18 Sep 2012

[BERTAUBATLAH] Inilah Perempuan Berumur 21 Tahun Kes Campak Bayi Dari Tingkat 3


Petaling Jaya – Seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi yang ditemui mati di Blok 1, Desa Mentari kelmarin ditahan reman sehingga 23 September ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, wanita berusia 21 tahun itu ditahan dalam rumah di situ dan dipercayai baru melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat itu.

Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang tinggal bersama keluarganya.

“Siasatan awal mendapati suspek belum berkahwin dan keluarga tidak mengetahui mengenai kandungannya.

“Kita percaya bayi itu masih hidup sebelum dia dicampak dan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala,” katanya.


Beliau berkata, bayi yang masih bertali pusat itu dicampak dari tingkat tiga melalui bahagian dapur rumah suspek.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, seorang penduduk terkejut apabila menemui mayat seorang bayi perempuan ketika sedang membaiki motosikal di kawasan tempat letak kereta pangsapuri terbabit.

Penduduk terbabit menyedari ada bunyi benda jatuh namun tidak menyangka ‘benda’ itu adalah bayi yang dicampak dari bangunan tempat tinggalnya.

Mayat bayi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan menjurus pelbagai aspek termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian.


Ulasan GB

GB sudah ulas sebelum ini, 2 dosa dalam 1 - berzina dan membunuh. Bertaubat nasuhalah semuga Allah memperkenankan taubatmu...




Laporan sebelum ini
klik untuk baca




8 ulasan:

perjalanan pulang berkata...

Salam GB

Menurut sejarah...Nasuha adalah seorang manusia di zaman nabi daud. Saya terbaca di dalam kitab usul ambia'. Di dalamnya kata kata ada menyebut " jika kamu mahu bertaubat, bertaubatlah sepertinya taubat nasuha. Wallahualam

opisboi berkata...

untungnya awek nie dapat 2 keuntungan.
1. dapat dosa zina
2. dapat dosa membunuh.
semoga allah memberi keampunan atas apa yg dibuat..cpt2la bertaubah

5sal berkata...

assalam gb!Taubat,taubat gak tapi kalu hati dah buta,pakai tudung hanya terpaksa,hanya adat ja.Jenih x da ilmu agama x tau la nagan keluarga dia ni? Jenih x penah dudk lam majlis ilmu ditambah hiburan yang melalaikan yang dbenarkan kera jaan yang dok da sekarang.Nak salah sapa?Diri sendiri,ibubapa,masyarakat @ Kera jaan???????!

Tanpa Nama berkata...

Inilah hasil tuaian dari benih yang ditabur semasa tahun baru lalu. Pemilik ladang dah kena tahan.... siapalah agak Pak Tani tu?

Tanpa Nama berkata...

Inilah jadinya apabila kerajaan gagal menjaga kebajikan rakyat serta memastikan gejala maksiat di luar dikurangkan (dihapuskan memang susah jenayah tetap berlaku di mana - mana saja). Kalau kerajaan cap dacing ambil serius benda ini dengan mengambil langkah pencegahan seperti kerajaan PAS buat di Kelantan (contoh galakan kerajaan negeri kepada rakyat dia untuk khawin awal) saya pasti perkara ini dah lama sudah berkurang. tapi apa boleh buat kerajaan pusat hanya tahu jaga keselamatan dan kebajikan APCO dan kroni sahaja.

DarulWardah berkata...

Banyak kes zina & Mengandung, Lelaki penzina lepas tangan dan perempuan tersebut dibiarkan.Selagi tak mengandung mereka akan terus berzina.Hukuman Allah jelas dan praktis.

Tanpa Nama berkata...

mana pula si lelaki durjana...kenapa tidak di dakwa juga....begitulah dunia akhir zaman...kepada para kaum hawa berpakaianlah menutup aurat berlandaskan islam...

Tanpa Nama berkata...

ape pun kembalilah kpd ajaran islam yg sebenar.... pakwe n makwe ade ke dlm ajaran islam yg sebenar??? sy pun dlm proses membaik pulih diri... wala' takrobu zina..... nk menghampiri pun x boleh... utk berguru jgn kpd seorg ustaz sahaja....yg dinasihati kpd bakal bapa dan ibu serta anak2... dan yg plg penting kpd suspek blom terlambat utk bertaubat...