11 Ogo 2012

KPN Perlu Hormat Mahkamah Yang Isytiharkan BERSIH & Pakaian BERSIH Tidak Haram

Janji Bersih bukan politikkan Merdeka - Pak Samad

Kuala Lumpur: Datuk A.Samad Said menyangkal dakwaan pihak polis kononnya program 'Janji Bersih' di Dataran Merdeka 30 Ogos ini sebagai cuba mempolitikkan sambutan Merdeka.

Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu berkata, perkara itu tidak timbul kerana program itu dibuat bersama 26 kelompok NGO yang mahu janji Bersih lalu ditunaikan.

"Memang tidak wujud (mempolitikkan sambutan merdeka), oleh kerana Bersih sendiri itu pun bukan badan politik, apa lagi dengan gabungan badan-badan yang lain.

"Untuk IGP berfikir bahawa ini satu perlawanan oleh Bersih, itu tidak betul," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan di Gombak petang tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar agar gabungan NGO itu tidak mempolitikkan sambutan ambang merdeka dengan berbaju kuning di Dataran Merdeka 30 Ogos ini.

Semalam 26 NGO termasuk Bersih menyatakan hasrat untuk 'menguningkan' Dataran Merdeka dalam program dinamakan "Janji Bersih" bagi menuntut janji kerajaan untuk memastikan wujudnya pilihan raya bersih dan adil pada malam ambang merdeka itu nanti.

"Kuning bukan warna yang haram. Kehadiran dengan baju kuning itu hanya simbolik.

"Perjuangan itu untuk menuntut janji bersih (yang belum ditunaikan)," katanya.


Ulasan GB

KPN perlu jelas bahawa tidak ada unsur politik di dalam program JANJI BERSIH kerana ia dibuat bersama 26 kelompok NGO. NGO bukan parti politik.

Dan lagi, KPN perlu menghormati keputusan mahkamah yang telah mengisytiharkan bahawa BERSIH bukan pertubuhan haram. Dan pemakaian baju BERSIH berwarnna kuning tidak salah di sisi undang-undang. Lihat berita-berita yang dilampirkan ini:

Bersih 2.0 Bukan Pertubuhan Haram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Selasa membatalkan perintah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 1 Julai tahun lepas yang mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram.

Hakim Datuk Rohana Yusof berkata beliau membenarkan petisyen 14 anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, termasuk Datuk S. Ambiga, untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan Bersih 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar.

Dalam penghakiman setebal 30 muka surat, Rohana memutuskan keputusan mengisytiharkan Bersih 2.0 sebuah pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan atau mengambil kira fakta yang tidak relevan.

"Pada pendapat saya, keputusan itu dicemari kerana dibuat secara tidak rasional," katanya.


Rohana berkata alasan mengeluarkan pengisytiharan mengikut Sekysen 5 Akta Pertubuhan 1966, seperti yang dinyatakan dalam pengumuman oleh menteri (responden pertama Hishammuddin), tidak boleh berubah dalam tempoh beberapa hari.

"Adalah tidak munasabah bagi sesebuah pertubuhan yang didapati menyalahi undang-undang untuk alasan serius, seperti digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara pada 1 Julai, dan kemudian tidak lagi pada 5 Julai 2011," katanya.

Pada 8 Julai tahun lepas, Ambiga dan 13 anggota berkenaan memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan perintah Hishammuddin yang mengisytiharkan gerakan itu sebagai pertubuhan haram.

Mereka menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara (KPN) dan kerajaan sebagai responden.

Selain memohon perintah certiorari untuk membatalkan pengisytiharan perintah itu, mereka juga mahukan satu deklarasi bahawa perintah itu batal dan tidak sah serta tiada mempunyai kesan.

Rohana berkata walaupun boleh dikatakan Bersih 2.0 adalah sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud memudaratkan keselamatan sebelum perintah itu dibuat, ia tidak boleh menjadi kes seminggu, kerana selepas itu alasan berkenaan tidak lagi sah atau digunakan.

Rohana berkata mahkamah juga turut menimbangkan notis kehakiman kenyataan awam menteri (Hishammuddin) yang membenarkan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.

Beliau menekankan bahawa keputusan untuk mengharamkan Bersih 2.0 adalah menceroboh hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak harus dibuat secara sewenang-wenangnya.

Selain itu, beliau berkata tiada tindakan diambil di bawah Akta Pertubuhan terhadap pemohon walaupun mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan itu selepas menteri membuat pengisytiharan.

"Secara ringkas, Bersih 2.0 tidak boleh menjadi sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud menjejaskan keselamatan pada 1 Julai 2011, kemudian tidak lagi seminggu selepas itu. Malah sekiranya ia adalah sedemikian, jadi pengisytiharan itu harus diketepikan sewajarnya,"
kata Rohana.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad berkata beliau perlu mengkaji penghakiman bertulis itu terlebih dahulu sebelum mendapatkan arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara.

Sementara itu, seorang peguam pemohon, K. Shanmuga memberitahu pemberita dengan keputusan itu, Bersih 2.0 bukan lagi sebuah pertubuhan haram.
-mstar


Mahkamah bebas ahli PAS pakai baju Bersih

KUANTAN, 29 Sept: Mahkamah Sesyen di sini, semalam membebaskan tanpa melepaskan dua ahli PAS yang ditangkap di Rompin 2 Julai lalu kerana memakai baju kuning berlogo Bersih 2.0.

Mohd Fadzli Ramly, 33, seorang peguam ialah AJK Pemuda PAS Pahang sementara Abdul Manaf Md Hassan, 41, merupakan AJK PAS Dun Tioman.

Ketika dihubungi, Mohd Fadzli berkata beliau masih belum berpuas hati dengan keputusan berkenaan dan mahkamah masih belum memulangkan baju-T yang dirampas daripadanya sebelum ini.

"Ini tuduhan mengarut dibuat akibat rasa terdesak kerajaan Umno dan BN hendak menyusah dan menakut-nakutkan rakyat yang menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Kami akan ambil tindakan saman ke atas kerajaan," katanya yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS kawasan Dewan Undangan Negeri Tioman.

Sebelum ini mereka dituduh di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan kerana memakai baju sebuah pertubuhan haram.

Pendakwaan dilakukan ketua unit pendakwaan negeri Pahang, Kalmizah Salleh manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Hon Kai Ping dan Hisham Ramzam di hadapan Hakim Fathiyah Idris.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa memiliki pakaian yang tertera tulisan Bersih 2.0 yang menuntut pilihan raya bersih dan adil bagi kepentingan suatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang, di markas PAS Kampung Mentara, Rompin, kira-kira jam 10.50 malam, 2 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali kerana menyiar dan memiliki perkataan yang tertera bagi kepentingan pertubuhan haram.

Kedua-duanya dikenakan jaminan sebanyak RM3,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Sementara itu, turut meraikan pembebasan mereka ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yusuf Embong dan ahli-ahli PAS.
-HD





11 ulasan:

antahberantah berkata...

KPN tak hormat keputusan mahkamah ke?

Tanpa Nama berkata...

Kita nak tengok dia berani ke tangkap orang yang pakai baju Bersih? Kalau dia tangkap, saman menunggu. Kalau x tangkap, Rosmah marah.

Tanpa Nama berkata...

Hahaha...heran janji bersih .....jgn politik merdeka...emmmmmm....ak nie mimpi ke ap....emmmm....yg slogan puak sana janji ditepati tue ap...bkn politik ke....td bg ceramah....janji kami telah kami tepati...sekarg giliran anda balas budi....wow...lagu merdeka pn dh terang2 politik...puak kolar biru nie silap org kot sound....sepatutnye dia kena sound puak sana yg terang2 politikn hari merdeka...nie mesti masing2 jaga periuk takut gaji masuk nak wat raya...ap2 pn janji bersih tunggu kami dtg bramai2 meraikan hari KEMERDEKAAN MALAYSIA....

Roslan Alan berkata...

KPN diarahkan oleh bosnye...isham auw-auw...

Tanpa Nama berkata...

Pakai baju kuning kena tangkap!

Soalan aku:
Kenapa tak tangkap sekali sultan atau raja yang pakai baju kuning?

Kalau pakai baju kuning salah, kalau tak pakai baju dan berkumpul ramai - ramai kat dataran merdeka camna pulak?

Jadi ketua jangan jadi bamgang, bila ketua dah bangang pengikut jadi lombu.

Amuraria berkata...

statment haramjadah & cari makan ,kpn patut tidak dipengaruhi atau bias terhadap rakyat yang mahu ketelusan dari haramjadah punya spr ! jika umno-apco-bn boleh politikkan tema merdeka untuk parti sekutu apco bersih lain dari tujuan macam itu,jangan jadi baghal tunggangan umno-apco atas alasan mahu politikkan merdeka ,ini kenyataan betul-betul dari mulut pengampu umnoapco ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

KPN kenelah hormati keputusan mahkamah.....yg menyatakan BERSIH bukannyer pertubuhan haram...kalu tak haram mereka mempunyai hak utk menjalankan aktivitinyer....tak kisahlah politik ker...tak politik ker.....kan hari medeka tahun nie telah digunakan oleh UMNO/BN sbg acara politik mereka merujuk kpd temanyer janji ditepati...jadi apa salahnyer BERSIH nak mempastikan yg UMNO/BN menepati janjinyer utk mengadakan satu pilihanraya PRU 13 yg bersih dari segala penyelewengan dan penipuan yg mana telah byk dibuktikan........hello mr KPN ikhlaslah menerima keputusan mahkamah tu........jgn malukan org Bagan Serailah.....

Tanpa Nama berkata...

Dalam semua BERSIH, inilah langkah paling bijak dan matang dengan JANJI BERSIH

Tanpa Nama berkata...

Jemput sekali ustaz Azhar Idrus, boleh jadi imam solat

Tanpa Nama berkata...

kami pemuda nak ikut serta ramai-ramai boleh?

Tanpa Nama berkata...

JANJI BERSIH!! TAHNIAH PENGANJUR, dah lama kami tunggu, nanti keputrajaya pula