9 Jul 2012

Mahathir Tempelak Najib Kerana Iktirafkan Kursus Kolej TAR Untuk Raih Undi

Pengiktirafan kursus Kolej TAR adalah kebodohan orang Melayu, kata Dr M

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, masyarakat Melayu di negara ini sudah “kaku dan tidak boleh menjawab balik” kerana takut dituduh bersifat rasis.

Dalam satu temuramah khas bersama akhbar Mingguan Malaysia yang dikeluarkan hari ini, Dr Mahathir menjelaskan, Melayu kini bersifat mementingkan undi sehingga apabila tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian ketika zaman Kemerdekaan dilanggar sekalipun, mereka masih lagi berdiam diri.

“Saya berpendapat kita sudah kaku dan tidak menjawab balik kerana takut dituduh rasis. Sampaikan tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian dahulu pun kita tak jawab.

“Malah, mereka buat lebih tuntutan lagi,” kata perdana menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu.

Beliau turut mengemukakan contoh situasi tersebut apabila mengatakan “dahulu nak masuk kerja diploma hanya melibatkan universiti awam, tapi sekarang diploma Kolej Tunku Abdul Rahman, kita kena terima.”

Pada 27 Jun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan lebih 70 kursus yang ditawarkan di KTAR telah diberi pengiktirafan retrospektif yang mana membolehkan graduan mereka turut mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pengiktirafan itu akan berkuatkuasa serta merta, dan akan meliputi kursus Diploma dan Diploma Lanjutan yang ditawarkan kolej berkenaan sejak pertengahan tahun 1990-an.

Tambah Dr Mahathir lagi, semua perkara yang berlaku itu adalah atas kebodohan orang Melayu sendiri kerana Melayu kini telah berpecah.

“Kita tentukan perkara ini semasa kemerdekaan supaya orang Melayu boleh menjadi majoriti. Bila majoriti dalam sesebuah negara, mereka akan berkuasa.

“Namun kini mereka sendiri yang menghancurkan majoriti mereka dengan berpecah belah,” tegasnya lagi dan menambah, “Melayu kini berpecah kepada tiga kelompok dan dengan itu memang mereka memerlukan sokongan kaum lain.”

Menjelaskan perkara itu, beliau berkata, apabila Melayu berpecah, mereka akan mencuba sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan pihak lain bagi mendapatkan undi mereka.

“Sekarang ini dalam keadaan berpecah belah, maka orang lain minta kena bagilah kerana nakkan undi,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, Dr Mahathir yang masih lagi berpengaruh di negara ini turut menjelaskan, beliau bukan menentang masyarakat Cina, sebaliknya mereka perlu bersifat adil berdasarkan keadaan negara.

“Saya bukanlah menentang kaum Cina, tapi kena lah bersifat adil berdasarkan negara ini. Bila saya bercakap mengenai perkara ini, mereka kata saya rasis, tetapi kenyataan-kenyataan ini yang dipersetujui dalam Perlembagaan,” katanya merujuk kepada kedudukan Bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

“Jika mereka nak lebih, mereka juga perlu bagi lebih kepada kita. Barulah seimbang.

“Katalah mereka kata nak hapus hak istimewa orang Melayu, maka mereka perlulah hapuskan keistimewaan seperti tidak boleh menggunakan bahasa mereka atau sekolah jenis kebangsaan,” katanya kepada akhbar milik Umno itu.

Dr Mahathir juga turut menjelaskan, orang Melayu sekarang tidak lagi boleh bercakap berkenaan perkara itu dan hanya mengambil pendekatan bertahan jika dihentam.

“Bila kita bertahan, orang lain akan bampak ‘bintik-bintik hitam’ yang ada di muka kita,” jelasnya lagi.

KTAR merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang diwujudkan sejak 1969, dan setakat ini telah menghasilkan lebih 160,000 graduan.

Selain itu, kolej yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ini juga telah mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti ACCA, CIMA, ICSA, CIOB, dan banyak lagi.

Pada Oktober tahun lalu, Najib berkata beliau tidak mempunyai halangan untuk menaik taraf KTAR kepada status kolej universiti sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.

Dr Chua yang juga merupakan Presiden MCA turut berkata, parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sedang berurusan dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menaik taraf KTAR kepada status kolej universiti.

KTAR adalah institusi pengajian tinggi milik MCA yang ditubuhkan pada 24 Februari 1969, dan telah berkembang ke seluruh negara dengan mempunyai enam cawangan dan lebih 30,000 pelajar yang kebanyakan mengikuti pelbagai kursus dalam peringkat sijil dan diploma. -TMI

11 ulasan:

hairan berkata...

kesian atok kita nih kan...

cakap berdegar2 pasal melayu dan hentam cina tapi cina skg kaya raya dan berkuasa pun sejak dia memerintah jugak! sapa tak kenal tokey genting, vincent tan, etc... semua tuh sezaman dgn atok kita kannnnnn

hipokrit tol la atok kita nih

Tanpa Nama berkata...

owh... mana pergi PUKIDA, PERKOSA dah HASSAN JATI - kata nak pertahan maruah MELAYU... . pasal ni diam seribu bahasa pulak.

mereka ni semua PARIAH tahap P**DEK je.. (ma'af admin - bahasa kasar sikit, pasal geram dgn PUKIDA, PERKOSA dah HASSAN JATI)


AzMiR

Tanpa Nama berkata...

bila ngo-ngo ultra-malay dendangkan lagu perkauman, semua tak berkesan.

nampaknya sekarang ni tun mamak pulak ambilalih dendangkan lagu perkauman. HEBAT!

tun mamak takut jadi macam mubarak kot!

Tanpa Nama berkata...

ISU NI DAH LAPOK. KTAR IPT YG BEROPERASI KELULUSAN KERAJAAN.

JIKA LULUSAN UNITAR, UTAR BOLEH...KENAPA TAR COLLEGE X BLH.

ANAK MELAYU PUN BLH BELAJAR KAT TAR COLLEGE.

Tanpa Nama berkata...

Madey tengah menyalak...

Tanpa Nama berkata...

Mamak kutty yg terlebih melayu dari melayu.

Abu berkata...

maksud mahadir ialah ...

kebodohan orang melayu parlimen pekan yang mengundi najib

kebodohan pengundi hantu parlimen pekan yang mengundi najib

kebodohan pengundi pos parlimen pekan yang mengundi najib

kebodohan ahli umno yang mengundi najib menjadi ketua parti

Tanpa Nama berkata...

Mahathir sendiri pun banyak juga beri beberapa hak Melayu kpd bukan Melayu.

don senja berkata...

Dah la pecah, dok belah pulak. Ni la ni pi dok rincik pulak, habis habissssssss......

Tanpa Nama berkata...

Besar sangat kah dosa Najib Najib mengiktirafkan diploma yang ditawarkan KTAR? Bagaimana pula mengiktirafkan pendatang haram sebagai rakyat Malaysia ?

Tanpa Nama berkata...

Ni apalg org tua ni nak?dah pencen dah lah jgn ikut cmpor urusan org..sedar lah diri tu? dah teringin nak merintah lg kerr? dah abis duit rkyat d sapu nak apa lg nieee????