29 Jul 2012

Di Pahang Ada Penduduk Terpaksa Guna Air Hanyir & Kekuningan!

Kuantan - Penduduk di Kampung Sungai Pinang di sini masih menggunakan air telaga untuk kegunaan harian walaupun negara kini pesat membangun.

Air perigi itu berbau sedikit hanyir dan kekuningan, namun mereka tiada pilihan dan tetap menggunakannya untuk memasak dan mencuci pakaian.

Gambar: Melah menunjukkan air perigi yang keruh.

Mereka terpaksa menggunakan air telaga selepas pelbagai usaha dan rayuan dibuat kepada pihak bertanggungjawab tidak mendapat maklum balas positif.

Penduduk, Hawa Yunus, 62, berkata, dia tinggal di situ sejak 22 tahun lalu dan terkilan kerana terpaksa melalui keadaan itu sejak sekian lama.

Menurutnya, dia terpaksa menggunakan air tidak bersih untuk kegunaan harian kerana tiada pilihan lain.

“Saya sudah membuat rayuan ketika anak bongsu berusia 5 tahun. Sekarang anak saya sudah berusia 21 tahun, tetapi keadaan masih tidak berubah
.

“Saya pernah mengisi borang untuk mendapatkan telaga tiub, tetapi diberitahu tiada peruntukan,” katanya.

Suri rumah, Melah Idris, 49, pula berkata, setiap hari dia akan menimba air perigi untuk kegunaan harian.

Satu-satunya perigi digunakan penduduk di Kampung Sungai Pinang.

“Kadangkala anak-anak malu untuk membawa air masak ke sekolah kerana tidak bersih dan berbau sedikit hanyir.

“Saya pernah menemui pihak bertanggungjawab, namun dimaklumkan memerlukan RM20,000 untuk proses pemasangan,” katanya ibu kepada lapan cahaya mata itu.

Seorang lagi penduduk, Maimun Mamat, 67, berkata, dia tinggal di situ sejak 43 tahun lalu dan keadaan tetap tidak berubah.

Menurutnya, setiap kali cucunya dari Kuala Lumpur pulang ke kampung, mereka akan membeli air mineral kerana tidak boleh menerima air perigi yang keruh dan hanyir.

“Sampai bila kami terpaksa melalui keadaan ini? Saya harap pihak bertanggungjawab dapat meninjau keadaan kami di sini. Tolonglah bantu kami mendapatkan bekalan air bersih,” katanya. -SH

Ulasan GB

GB tak mahu komen banyak-banyak. Tuan-tuan baca sendiri komen dari pembaca:



4 ulasan:

Awanama berkata...

Teruskan dedahkan masalah air di negeri yang diperintah UMNO. So you UMNO jangan busy body nak kacau negeri Kelantan dan Selangor dengan masalah air. Kau UMNO pergi selesaikan masalah air di negeri kau atau para blogger yang perihatin akan dedahkan lebih banyak isu air sampai rakyat sedar siapa UMNO ini sebenarnya.

Awanama berkata...

Saya dah buat carian dlm Google Map, dimana letaknya Kampung Sungai Pinang ni.
Negeri yang ada nama Kampung Sungai Pinang ini ialah di Pulau Pinang.Dalam kawasan Balik Pulau. Kalau nak ke sana bolih melalui Jalan Sungai Rusa

Awanama berkata...

anon 12:51

botak kau berjambul, ko ingat sungai pinang cuma satu jer ker, yg dimaksudkan dalam berita di atas ialah kg. sungai pinang di pekan, pahang

SINI

Awanama berkata...

Kan sekarang ni musim nak pilihan raya. Pohonlah untuk dapat air bersih, pasti ada parti-parti politik akan sudi meonolongnya. Kata orang masa yang sesuai sangat. Dan kena dengan tempatnya iaitu di Pekan di mana AP adalah PM sendiri.