6 Jun 2012

TGNA: "UMNO Nak Melaga-lagakan Orang, Dah Tak Dak Point"

Muzakarah: Nik Aziz bertelagah rekaan Umno

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata laporan media arus perdana yang menyifatkan beliau bertelagah dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah cerita rekaan Umno menjelang Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU13).

Gambar: Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengiringi Sultan Muhammad V melawat gerai ekspo pertanian.

Perkembangan terbaru, media menggambarkan beliau berbalah dengan presiden parti mengenai isu 'Muzakarah PAS dengan Umno' menyebabkan sehingga kini muzakarah itu tertangguh.


Namun beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan itu adalah 'cerita Umno'.

"Cerita dia nak melaga-lagakan orang, dia sendiri tak dak hujah, tak dak point. Kerja dia melaga-lagakan orang (pimpinan PAS),” katanya sambil menambah perkara itu bukan menjadi 'isu' baginya.

Mengulas muzakarah itu, beliau hanya menyokong cadangannya adalah atas cadangan Presiden PAS, namun apabila cadangan itu ditarik balik, beliau pun menarik balik.

Tuan Guru Nik Aziz bercakap demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Ekspo Pertanian Negeri Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini semalam.

Ekspo bertemakan 'Bertani Satu Ibadah, 'Kelantan Ke Arah Pertanian Organik' bermula semalam hingga 10 Jun itu disempurnakan perasmiannya oleh Sultan Muhammad V. -HD

1 ulasan:

Awanama berkata...

Melagakan orang adalah kerja orang jahat.