11 Ogo 2012

Mengapa Polis Terang-terangan Beri Layanan Istimewa Kepada Shahrizat?

Gesa KPN jawab mengapa Shahrizat dapat layanan istimewa polis

KUALA LUMPUR 10 Ogos: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mempersoalkan layanan istimewa polis terhadap pimpinan Umno semasa hadir ke perbicaraan mahkamah.

Katanya, Umno menggunakan polis seperti pasukan keselamatan peribadi mereka apabila mengawal ketat Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang hadir ke mahkamah pagi semalam.

“Umno gunakan polis umpama pengawal keselamatan peribadi. Mengapa pimpinan Umno boleh dapat layanan istimewa seperti yang diperolehi Shahrizat?” tulis Surendran dalam twitternya.

Berikutan itu, beliau mahu Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar menjawab berhubung perkara ini.

“KPN mesti jelaskan mengapa pimpinan Umno seperti Shahrizat boleh dapat eskot polis bila hadir ke mahkamah. Mengapa ada layanan istimewa?" soal Surendran lagi.

Terdahulu, sekumpulan polis berkawal di luar mahkamah menyambut ketibaan Shahrizat bersama konco-konconya, sebelum mengiringi beliau masuk ke mahkamah.

Turut serta, penyokong-penyokong beliau termasuk kalangan Wanita Umno diangkut menaiki van ‘Skuad Sayang’ untuk memenuhi ruang mahkamah. -KD



11 ulasan:

Awanama berkata...

Bangst la ..byk lg kes jrnyh xsettle cbuk jg mak lembu plok

The Fakhirin berkata...

kiutnyeeerrrr

abu berkata...

layanan istimewa sebab dia negarawan (?). kepentingan awam mesti diutamakan.

sama mcm kes pemain boling negara rogol budak bawah umur. dia lepas sebab kepntingan awam diutamakan, berbakat besar.

hahaha betapa laknatnya sang penguasa di negara islam (negara islam yg diumumkan mamak madey)

wak batu api berkata...

Maka begitu lah undang2 kat malaysia...

kampong lad berkata...

depa ada kuasa apa p***mak pun depa boleh buat......bila hang dapat kuasa, boleh jamin ka tak buat macam depa.

BEBASKAN PUTRAJAYA! itu saja yg kita boleh buat.

Awanama berkata...

... JANJI DITEPATI (BONUS RM500) .. NI MASA BALAS BUDI ...

MIBU BULAN. berkata...

Nak tahu pasal apa?..... Senang sahaja jawapanya... Sebab dia orang UMNO.... kalau orang Pakatan Rakyat.....faham faham sahajalah....So tunggu apa lagi dalam PRU ke 13 nanti kita bagi Undi pada Pakatan Rakyat....

Awanama berkata...

BANGSAT BETUL LA... TAK HABIS HABIS MENYAKITI HATI RAKYAT... SATU SATU BUAT BENDA YANG BUKAN HAK KITA DIJADIKAN MACAM HAK ????????????... HABIS LA MALAYSIA KALAU PUAK-PUAK NI DAPAT MEMERINTAH LAGI LEPAS PRU 13 NANTI... SEBAB PUAK-PUAK NI AKAN KATA, TENGOK, "APA KAMI BUAT PUN KAMI TETAP MENANG SEBAB RAKYAT SOKONG KAMI LAGI..............

Sid berkata...

Walau apa jua yang mereka lakukan...
Walau berjuta kezaliman mereka terhadap rakyat marhaen...
Kemenangan PRU-13 tetap dalam genggaman mereka...

Awanama berkata...

penyamun mestilah meraikan kumpulan penyamun, dah adat alam

Awanama berkata...

adeh dah abes kurang pahala pose aku dok maki dlm hati kat polis ngn umno keparat nih..