5 Ogo 2012

Selangor Bakal Ambil Alih Semula 33 Loji Rawatan Air Dari SYABAS



KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dijangka bakal “mengambil alih semula” 33 daripada 34 loji rawatan air yang dimilikinya dan kini dikendalikan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Keputusan itu dibuat demi menjaga kepentingan rakyat Selangor memandangkan kegagalan Syabas dan Puncak Niaga menguruskan loji-loji berkenaan bagi membekalkan air yang mencukupi kepada rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk ‘mengambil alih semula’ aset-aset tersebut bagi menjaga kepentingan rakyat Selangor kerana merasakan bahawa loji-loji yang dikendalikan oleh Syabas dan Puncak Niaga didapati tidak beroperasi secara memuaskan bagi membekalkan air secukupnya kepada rakyat Selangor, KL dan Putrajaya,” kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar, dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Adun Sri Andalas itu lagi, pendedahan yang dibuat oleh Adun Pandamaran, Ronnie Liu, bahawa Syabas tidak menyelenggara rumah pam dan kelengkapan tangki air menjadi bukti kukuh punca berlakunya krisis bekalan air berlaku di sesetengah kawasan di Selangor.

“Lawatan exco kerajaan negeri Ronnie Liu, baru-baru ini mendedahkan bahawa Syabas gagal menyelenggara dengan baik pam-pam air, peralatan dan kelengkapan serta tahap kawalan keselamatan aset tangki air dan loji rawatan air milik kerajaan negeri yang menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air di beberapa tempat,” tambahnya.

Selain itu, Jayakumar turut mempersoalkan tindakan Pusat yang berkeras untuk meneruskan pembinaan Loji Langat 2.

“Kita kurang pasti bagaimana Kerajaan Pusat berkeras untuk meneruskan pembinaan loji Langat 2 dan dilaporkan akan memanggil tender terbuka bulan depan.

“Kita difahamkan bahawa Peguam Negara (AG) turut diseret untuk ‘campurtangan’ dalam isu ini, dan kurang pasti samada pemimpin-pemimpin Pusat memahami dan menghayati konsep dan moral sistem ‘Federalisme’ yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan,”
tambahnya lagi.

Beliau turut menjelaskan, “hak terhadap sumber air, hutan, batuan dan galian dan hal ehwal melibatkan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri”.

“Rakyat akan melihat bahawa sebarang ‘pengambilan tanah milik sesebuah negeri dalam Persekutuan secara paksaan’ akan dianggap ‘menceroboh dan menakluki’ hakmilik kedaulatan kerajaan Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor Darul Ehsan.

“Rasanya rakyat Selangor tidak akan berdiam diri,
” tegasnya lagi.

Syabas dan syarikat utamanya Puncak Niaga menimbulkan persoalan sama ada krisis air ini telah “direka” untuk mempercepatkan projek pembinaan loji rawatan Langat 2 yang bernilai RM3.6 bilion di mana Puncak Niaga dikatakan akan beroperasi di situ.

Sementara itu, kerajaan negeri, syarikat konsesi air dan juga kerajaan Persekutuan terus-terusan menuduh antara satu sama lain berkenaan isu bekalan air, dan perang mulut ini menyebabkan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur semakin risau tentang bekalan air mereka yang menyebabkan isu ini boleh dijadikan isu pilihan raya tentang siapa yang bertanggungjawab jika sekiranya berlaku kekurangan bekalan air.

Pada 16 Julai, Selangor mengumumkan ia akan mengambil alih operasi Syabas untuk mengelakkan kejadian krisis air yang direka dan telah diterangkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai “mencurigakan”.

Khalid juga berkata laporan awal audit mengatakan Syabas tidak menguruskan kewangan mereka dengan baik.

Khalid berkata, tindakan mahkamah mungkin diambil sekiranya Putrajaya enggan membenarkan pemintaan kerajaan negeri kerana enggan menyelesaikan masalah bekalan air.

Pada 14 Julai, Syabas membentangkan kepada Suruhanjaya Pembekalan Air Nasional (SPAN) cadangan untuk mencatu air, dan pelan ini berlaku di Lembah Kelang, khususnya Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang.

Dalam laporan yang terdapat dalam laman webnya, Syabas merekodkan pada 5 Julai, permintaan purata air ialah 4,324.79 juta air sehari (MLD) dengan air bersih yang disimpan sekadar 46.21 MLD atau 1.6 peratus – jauh dari paras yang dimahukan iaitu 20 peratus.

Syarikat bekalan air juga itu berkata catuan air diperlukan kerana kekurangan air, pencemaran sungai serta kerja pembaikan di loji-loji syarikat. -TMI

Laporan sebelum ini
klik untuk baca






12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika benara: Syabas patut disumpah rakyat Selangor dan KL.

Tanpa Nama berkata...

SYABAS EJEN UMNO,BIASALAH BUAT KERJA SEBOTAJ, MACAM BERSIH KENA SABOTAJ

Tanpa Nama berkata...

orang muda hairan air yang ada, tiba-tiba tiada bila UMNO nak buat Projek Langat 2

Tanpa Nama berkata...

Syabas kerana sabotaj air untuk rakyat, supaya UMNO dapat projek

seksyen 7 shah alam berkata...

aku doakan sesiapa yg bersubahat sabotajkan kemudahan air untuk rakyat di selangor mati dalam aib. amin.

BN, hidup kami lebih aman tanpamu.

Famy berkata...

habis je isu air ni, amek alih syarikat tol2 sume. mansuhkan tol dlm bandar2. dahla x membantu mgatasi mslah kesesakan lalu lintas, lagi tambah jam ade!
syarikat2 tol kt y operate dlm kl sedut duit rakyat mengalahkan dracula. sume tu xdenye g kat krjaaan, sume masuk poket sdri!
konfem!name pn syarikat swasta!

Tanpa Nama berkata...

Antara doa yang dimakbulkan adalah:
- doa orang-orang yang dizalimi.
- doa orang yang berpuasa.
Mari kita berdoa agar mereka mendapat hidayah sedar dengan tindakan mereka menganiaya orang atau mereka mendapat balasan yang setimpal. Amin ya rabbal'alamin

ahmadyani berkata...

Yahudi suka buat taktik macam ini.

Tanpa Nama berkata...

masihkah kita semua ingat elektrik tiada 1Malaysia dulu, kemudian wujud IPP. Mungkin air diwujudkan masalah utk halalkn langat 2...

putra JB berkata...

Dalam bulan puasa ni...tapi di sebabkan kerja-kerja jahat mereka, apa yang boleh aku katakan....

memang BANGSAT puak-puak ni.

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya terbukti benar maka perkara ini mesti dihebahkan keseluruh negara agar rakyat tahu dan tidak terus diperdayakan oleh puak perosak ini.

Tanpa Nama berkata...

Mane kuasa kite..nk dok tgk je ke.komen2 je..perlu turun ke jln raya lg