7 Ogo 2012

TPM Pertahankan Rakyat Atau Rozali? – MB

Kerajaan Selangor memberi kata dua kepada kerajaan Persekutuan sama ada mahu menjaga kroni atau rakyat dalam isu air yang dijadikan modal Umno Barisan Nasional (BN) memburukkan negeri Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, usaha kerajaan untuk melaksanakan penyusunan semula industri air Selangor adalah sejajar dengan peraturan yang termaktub dalam Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA).

“Kalau Timbalan Perdana Menteri (TPM), Muhyiddin Yassin ingin rakyat Selangor mendapat kebaikan daripada penyusunan semula air, dia mesti meninggalkan rakannya iaitu Tan Sri Rozali dari Puncak Niaga.

“Ini pilihan yang ada kepada kerajaan Persekutuan. Sama ada bersama Pengerusi Puncak Niaga ataupun memilih bersama rakyat Selangor,” katanya kepada Keadilan Daily pada majlis berbuka puasa bersama media di Hotel Holiday Villa, Subang Jumaat lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok menegaskan, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Isu-isu Air Selangor, Muhyiddin pasti jelas mengenai penyusunan semula yang dipersetujui sejak 2008 antara kerajaan Pusat dan Syabas.

“Maklumat-maklumat itu kita dah ada. Saya sudah siap menyediakan surat kepada Timbalan Perdana Menteri untuk menunjukan proses perbincangan mengenai perkara ini.

“Saya rasa jawatankuasa yang baru ditubuhkan dan dipengerusikan Muhyiddin bersama Menteri Air (Peter Chin) dan Noh Omar tahu proses-proses ini,” katanya. -KD

MB: Penstrukturan semula air di Selangor elak tarif naik 52%

KUALA LUMPUR 13 Jun: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor tetap meneruskan penstrukturan semula air di negeri itu bagi mengelak rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menanggung kos kenaikan tarif lebih 50 peratus.

“Penyusunan semula air Selangor akan menentukan bahawa rakyat Selangor dan Kuala Lumpur serta Putrajaya tidak akan dikenakan kenaikan seperti dalam perjanjian antara Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan pada untuk 2009 dan 2012 yang mana sejumlah lebih 50 peratus harga tarif air dinaikkan.

“Jika tidak, kenaikan tarif air akan berlaku tiga tahun sekali dan tidak melebihi 12 peratus. Jadi dibandingkan dengan apa yang berlaku sekarang, jika perjanjian ini diteruskan, sekarang juga harga air kena dinaikkan lebih 52 peratus,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) sempena Forum Air Selangor 2012 semalam.

Khalid berkata, demi mempertahankan hak rakyat daripada dianiaya menerusi perjanjian oleh kerajaan Barisan Nasional dengan Kerajaan Persekutuan sebelum ini, beliau akan berjumpa sendiri dengan menteri berkenaan.

“Jika tidak boleh dilaksanakan penstrukturan ini, kita akan berjumpa dengan kerajaan untuk mereka menunaikan tanggungjawab mereka seperti dalam Perlembagaan Persekutuan ada termaktub bahawa air juga isu Kerajaan Persekutuan.

“Oleh sebab itu, tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, tetapi dalam Akta 655, dia (kerajaan) menerima bahawa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mesti dapatkan persetujuan bersama dalam penyelesaian,” jelas beliau.

Tambah Khalid, jika Kerajaan Persekutuan tetap ‘berdegil’ untuk menyusahkan rakyat, beliau sendiri akan turun padang menerangkan mengenai isu tersebut.

“Kalau tetap juga tidak diterima, saya akan menerangkan kepada rakyat apa yang saya buat, kalau tak dapat diteruskan, sanggupkah rakyat Selangor bayar 52 peratus kenaikan harga air. Perkara ini agak senang saya terangkan kepada rakyat Selangor,” katanya.

Dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655], yang ditandatangani Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Selangor dan Syabas pada 2006 menyetujui setiap tiga tahun, tarif air akan dinaikkan mengikut peratus yang dipersetujui.



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

syabas MB...Bangun Melawan...era kerajaan sentiasa betul telah berlalu...

Tebuan berkata...

Syabas MB, Tan Sri Khalid. Beruntung rakyat Selangor yang sekarang mendapat MB seorang bekas ahli KOPERAT yang genuin yang prihatin rakyat. Kalau MB era BN dulu AHLI "KEPARAT" yang genuin asyik mentekedarah harta rakyat dan menipu sepanjang masa.

Tanpa Nama berkata...

rakyat selangor didera BN isu air kerana sokong pakatan rakyat

Tanpa Nama berkata...

apa yang berlaku di Selangor menunjukkan langkah HIJAU KEPUTRAJAYA adalah tepat

Tanpa Nama berkata...

hapuskan gerombolan umngok laknat,pencekik darah rakyat , khas utk selangor

Tanpa Nama berkata...

Muhyiddin oh Muhyiddin kau ini nak berniaga @ nak bela rakyat? Kalau berniaga please letak jawatan dan pergi ambil tender projek air di negeri Selangor secara adil. Kalau kau nak bela rakyat please abaikan kau punya rakan niaga dan pergi berbincang dengan MB Selangor mengenai isu air. Kalau kau nak juga dua -dua saya fikir tak ada cara lain kecuali tukar pemerintah sekarang (UMNO) ke pemerintah yang lebih telus (PR) pada PRU akan datang kerana ternyata Muhyiddin ini seorang yang tamak dan gila kuasa kerana dua - dua pun dia mahu buat.

ahmadyani berkata...

Hati sudah hitam, kehitaman itu menutup akal fikirnya. Dia sudah tidak boleh berfikir, mana yang benar dan mana yang salah. Hanya rakyat Selangor yang boleh memutihkan kembali hatinya.

Caranya, tolak dia dari kerusi yang didudukinya sekarang, Selepas semua undi rakyat Selangor berpindah ke PR, baru dia insaf dan sedar.

Tanpa Nama berkata...

Sultan Selangor buat apa!!???

1 Malaysia Tulen berkata...

Ini bulan puasa, Sultan Selangor tengah dok berpuasa tapi Pemimpin Elit BN tengah dok ajak orang makan RASUAH dan dok makan daging saudara sendiri. Faham maksud AKU.