26 Ogo 2012

Nasharuddin Perlu Dilucutkan Keanggotaaannya Sebagai Ahli Majlis Syura

PAS serah Majlis Syura bincang isu Nasharudin

KUALA LUMPUR: PAS menyerahkan kepada Majlis Syura parti itu untuk membincangkan isu membabitkan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Memandangkan Nasharudin bukan lagi merupakan ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat, maka isu berkaitan ahli parlimen Bachok itu tidak dibincangkan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat biro politik dan pilihan raya, di pejabat parti itu, petang ini.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Abdul Hadi berkata PAS menganggap Umno sudah kehilangan tokoh agama sehingga terpaksa mengambil tokoh daripada PAS.

"Mungkin Umno sudah kehilangan tokoh agama mereka hingga terpaksa menumpang tokoh daripada PAS. Kita anggap begitulah," tegas beliau dan disambut gelak ketawa oleh hadirin.

Isu berkaitan Nasharudin itu timbul berkaitan tersebarnya gambar beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Arab Saudi, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Abdul Hadi menegaskan isu membabitkan Nasharudin tidak menjejaskan PAS memandangkan tiada sebarang aduan atau permintaan daripada akar umbi untuk mengenakan sebarang tindakan terhadap Nasharudin.

"PAS ada saluran tertentu. Ada peringkat cawangan, kawasan. Setakat hari ini, tidak ada sebarang aduan berkaitan beliau diterima. Jadi, PAS tidak terjejas dengan isu tersebut," tegas beliau lagi merujuk kenyataan Nasharudin yang mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP berkeras menolak hudud.


Hadi: Majlis Syura tentukan nasib Nasharudin

KUALA LUMPUR - Pas menyerahkan sepenuhnya kepada Majlis Syura bagi menentukan kedudukan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang menggesa agar parti itu keluar Pakatan Rakyat (PR), selain terlibat dalam pertikaman lidah dengan pemimpin DAP.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kenyataan Nasharudin itu tidak sedikit pun memberi kesan ke atas parti.

"Saya akan serahkan kepada Majlis Syura untuk mengambil sebarang tindakan kepada Nasharudin," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Biro Politik Pas di sini, hari ini.

Beliau menambah, Pas akan tetap berjuang bersama PR kerana perjuangan agenda perjuangan parti lebih besar berbanding dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nasharudin sebelum ini.

Beliau turut berkata yang Umno kehilangan tokoh agama dan terpaksa mengambil pemimpin agama dari parti Pas untuk "tumpang semangkuk" kerana mereka tidak ada kewibawaan yang cukup dalam menjawab isu agama.

"Bagi kami, tiada sebarang masalah di kalangan akar umbi jika mahu keluar parti. Pas sendiri ada saluran sendiri jika ada ahli yang mahu keluar parti," katanya.

Tambah beliau, tindakan Nasharudin baru-baru ini juga tidak akan menjejaskan parti sama sekali.

Awal minggu lalu, media memaparkan gambar Nasharudin, Ahli Parlimen Bachok, bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama di Makkah.

Kemunculan itu mencetuskan tanda tanya di kalangan ahli Pas.

Dalam kenyataannya kepada media Nasharudin menafikan spekulasi akan keluar Pas.

Nasharudin sebelum ini pernah dikaitkan dengan usaha ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan Umno-Pas.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulas isu itu, juga awal minggu lalu, berkata, beliau tidak akan terkejut jika Nasharudin keluar parti.

Awal tahun ini, Pas memecat bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.
-SH


Ulasan GB

Dengan pelbagai masalah disiplin yang dilakukan oleh Nasharuddin Mat Isa seperti tidak hadir mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat, tidak mengindahkan tugasnya sebagai YDP Pas Kawasan Bachok, berpendirian yang bertentangan dengan amal jamaiyy di dalam banyak hal, maka sewajarnya kedudukan Nasharuddin sebagai ahli Majlis Syura disemak semula dan beliau sepatutnya digugurkan dari menganggotai majlis berkenaan.

Perlantikan Nasharuddin Mat Isa sebagai anggota Majlis Syura dilakukan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berdasarkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PAS ketika itu dan apabila beliau sudah tidak lagi menjadi Timbalan presiden PAS, sepatutnya keanggotaan beliau ditamatkan.

Sekalipun Perlembagaan PAS menyebut bahawa ahli-ahli Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah memegang jawatannya selama lima tahun, namun Perlembagaan PAS juga mentepakan ahli-ahli majlis ini boleh berhenti sebelum cukup tempoh lima tahun dan boleh diberhentikan oleh Majlis Syura 'Ulamak yang mempunyai kuasa menentukan kelayakan seseorang ahli mengikut peruntukan Ceraian (3) Fasal ini dan sebab-sebab seseorang ahli itu patut diberhentikan.

Sekalipun Nasharuddin pernah menyatakan tiada niatnya untuk memasuki UMNO, namun kata-katanya itu sama seperti Hassan Ali yang sebelum ini pernah mengungkapkan "cuma ada bulan dihatinya". Tetapi akhirnya terbukti setelah dipecat, kata-katanya itu dusta dan beliau kini menjadi penyerang utama kepada jemaah PAS sendiri.

GB pernah mengulas sebelum ini mengenai "niat di hati" dengan "tindakan di zahir" di sini. Petikan:

Benar bahawa setiap amal itu bergantung kepada niatnya. tetapi "niat" saja tidak memadai jika amalan perbuatan dan tindakan kita tidak seiring dengan niat tersebut.

GB rasa Ustadz Nasha lebih maklum berkenaan hal tersebut.

Sewaktu peristiwa isra mikraj Rasulullah telah diperlihatkan tentang beberapa orang yang menerima balasannya di dalam neraka. Jibril memberitahu baginda bahawa "itulah keadaan orang-orang yang niatnya baik tapi amalnya jahat".

Niat Ust. Nasha baik, tiada terlintas untuk memasuki UMNO. Tetapi tidakan beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan di media pro-UMNO (kemudian dimanipulasikan) menimbulkan fitnah yang besar kepada jemaah itulah yang merosakkan.

Tak termasuk lagi dengan pertemuan yang mencurigakan dengan para blogger UMNO bersama-sama dengan Hassan Ali satu ketika. Ia bukan lagi satu rahsia. Itulah yang melahirkan fitnah untuk jemaah PAS.


8 ulasan:

XUMNO berkata...

Ibarat jari kelengkeng yang dah kena jangkitan kuman berbahaya, eloklah dipotong saja sebelum jakitan itu merebak dan memusnahkan badan.Kalau dah tak mahu dan tak sanggup bersama jamaah serta mengabaikan amanah tanggungjawab sebagai wakil rakyat sambil menonjolkan sikap bertentangan dengan aspirasi parti, apa perlu ditunggu, pecat saja. Atau adakah tindakan ini akan mengheret individu2 tertentu dalam saf kepimpinan PAS? Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

memang strategi c nasha ini utk remain dalam pas bagi memudahkan kerja-kerja jahat umno yg mengunakan beliau utk tujuan memporak perandakan kan pas macam kes asan jati dulu,...dan memang najib mahu dia duduk dalam pas dan menwujudkan satu situasi yg tidak tenteram dikalangan orang pas

Tanpa Nama berkata...

Cpt2 buang sebelum merebak busuknye..

hussin berkata...

“Nasharudin bukan lagi merupakan ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat, maka isu berkaitan ahli parlimen Bachok itu tidak dibincangkan.”


sejak bila nasharudin bukan ahli jawatankuasa kerja pas pusat? bila dia digugurkan atau meletakkan jawatan? jika dia tidak terima perlantikan dari awal maka tidak sah ungkapan dia “bukan lagi merupakan ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat.”

lagi pun yang lantik nasharuddin sebagai anggota majlis syura ulama dulu siapa? cadangan supaya majlis syura ulama mengambil tindakan perlu datang dari siapa? lantik boleh, cadang tak boleh? kepada pundak siapa pula dalam majlis syura ulama hendak dipertanggungjawabkan? Tgna nik aziz sedang berehat atas nasihat doktor, kenapa perlu mengganggu beliau atau ia peluang yang dinanti2kan?

“PAS menganggap Umno sudah kehilangan tokoh agama sehingga terpaksa mengambil tokoh daripada PAS.


kenapa suka sangat menuding jari kepada musuh sedangkan isu ini isu dalaman pas? tidak adakah cara lain untuk mencerahkan keadaan tanpa melibatkan pihak musuh?

“isu membabitkan Nasharudin tidak menjejaskan PAS memandangkan tiada sebarang aduan atau permintaan daripada akar umbi untuk mengenakan sebarang tindakan terhadap Nasharudin.”

alahai awat naïf sangat ni? kenyataan dari dpp kelantan bukan satu permintaan? pas masuk pilihanraya dan mengharapkan kemenangan dengan hanya undi dari ahli2 (akar umbi) pas sahaja? mana pergi “pas for all”?

saya petik dari komen xumno, "Atau adakah tindakan ini akan mengheret individu2 tertentu dalam saf kepimpinan PAS?"

apakah 'bungkusan" itu benar?

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Pecat segera Nasharudin, selesai masalah dalam PAS. Itu pun PAS tak boleh buat, tak usah main politik banyak sangat, buang masa.

Pandang ke depan untuk PRU ke 13.

Tanpa Nama berkata...

hmm.. klo niat die baik xde salhnye.. sebab kn politik, inilah jdnye.. islam sesame islam menuduh n bgaduh.. ya Allah.. selamatknlah umat Islam dari bercakaran sesama ya Allah..

Tanpa Nama berkata...

Dah beberapa kali disebut,Nasha ni ada Godfather diIbu Pejabat PAS.Kalau serah pada Majlis Syura,lagi teruk sebab Mursyidul Am tak sihat.Dalam Majlis Syura tu ramai puak UG.Percayalah tak akan ada sebarang tindakan terhadap Nasha.Mana Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat? Inilah badan yang sewajarnya ambil tindakan.

Tanpa Nama berkata...

Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berterabur. Apa-apapun kita serahkan kepada pimpinan untuk membuat sebarang tindakan.