17 Ogo 2012

[VIDEO] Sekali Lagi, Nasya Berkata "Tiada Niat Masuk UMNO"...

Shah Alam – Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menegaskan, beliau tidak ada niat untuk masuk Umno, sekali gus menafikan tanggapan banyak pihak bahawa kemunculannya di Makkah pada majlis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin sebagai isyarat akan melangkah ke parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

“Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuk lah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan.

“Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah,” kata beliau dalam satu kenyataan petang ini.

Mengenai pertemuan dengan Najib di Makkah, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, “kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khasnya pada hari hari terakhir ramadan ini.”

Katanya, beliau kesian melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal.

“Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan dihadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam.

“Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya ALLAH satukanlah suara umat Islam,” katanya.

Nasharudin menjelaskan beliau telah mengaturkan pertemuan di Makkah antara beberapa orang ulama di tanah suci bersama dengan Perdana Menteri bersempena dengan persidangan khas OIC.

“Saya dijemput ke Makkah dengan visa khas selepas Perdana Menteri bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut.


“Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidilharam. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya.

“Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada Perdana Menteri seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam,” katanya.

Katanya, pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno.

“Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.

“Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?” katanya. -SH



Rakyat Bachok kecewa kenyataan Ustaz Nasa

BACHOK: Rakyat Bachok melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan anggota parlimen kawasan itu, Nasaruddin Mat Isa yang dianggap mereka sebagai mencemarkan maruah perjuangan.

Kata mereka bukan sahaja tidak sopan, sebaliknya tidak memikirkan susah payah penyokong PAS di peringkat akar umbi memenangkannya pada pilihan raya umum lalu.

Pesara tentera, Othman Ismail ketika ditemui memberitahu, peringkat awal kemenangannya Nasharuddin mempamerkan ciri-ciri seorang wakil rakyat yang baik.

Bagaimanapun katanya, masuk tahun ketiga dan keadaan lebih parah selepas gagal mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS.

“Surat untuk Ustaz Nasaruddin dah bertimbun di pejabat PAS Bachok, beliau tak datang dan tak jenguk pun,” ujarnya yang juga bertugas sebagai setiausaha kerja PAS kawasan berkenaan.

Nasharuddin dalam kenyataan ketika bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Makkah semalam dilaporkan mahu PAS menyatakan pendirian sebenar kerana DAP menolak penubuhan negara Islam atau PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.

Seorang pendakwah Ustaz Rosdi turut melahirkan rasa terkilan terhadap Nasharuddin kerana tidak lagi bertanya khabar tentang rakyat.

“Saya juga masih teringat pesanan Ustaz Nasharuddin pada saya sebelum ini supaya jangan menyokong Umno dan BN kerana mereka menentang hudud.

“Jadi saya harap Ustaz Nasa berpegang teguh pada kata-katanya sebelum ini walaupun sering bersama Perdana Menteri sejak akhir-akhir ini,” ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Zulkifli meminta Nasharuddin bertemu dan berbincang dengan anggota parti dan bukannya mengkritik dalam media berhubung sesuatu dasar parti.

Seorang pemuda, Nazri Ismail turut melahirkan rasa kecewanya terhadap tindak tanduk Nasharuddin sekarang.
-HD


Ulasan GB

Pertama,

Nasharudin menjelaskan beliau telah mengaturkan pertemuan di Makkah antara beberapa orang ulama di tanah suci bersama dengan Perdana Menteri bersempena dengan persidangan khas OIC.

“Saya dijemput ke Makkah dengan visa khas selepas Perdana Menteri bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut.

Jika hal yang di luar urusan parti boleh diuruskan dengan baik, mengapa hal yang menjadi amanah parti kepada kamu tidak kamu tunaikan?

“Surat untuk Ustaz Nasaruddin dah bertimbun di pejabat PAS Bachok, beliau tak datang dan tak jenguk pun,”

Itu belum lagi kegagalan kamu untuk hadir di dalam mesyuarat PAS Pusat yang kamu adalah salah seorang AJKnya sepertimana yang pernah didedahkan oleh Setiausaha Agong tidak berapa lama dulu! Mengapa amanah umat Islam dan ahli PAS kepada kamu tidak ditunaikan? Apakah Presiden PAS atau Setiuasaha Agong kena menyampaikan "visa khas" supaya hadir maka barulah kamu akan hadir? Justeru itu, kami ahli-ahli PAS pula kini menyeru, ittaqillah! ittaqillah! ittaqillah!

Kedua: Pendirian Nasharuddin lain dulu lain sekarang



Ketiga: Persoalan niat. GB sudah ulas dahulu. Petikan:

Benar bahawa setiap amal itu bergantung kepada niatnya. tetapi "niat" saja tidak memadai jika amalan perbuatan dan tindakan kita tidak seiring dengan niat tersebut.

GB rasa Ustadz Nasha lebih maklum berkenaan hal tersebut.

Sewaktu peristiwa isra mikraj Rasulullah telah diperlihatkan tentang beberapa orang yang menerima balasannya di dalam neraka. Jibril memberitahu baginda bahawa "itulah keadaan orang-orang yang niatnya baik tapi amalnya jahat".

Niat Ust. Nasha baik, tiada terlintas untuk memasuki UMNO. Tetapi tidakan beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan di media pro-UMNO (kemudian dimanipulasikan) menimbulkan fitnah yang besar kepada jemaah itulah yang merosakkan.

Tak termasuk lagi dengan pertemuan yang mencurigakan dengan para blogger UMNO bersama-sama dengan Hassan Ali satu ketika. Ia bukan lagi satu rahsia. Itulah yang melahirkan fitnah untuk jemaah PAS.

Kali pertama GB berkesempatan untuk mengenali secara terus Ust Nasha ialah di satu pilihanraya kecil dimana GB berkesempatan bersama-samanya berjam-jam lamanya (Ust Nasha tidak mengenali dan menyedari bahawa yang mengatur dan menemaninya di sebuah bilik gerakan ketika itu ialah blogger kecil bernama GB).

Di dalam satu aktiviti yang diaturkan untuk kami iaitu pertemuan dengan penduduk kampung di sebuah restoran yang dihadiri sama oleh Datuk Mahfuz Omar, GB duduk bersebelahan dengan Ust Nasha.

Ketika itu ramai wartawan membuat liputan.

Dan diperlihatkanlah kepada GB bahawa rapport (hubungan) Ust Nasha dan para wartawan media pro-UMNO memang baik. Ia bukan satu kesalahan, malah ia boleh menjadi sesuatu yang baik jika kita dapat menggunakan kelebihan itu untuk sesuatu yang baik.

Kelemahan ketara yang GB lihat ialah Ust Nasha akan memberi responsnya kepada semua soalan wartawan, yang kemudian responsnya itu dilaporkan secara tidak betul di dalam akhbar keesokan harinya.

Dan itulah yang berlaku selama ini.

Jangan lupa bagaimana kenyataan-kenyataan Ust Nasha semasa muktamar diputarbelitkan oleh para wartawan (jika bukan para wartawan maka sang editornya) sehinggakan jemaah PAS bergolak sakan lantarannya ketika itu.

Sudah seringkali dinasihatkan oleh pemimpin tertinggi parti terutama oleh Mursyidul Am PAS sendiri, TG Nik Aziz supaya berhati-hati dengan corong mikrofon media pro-UMNO, tetapi masih kerap pemimpin PAS terjebak dan tertipu dengan keghairahan untuk mendapatkan publisiti.


21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nasharuddin sudah jadi history. Tak usah layan. Lepas pilihanraya nanti ghaibul ghuyub le.

Tanpa Nama berkata...

oh lagu ni rupanya..hmmm

Tanpa Nama berkata...

nasa diperalatkan najib untuk pecahbelahkan PAS sebelum pru13

Tanpa Nama berkata...

Inilah dikatakan strategi utk kucar kacirkn pas. klu dr luar x, dr dalam lak diguna. klu berjaya, ini la salah seorang bakal menteri lps pru13.
so beringatlah pas n pr.

Tanpa Nama berkata...

pas tidak perlu menyimpan orang
seperti ini lagi...nasha bagai duri
dalam daging bagi pr.bermuka-muka tiada tempat dalam pakatan rakyat...
saya setuju sanggat dengan pendapat
TG Nik Aziz 3 tahun dulu....

Tanpa Nama berkata...

Yang aku risau kalau dia berkeras utk tidak mahu keluar dari PAS sebab nak jadi talibarut buat umngok...

Waris berkata...

Sepatutnya pemimpin pas kena jawab...

Walaupun nasa masih lagi ahli pas tapi kami dah anggap dia macam tak ada dalam pas...

Hahaha... biar dia dok reput begitu saja dalam pas. Tak perlu nak layan dah... Kalau dilayan pas akan masuk perangkap umno.

Pemimpin pas kena bijak sikit baca strategi lawan. Jangan lurus bendul.

Tanpa Nama berkata...

Masuk umno atau tidak bukan soalanya,,,Tapi usah biadap dengan membelakangkan pemimpin tertinggi,,,nak kata tak paham...dah berpuluh tahun dalam parti.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya dan yang manisnya Nasha kena umumkan keluar dari PAS sebaik saja tiba dan ditemuramah oleh wartawan........perbuataan membelakangkan pemimpin atasan bukan saja menjadi kemarahan pemimpin, malah para penyokong yang siang dan malam menyokong PAS secara jujur dan iklas

Tanpa Nama berkata...

klo dah UG...mmg UG la...tgok ayat tau dah...penyatuan ummah ke penyatuan PAS UMNO?kikiki...

sbgi penyokong PAS...aku nasihatkan PAS ambil tindakan cepat...jgn jadi mcm hasan ali...pisang berbuah 2 kali..

benci nasha berkata...

Aku harap pemimpin PAS dapat buat sesuatu dengan malaun ni. Saya cadangkan kita peti aiskan dia seperti hukuman dlm organisasi kerajaan. FRIDGE TO NASHA!!

Tanpa Nama berkata...

Untuk mengelak sangka buruk (su`uzzan) sperti yg di sebut dalam kenyataan Ustaz itu maka saya pohon penjelasan dari YB Ustaz Nasha:
1. Kenapa YB tidak hadir dalam mesy JK Agung wahal YB dilantik sebagai AJK Agung oleh Presiden PAS
2. Kenapa YB menolak perlantikan sebagai Pengerusi Lujnah Antarabangsa sedang YB lebih suka melakukan hubungan antarabangsa antara PM (presiden UMNO) dengan tokoh-tokoh antarabangsa
3. Sejak bilakah YB rasa UMNO sudah TIDAK lagi menolak perlaksanaan hukum hudud
4. Apakah YB rasa hudud adalah satu-satunya agenda yg mesti diperjuangkan oleh PAS walaupun isu ini sentiasa didendangkan UMNO dg tujuan menjauhkan orang bukan Islam yang kelihatan semakin dapat menerima perjuangan PAS.
5. Apakah YB melihat UMNO sekarang amat ikhlas utk menperjuangkan Islam walaupun sebahagian pemimpin dan kelurga mereka bergelumang dengan maksiat, dosa & noda
6. Apakah YB melihat apabila rakyat terbanyak sudah bersedia menukar UMNO kpd PAS ertinya perpaduan Melayu-Islam semakin lemah.
7. Apakah pegangan YB sekarang, kekuatan Melayu-Islam bergantung sepenuhnya kepada kekuatan UMNO
8. Apakah YB lebih yakin kepada MCA, MIC dan Gerakan sahaja lah merupan kumpulan bukan Islam yg dapat menerima perlaksanaan hudud dan negara Islam seperti yg diimpikan dalam perjuangan Islam oleh YB
9. Cukup yakinkah YB bahawa Datuk Seri Najib itu ikhlas dalam tuturkata dan janji manisnya
10. Apakah YB mahu melihat DAP tumpas di Pulau Pinang di tangan MCA atau Gerakan barulah Melayu dan Islam di Pulau Pinang betul2 terbela.

Persolan2 tersebut kini bermain di kalangan rakyat terbawah (grassroot)terutama rakyat Bachok yang sudah lengoh pinggang menanti kunjungan YB yang telah dilupai YB sudah lebih 3 tahun kerana merekalah memilih YB sebagai wakil mereka atas lambang bulan purnama (PAS) dan menolak Awang Adek atas lambang dacing (BN). Didoakan agar rakyat Bachok tak menjadi rakyat yang menyesal tak sudah!

Tanpa Nama berkata...

Jangan d layan NASA ni..dia mmg nKkn publisiti. Kalau x dilayan lama2 hilang lh dia...Dah duduk dlm parti, kalau ada apa2 urusan dgn pemimpin atau urusan dgn parti lawan kena lah maklum dn minta restu parti...ini dudk dlm parti tapi urusan dgn ahli parti lawan buat one man show..ini akn membulkn pelbagai andaian.....nampak cerdik tapi tidak.

Rangga berkata...

Ente ni pandai x bole diikut, bodoh x bole diajar.. Bodoh sombong namanya tu!
Ente kan msih wkil rakyat PAS kenalah shaluan dgn kepimpinan jemaah.
Ente dok jdi juru ckap PM @ prsiden UMNO tu ape hal nya?
Ente sebok dok kata Karpal Singh yg dh tentu2 kafir tolak Hudud tpi x ckap pn DS Najib yg trang2 bragama islam pun tak nak laksanakan Hudud tu nape?
Ente kata x akn join UMNO tpi dh jdi juru ckap mereka, ente x sedar ke?
Ente ada berani tegur istri Najib, Datin Rosmah tu pakai tudong?
Ente bru je blik umrah tpi selang bberap hri dgn visa khas iringi DS Najib plak? bukan ke hnya kroni2 UMNO & pencacai mrka sja yg dpt keistimewan camtu?
Tak mustahil tmbang ke Mekah pun disponsor!
Ana ykin klau tmbng sendiri pasti ente tak kn prgi.
Ente kta xde pun disebut akn UMNO & PAS tpi agenda yg dibincngkan pasti selari dgn dasar2 Be End tg berslogan janji di tpati tuh?
Pecat je dri PAS Ostz Nasa yg mnjdi talam 2 muka ni...dah le gitu.., lidah becabang plak tu?
tak perlu la tungu lama2 daahh...
PECAT, PAS TAK AKAN RUGI APA2 PUN.

Tanpa Nama berkata...

Agaknya ulama2 tu kenal orang Pas je. Tak kenal siapa yang layak bercakap pasal ugama dalam umporno. Tu yg guna Us. Nasa. Menteri agama pun malu segan nak jumpa ulama2 tu.. umporno la katakan... dan ni pun visa nasa nak jadi menteri agama bila dia keluar Pas. Sanator pun sanator lah... itu pun kalau be-end menang pru13 lah.

tanda soal berkata...

jemputan khas ulama' konon.. tapi kenapa pemimpin2 besar PAS mcm x tau jemputan tu..(kantoi)..
walau apa pun alasan ko.. org x kan layan.. sbb ko smakin bodoh krana memperbodohkan org2 bachok serta PAS am nya!

hairan berkata...

hmmm.. kadang2 menjatuhkan parti dari dalam adalah lebih mudah dilakukan daripada menghancurkan parti dari luar.... itu yg aku fikirkan tentang abg nasha kita nih

mudah2an Allah selamatkan PAS dan menjatuhkan semua musuh2nya. Amin

Tanpa Nama berkata...

PAS kena brrtindak skng,jgn nti byk lg knytn songsang kluar dr mulut dia..

Tanpa Nama berkata...

pecat je dari PAS

Tanpa Nama berkata...

Kalau Nasha tak dikeluarkan dari PAS dia akan jadi baruah UMNO dalam PAS.Sama ada dia tak mau masuk UMNO bukan soal,dia sudah menjadi masaalah kepada PAS.Ahli-ahli PAS Pusat wajar bersuara mendesak Presiden mengelurkan Nasha dari PAS sebab inilah masaalahnya,Presiden dan Setiausha Agong jadi penyokong kuat Nasha.Kalau tak percaya,tunggu,tak akan ada sebarang tindakan diambil terhadap Nasha.

Tanpa Nama berkata...

Tak malukah orang2 Islam punyai ustaz cap ayam. Malu betul setiap hari tonggeng 5x, dahi hitam tunjuk ilmu tapi makan rasuah.