oleh jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya, yang diluluskan Dewan Rakyat, kata MOV dalam kenyataannya semalam.

MOV merujuk kepada kenyataan Abdul Aziz Jumaat lalu bahawa Pejabat Peguam Negara masih mengkaji sama ada pindaan Akta Pilihan Raya diperlukan bagi membolehkan pengundian pos kumpulan itu.

Sementara itu, MOV juga membariskan kronologi peristiwa yang didakwa menggambarkan SPR tiada hasrat untuk memberikan hak pengundian pos kepada mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Ulasan GB

Seperti biasa, kedua-dua mangkuk ini akan memekakkan telinganya, TETAPI kita ingin memberi amaran bahawa hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya.

Mereka boleh menipu rakyat Malaysia, tetapi mereka tidak boleh menipu kebenaran apatahlagi Tuhan.

Mengikut pemerhatian GB, berdasarkan kepada tindakan-tindakan kedua-dua penjawat awam ini yang melakukan kerja secara tidak adil dan senget sebelah, mereka akan tetap ke penjara bersama-sama mereka yang curang di dalam perkhidmatan mereka, di satu hari nanti.

GB dan sekalian rakyat yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan akan tetap berdoa semuga ianya menjadi kenyataan FULLSTOP

4 ulasan:

Awanama berkata...

Aminnnnn Ya Robb

Awanama berkata...

Boss2 kt spr tu tak takut kt allah swt...
Dia org lebih takut kpd najib & umno...
Alquran pon dah nyatakn d akhir zaman, puak2 ni bersepah yg nk masuk neraka jahannam... Seronok sangat kena bakar api neraka... Heheheeee

Abu berkata...

Pengerusi SPR tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar ialah contoh manusia yang tak takut mati. Mereka ingat mereka akan hidup selamanya.

Awanama berkata...

Dia org tu lebih takut masuk jel sg buloh drpd masuk neraka jahannam.... Tak sedar masing2 tu dah tua... Tak takut Allah langsung...