22 Ogo 2012

Banjir Kilat Di Ibu Kota, Kereta Ditenggelami Air


Hujan lebat lebih dua jam di ibu negara petang semalam menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat dan berlaku kesesakan lalu lintas, selain beberapa kenderaan ditenggelami banjir. - Foto Abdullah Yusof/BH

Hujan lebat lebih dua jam di ibu negara petang semalam menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat dan berlaku kesesakan lalu lintas, selain beberapa kenderaan ditenggelami banjir.

Antara kawasan lain dilanda banjir ialah Segambut, Taman Kolam Air dan Kampung Kasipillay di Sentul serta Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh dan Jalan Sultan Ismail, di ibu negara.

Banjir kilat di Segambut turut menyebabkan menjejaskan sambutan Aidilfitri penduduk di beberapa kampung di situ apabila rumah mereka digenangi air.

Hujan lebat yang bermula jam 3 hingga 5 petang itu, bagaimanapun tidak menerima sebarang laporan kecederaan atau kemalangan jiwa dan keadaan kembali pulih kira-kira jam 6 petang.



KL ‘panik’ sekejap

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar ibu kota dilanda banjir kilat menyebabkan sejumlah kenderaan ditenggelami air berikutan hujan lebat petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) bomba dan penyelamat menerima panggilan mengenai kejadian banjir daripada orang awam sekitar jam 4 petang, semalam.

“Beberapa jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas, Sentul, Jinjang dan Chow Kit dikejarkan ke lokasi banjir kilat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, antara kawasan dinaiki air ialah berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Segambut, Kampung Lekuk Kelapa Segambut, Masjid Ubaidiah Segambut, Kampung Kasipillay dan Taman Kolam Air Sentul.

Harian Metro turut difahamkan, lokasi lain yang turut dilanda banjir kilat ialah Jalan Tun Razak, Jalan Rahmat off Jalan Ipoh dan Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Bagaimanapun, air di semua lokasi itu surut beberapa jam kemudian dan tiada mangsa dipindahkan. Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika dihubungi memaklumkan pihaknya juga ada menerima panggilan banjir membabitkan Kampung Ladang Segambut dan Masjid Wilayah, Jalan Duta.

Bagaimanapun, lalu lintas terkawal dan hanya beberapa kenderaan mengalami kerosakan diberi bantuan.
-hm


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nape bnjir...mane komen dr prof2 yg bgus sgt tu, dlu kajang bnjir bukan main lg mangkok2 bg komen..mntng2negeri pakatan,kuasa tuhan sape yg mmpu mghalang jgn nk ego

Tanpa Nama berkata...

Hilang dah iklan terowong SMART di TV(umno)....

bijak kancil berkata...

KUASA ALLAH musnahkan keangkuhan umat
manusia yg bernama um NO serta B gkai
N gara menyalak SELANGOR tidak CUKUP
AIR....SYABAS--Syarikat Yang BINASAKN
Air Selangor

Tanpa Nama berkata...

Mana muka menteri Raja Nongchik?Menteri mangkok ayun ni tak mau langsung bercakap pasal banjir yang sering melanda Ibu Kota Kuala Lumpur.Cakap pasal projek juta-juta aje,soal banjir dia tak berani nak cakap.

Roza berkata...

BN memang tak boleh diharap lagi.Berapa tahun asyik mengkaji.Siap yakinkan melalui iklan lagi.Projek billion pun jadi hampeh.Undi mesti bertukar tangan kepada PR.