30 Jul 2012

Gara-gara Tamatkan Kontrak Abby Sebagai Duta Tudung, AlHumaira Contemporary Diboikot

Masuk PAS: Kontrak Abby jadi duta tudung ditamatkan

Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi menulis dalam laman sosial Twitter yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.

"4 Julai 2012 - Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya.

"Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat," tulisnya di laman Twitter pagi tadi.

Sementara itu syarikat tudung berkenaan, AlHumaira Contemporary (AHC), dalam maklum balas segera dalam facebooknya berkata, kontrak itu ditamat kerana "tidak mencapai matlamat yang diharapkan".

Tanpa menyebut nama Abby, syarikat itu menegaskan bahawa pihaknya sebenarnya berhak mengikut undang-undang untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masa yang dianggap sesuai mengikut situasi.

"Itu ialah hak kami dan kami berharap semua pihak boleh respect (hormat) keputusan ini," kata syarikat itu pada laman Facebooknya, merujuk kepada "seorang artis yang baru beberapa bulan bertudung yang juga merupakan bekas duta AHC".

Sementara itu, pelakon dan penyanyi terkenal itu yang kini aktif berceramah - ketika ditemui Malaysiakini Jumaat lalu - menyifatkan penyertaannya ke dalam parti itu merupakan sebahagian daripada langkahnya mendekati agama.

Menurut Abby, ia bukanlah satu penghijrahan politik seperti yang dianggap ramai pihak.

"Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja," katanya sewaktu ditemui di Shah Alam.

Menurut Abby, perubahan dirinya yang kini bertudung dan mula mendekati agama dilakukan sebelum beliau mula mendekati PAS lagi.

"Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS," kata Abby.

Abby yang dahulu merupakan sebahagian daripada kumpulan Elite dan popular dengan siri drama Gerak Khas menjadi ahli PAS seumur hidup pada 19 Julai lalu.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, beliau mula mendekati PAS selepas dijemput parti itu untuk berceramah tentang perubahan dirinya daripada seorang yang tidak bertudung kepada seorang yang bertudung.

"Saya pada mulanya dijemput untuk berkongsi tentang saya punya hijrah itu," kata Abby.

Beliau kemudiannya membuat keputusan menyertai PAS kerana tertarik dengan perjuangannya yang berteraskan agama Islam.

"Kita nampak PAS itu perjuangan dia memang perjuangkan agama. Saya sertailah sebab saya nampak benda itu memang baik untuk agama," kata Abby ringkas. -mk

Ulasan GB

Karut betul tindakan syarikat tudung (AlHumaira Contemporary) berkenaan.

Apakah PAS sebuah parti tidak berdaftar?

Tidak sedarkah syarikat itu bahawa kini sudah ramai yang menyokong dan menyertai PAS?

Pengeluar tudung bukan satu.

Rezeki itu di tangan Allah. Kita berharap Abby Abadi bersabar. Kebenaran dan keadilan bakal terjawab nanti.

Ramai yang bakal memboikot membeli tudung dari AlHumaira Contemporary!

kemaskini

Rupa-rupanya baru sebentar tadi, seperti yang GB jangkakan di atas, sudah muncul FB mengajak orangramai memboikot syarikat tudung berkenaan. Baru 1 jam dilancarkan sudah mendapat respons LIKE seramai 705 orang.


LINK: Kami Boikot Syarikat Al-Humaira' Contemporary


16 ulasan:

Awanama berkata...

ini adalah sebahagian ujian ALLAH krn
telah dinytakn d KURAAN hamba-hambany
akan diuji keimanan dan ketakwaan....
percayalah barangsiapa berjuang di JALAN ALLAH nescaya akan diberi kemenangan

solo mum berkata...

apa punya penaja..... otak sempit

Awanama berkata...

tudung dari sykt ini akan lebih laku kerana masih ramai yang freehair berminat untuk menutup aurat

pak su berkata...

pak su nak habaq kat abby........
elok cuba buka syarikat tudung sendiri.....sure meletup....
setiap kejutan pasti ada untungny
namakan saja tudung dengan jenama
A Abadi.......
selamat berusaha.......
kita tengok nanti alhumaira ke atawa A Abady ke nak meletup !!!

Awanama berkata...

update terkini...2149 telah like page tersebut

ahmadyani berkata...

Agaknya syarikat ini menganggap penglibatan Abby dalam PAS sebagai tidak Islamik.

Apapun saya menganggap syarikat ini hanya berniat untuk untung semata-mata bukanlah kerana ingin memastikan syariat Islam kuat diamalkan.

Sepatutnya mereka bangga kerana Abby mahu kekal bertudung bukan bertudung sebagai duta semata-mata seperti seorang artis itu yang hanya bertudung untuk promosi bergambar, selepas itu buka tudung.

Awanama berkata...

adik abby tak mengapa dik!!rezeki ada dimana mana allah akan pasti memberi kesenangan dalam kesusahan.nabi saw terlebih dahulu melalui sekatan,diboikot dan diberi tekanan hebat diawal menyeru umat kejalan allah swt.adik abby sedang melalaui jalan ini cuma berbeza zaman akan tetapi manusia yang sama bertabiat jahilliah.cekalkan hati inshaallah allah swt maha mengetahui,melihat serta mendengar doa kita.akak doakan adik abby serta anak anak diberkati dan dirahmati allah swt.amin.

Awanama berkata...

Itulah syarikat melayu yang berteraskan politik, campuradukkan perniagaan dgn politik, Hanya berniaga dikalangan ahli suku sakat atau bangsa sendiri saja macam katak bawah tempurung, kona pi kona mai dok tang tu. Bodohhhh...

hairan berkata...

a ah kita boikot ramai2

biar syarikat tuh promo pada ahli umno aje yg pakai tudung terutama pada kak rosmah kita

nak berniaga pun kena tengok parti politik ke?

Awanama berkata...

Elok Admin tinjau2 siapa empunya syarikat tu. Kalau tak tarik tu hari pasti meletup jenama tersebut. Bod.. betul ye.

annisa berkata...

penamatan pembelian....:)dari salah seorang customer AHC

saya dah pun keluarkan nota penamatan pembelian tudung dari Syarikat AHC utk agihan pelajar pelajar yg mendaftar penginapan saya. Saya tidak gemar penindasan..

Mohamad Asri A. Bakar :
Pengarah Urusan , Asri Cempaka Inn Ent · Feb 2009 to present · Ipoh, Perak
Pengurusan 13 buah Homestay & 60 Rumah Sewa dan Transit
- Kapasiti 220 bilik ( loc IPOH )
http://www.facebook.com/mohamad.a.bakar/info

Awanama berkata...

aku pon baru je like page boikot tu..da ramai da yg like sekarang, memang x berapa nak pandai la pengusaha tudung tu, dia fikir umno ke yg bg rezeki utk jualan tudung.bengong.

Awanama berkata...

sama-sama kita boikot alHumaira dan air mineral 1 Malaysia

Roza berkata...

Rezeki di bumi Allah sangat luas.Jika benar syarikat tu nak lakukan penindasan kpd org yg tak bersalah, suatu hari Allah akan tunjukkan jalan keinsafan buat mrk.

Awanama berkata...

skyt jual tudung x suka org join parti islam? takut umno murka sbb duta dah join parti sebelah sana?

Awanama berkata...

Kesilapan besar bagi AHC menamatkan kontrk Aby. Pasti bisnesnya merosot.
Jom kita pakat boikot AHC