21 Jul 2012

Bantah Pelajar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah

Cadangan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah perlu dikaji semula kerana dibimbangi akan mengundang kepada masalah sosial yang lebih serius.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah, Shamsul Bahar Abd Rani berkata, kaedah terbaik perlu dicari untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin sewaktu berada di sekolah.

“Membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah bukanlah satu jalan penyelesaian terbaik yang boleh menjamin keselamatan .

“Sebaliknya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu pada, guru dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh memainkan peranan masing-masing berhubung isu ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Kubur Panjang, Shaharol Niza Omar berkata, walaupun tanpa telefon bimbit dan gajet seperti iPad, masalah disiplin pelajar adalah tidak terkawal pada masa kini, apatah lagi jika cadangan itu dibenarkan.

Menurutnya, adalah sesuatu yang memeranjatkan apabila Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, mengumumkan bahawa pelajar sekolah dibenarkan membawa telefon bimbit dan gajet ke sekolah.

“Kita tidak menafikan bahawa telefon bimbit adalah keperluan tetapi di kalangan pelajar tetapi penggunaannya pada tahap minima.

“Sekiranya masalah menghubungi keluarga dijadikan alasan sewaktu kecemasan, ia tidak logik kerana masih ada pilihan telefon awam atau telefon sekolah,” katanya.

Shaharol Niza berkata, terdapat beberapa perkara yang membimbangkan antaranya dikhuatiri boleh menjejaskan tumpuan pelajar sewaktu dalam kelas dan masa senggang untuk mengulang kaji pelajaran akan digunakan untuk ‘bersosial’ bersama rakan menerusi telefon bimbit.

“Malah, kecanggihan teknologi juga dibimbangi akan membolehkan pelajar mengakses laman yang tidak sewajarnya, jika tiada pemantauan rapi dibuat.

“Beberapa lagi kemungkinan yang timbul ialah berlaku peningkatan kes kecurian di sekolah, sikap menunjuk-nunjuk dan berlumba memiliki telefon bimbit paling canggih, selain membebankan ibu bapa dan waris,” katanya.

Menurutnya, kementerian seharusnya bersikap realistik sebelum memutuskan cadangan itu kerana kewujudan makmal komputer dengan pemantauan guru sudah memadai. -SH

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biasa la.. nak suruh beli ipad 1M... taktik kotor nak mengerah duit rakyat. ipad tu kan ada 3G...

Tanpa Nama berkata...

Situasi di sebuah sekolah.
15 minit sebelum waktu pulang.

Semua pengawas berkumpul dan diberi taklimat.
Maklumat di terima: ada murid hilang iPad.

Kemudian sportchek diteruskan dengan setiap individu diagihkan ke kelas tertentu.

sekejap lagi loceng balik akan di bunyikan.
Perut dah mula memberi isyarat , lapar.
Emak ayah yang menunggu tentu resah.
Lambatnya keluar ada banyak tugas lain perlu diuruskan!

Kalau selalu macam ni, emmmmm

Tanpa Nama berkata...

YTL dapat projek pasang MENARA LAMPU kat sekolah, mcm mana boleh lulus kat kawasan sekolah. Ada kelulusan dari kementerian ke?. Kelulusan majlis Tempatan?. Mudah sungguh haihh. Tu yang beria ia nak bagi budak2 guna telefon. Tentu ramai yang dapat untung. Ibubapa dan murid untung ka?. Tak caya p tinjau kat sekolah, d perak nampak dah banyak.

Tanpa Nama berkata...

saya sebagai guru sangat tidak setuju. benda tu akan menyusahkan saja. sekarang pon dah mcm2 hal. bila tambah benda tu lagi la mcm2 ada. buat dasar menyusahkan orang bawahan.berlaku masalah guru juga yang disalahkan. sekolah dan guru sekarang mana ada orang nak 'backup'. jadi apa2 kena tanggung sendiri. hampeh punya cadangan.

Tanpa Nama berkata...

mmg ada kelulusan daripada kementerian kepada pbt untuk pasang menara yes di sekolah2...
http://btpnsel.edu.my/main/2012/06/menara-1bris-apa-sekolah-patut-tahu/

Tanpa Nama berkata...

anak menteri kaya raya, kalau sekolah tak boleh bawa gadget mesti selekeh punya...

Tanpa Nama berkata...

UMNOPORN sangat setuju supaya pelajar boleh edar gambar lucah sesuai dengan budaya lucah UMNO

manzui berkata...

Jangan susah..... Biarkan keputusan dibuat oleh PIBG. Pihak sekolah beri penerangan yang sebaiknya kepada ibubapa. Pastu buat undian. Itu Keadilan namanya.

Tanpa Nama berkata...

Rasanya kalau sekadar telefon basic n cap ayam yg hanya boleh buat call n sms x de masalah..kita pun tak bolehlah nak menolak teknology moden yg ada sekarang..mgkn boleh diberikan syarat2 utk penggunaan hp ni disekolah...