2 Ogo 2012

MAFREL Atau SPRkah Yang Tidak Berkecuali?

Mafrel tak diberi akreditasi SPR, didakwa tak berkecuali

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk tidak memberi akreditasi kepada badan Pemantau Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel) sebagai pemantau pilihan raya berikutan banyak aduan diterima daripada parti-parti politik yang mendakwa badan itu tidak bersikap berkecuali.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata Mafrel juga gagal mematuhi sepenuhnya syarat SPR termasuk tidak menyerahkan laporannya selepas dilantik pada pilihan raya umum 2008.

Mengenai pelantikan NGO untuk memantau bagi memastikan kelancaran pilihan raya umum akan datang, beliau berkata, sembilan NGO di Sarawak - empat daripadanya di Miri, tiga di Kuching dan dua di Sibu - telah dikenal pasti kerana mereka memenuhi syarat SPR iaitu tidak memihak kepada mana-mana parti dalam menjalankan kerja mereka.

Beliau berkata SPR memberi keutamaan kepada NGO setempat kerana mereka lebih arif dengan sensitiviti dan adat resam setempat tetapi pemerhati asing juga akan dijemput, terutamanya daripada negara anggota Asean.

Wan Ahmad memberitahu pemberita demikian selepas memberikan taklimat kepada pemimpin parti-parti politik dan wakil media mengenai pilihan raya Umum Ke-13, yang boleh diadakan bila-bila masa antara sekarang sehingga Jun tahun depan.

Sementara itu, Wan Ahmad mengingatkan parti-parti politik bahawa calon pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas akan lucut kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya Parlimen akan datang di negeri ini jika mereka
gagal mengemukakan jumlah perbelanjaan pilihan raya mereka kepada SPR.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab parti-parti politik untuk memeriksa perkara itu dengan SPR untuk mengelak mencalonkan atau memilih sesoerang yang tidak layak sepertimana ketetapan dalam Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya.

"Sekarang ini, kita (SPR) mahu maklumkan kepada orang ramai terlebih dahulu bahawa jika seseorang itu gagal mengemukakan jumlah perbelanjaan itu, dengan itu mereka tahu akan akibatnya," katanya.

Turut hadir Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan beberapa anggota SPR.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata walaupun Sarawak mempunyai 1,051,190 pengundi berdaftar, menjadikannya yang keempat terbanyak daripada segi jumlah pengundi selepas Selangor, Johor dan Perak, dianggarkan kira-kira 300,000 pengundi yang layak masih belum berdaftar untuk melaksanakan hak mereka untuk mengundi.- Bernama

Ulasan GB

SPR lansung tidak ada akreditasi malah tidak layak lansung untuk memberikan akreditasi kepada pihak lain.

Ini kerana bukan sahaja banyak aduan dari parti politik, malah aduan dari rakyat berbentuk perhimpunan besar bernama BERSIH sebanyak tiga kali yang menuntut pilihanraya BERSIH DAN ADIL di dalam negara ini membuktikan SPR sebuah badan yang tidak berkredibiliti dan tidak dipercayai untuk mengendalikan pilihanraya di negara ini.

Penipuan demi penipuan terbongkar tetapi SPR tetap tidak bersikap berkecuali malah menambah dan melakukan segala macam taktik dan teknik untuk memenangkan UMNO BN!

Bukan tuduhan, tetapi banyak bukti-bukti telah diberikan, kalau tidak masakan rakyat sanggup menempuh segala cabaran dan halangan untuk mengadakan perhimpunan BERSIH yang dituduh haram. Namun akhirnya kebenaran itu jelas, BERSIH tidak haram mengikut keputusan mahkamah pada 24 Julai lalu.

Rakyat kini hanya ada Tuhan sebagai tempat bermohon agar digagalkan segala perancangan dan perencanaan SPR & JPN melaksanakan penipuan mereka di dalam pilihanraya akan datang ini seterusnya menghukum mereka yang terlibat dengan sewajarnya. Amin Ya Allah!

3 ulasan:

Muhammad ipin Bin Abdullah berkata...

mengapa sampai sekarang kepala SPR masih tidak bertukar ? Hantar memo pada Agong sudah. Apakah Agong sebenarnya tak ada kuasa ?
Bukankah SPR dibawah Agong ? Kalau begitu buat apa ada Agong ?

patutkah penyokong pembangkang berdoa supaya kepala SPR exsiden patah anggota misalnya supaya kepala, kaki dan tangan SPR tahu tugas sebenar mereka untuk menjalankan pilihanraya yg adil ?

Bulan puasa ni doa makbul. bagaimana tuan GB ?

Tanpa Nama berkata...

Kenapa ketua dan timblan SPR tak taubat2 . Tak takutke dia dengan amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas mereka, betul2lah mereka ni nak jadi ahli neraka agaknya.Hidup didunia ini hanya sementara sahaja, akhirat lah matlamat semua manusia. Tertelan juga gaji yang diterima setiap bulan dan semua pendapatan itu akan disoal oleh Allah nanti , tak takut lagi ke!!!!!Cukup2 lah berbuat apa yang telah dilakukan, tidakkah terasa sedikit rasa takut kesalahan2 yang selama ini telah dilakukan.

1 Malaysia berkata...

Pada suatu pagi sedang AKU tengah membelek komputer, datang kawan saya bertanya kenapakah orang Cina takut pada mati? AKU pun jawab salah satu sebabnya ialah orang Cina tengah dok ligan dunia. Begitu juga dengan Melayu yang dok ligan dunia, depa cukup takut mati.
Jadi macam mana kita nak menasihati ketua dan timbalan SPR sebab depa tu tengah dok ligan dunia walaupun usia dah di hujung. Yang kedua, depa ni lebih Melayunya, macam kata Ustaz Kazim, "Adakah saya bersifat perkauman kalau saya menolong orang Melayu?" Ni AKU nak jawab pada ustaz Kazim, tolong orang Melayu malahan tolong siapa sekali pun tak salah. TAPI KALAU TOLONG ORANG MELAYU MELAKUKAN KEZALIMAN, KETIDAKADILAN, .... JADI SALAHLAH KOT, TOK GURU KAZIM.
Kalaulah kapet tu terkena air kencing, memang boleh dibersihkan tapi dah keseluruhan kapet dah terkena kencing, buat apa nak bersihkan lagi, tukar saja dengan yang baru. FAHAM? Yang bau hancing tu, boleh dihilangkan tapi zatnya tetap ada pada karpet tu. Tambahan lagi dibersihkan dengan bukan air mutlak.