9 Jul 2012

Hassan Ali Nak Berdebat Pula, Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong-sorong

Debat 11 Julai, usah layan Hasan Ali, kata PAS S'gor

PAS Selangor meminta ahli-ahlinya supaya menumpukan kepada usaha menghadapi pilihan raya umum daripada melayani karenah Presiden NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali yang menurutnya 'telah terpinggir'.

Dalam satu kenyataan semalam, ia mendakwa Dr Hasan mengadakan cerita kononnya akan ada debat di antara beliau dengan pesuruhjaya PAS Selangor Rabu ini (11 Julai).

PAS Selangor menganggap tindakan Dr Hasan itu "jelas menunjukkan gerakan JATI semakin hilang pedoman dan kini Dr Hasan mahu mencari populariti melalui PAS.

Menurut kenyataan itu, lagi, PAS Selangor telah bersetuju agar pesuruhjaya Selangor serta ahli-ahlinya tidak melayani karenah Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri itu.

Sebaliknya, tegas kenyataan itu lagi, tumpuan parti itu adalah kepada pilihan raya umum akan datang.

"Mengapa Dr Hasan mahu berdebat dengan kita? JATI bukan parti politik.

"Bukankah masalah yang ada di Selangor adalah masalah yang di timbul dan ditinggalkan oleh beliau sendiri sewaktu menjadi pesuruhjaya PAS dulu?" tambah kenyataan itu.

Menurutnya, prestasi PAS Selangor sekarang jauh lebih baik daripada zaman Dr Hasan menjadi pesuruhjaya.

"Kini beliau mahu berdebat. PAS Selangor dan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam keputusannya, tidak melayani karenah bekas exco kerajaan negeri itu kerana dia pernah diberi peluang untuk berjuang dalam pasukan kerajaan negeri, tetapi gagal," tambahnya. -mk

Ulasan GB

Betul-ebtul hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Ceramah sendiri pun tak mampu nak panggil orang datang, nak ajak PAS berdebat...

Pergilah berdebat dengan kumpulan kamu yang baru yang bernama UMNO itu, kalau-kalau mereka sudi.

GB dah kata: lama kelamaan Hassan Ali ini akan jadi gila... betul-betul punya gila, bukan gila main-main. Sekarang pun dah mula nampak...

Orang yang dah dibutakan hati setelah dikurniakan hidayah, itulah buta yang paling tragis!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang sungguh tragis... kehebatan seorang dr berdebat dengan kehadiran beribu-ribu KERUSI kosong... kan bagus masa dia berucap masuk dalam tv 3/4....

Tanpa Nama berkata...

saja dia tu, kalau ada debat ramai audience tengok debat... tu yang dia kepingin... taklah cakap ngan kerusi aje..

Tanpa Nama berkata...

sroh dia debat dgn majlis fatwa... atau ulama'... kes dia ni nk tegakkan akidah... tp dgn pgrm PM kpop hr tu dia snyp ja... di mn akidah yg d prjuangkn....

Tanpa Nama berkata...

Memang hidung dia x mancung pun

hairan berkata...

dah ler tuh abg hasan air liur...

lebih baik kalo abg hasan air liur pergi masuk hutan2 dan berdakwah kepada orang2 asli... itu baru betul namanya nak menegakkan Islam!

betul tak bro?????