4 Jun 2012

Pasca Himpunan Hijau Ke Putrajaya: Masyarakat Bukan-Melayu Turut Sokong PAS

Rakan-rakan kita dari kaum Tiong Hua tumpang teruja dengan sambutan hebat Himpunan Hijau PAS malam kelmarin.

Mereka kini sudah tidak percaya kepada BN, bahkan kepada bekas parti mereka sendiri (MCA), malah mereka mengharapkan 'sentuhan' PAS untuk menggerakkan jentera Pakatan Rakyat menuju Putrajaya.

Berikut ialah cekupan dari FB ABU yang jelas memaparkan kaum bukan-Melayu secara berterus-terang tidak akan mengundi MCA, tetapi sebaliknya akan memilih PAS.

Hal inilah yang menggerunkan Najib dan UMNO, dan sehingga mereka sanggup perhabiskan jutaan ringgit membawa k-pop dan j-pop sebelum ini - untuk menarik sokongan kaum bukan Melayu kepada BN - itu pun gagal apabila tindakan KBS dihentam hebat oleh segenap lapisan masyarakat kerana menggalakkan program yang mencemarkan budaya dan agama rakyat Malaysia.

Keadaan sedemikian menyebabkan Timbalan Presiden UMNO kelmarin persis meminta nyawa ... kerana melihat UMNO BN akan ditimpa malapetaka di dalam PRU13 nanti...


klik imej untuk paparan lebih jelas



Laporan sebelum ini
klik untuk baca





12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

Apalah hebatnya untuk pihak tuan banggakan dengan peningkatan sokongan BUKAN MELAYU kepada PAS? Bukankah ini bermakna, dasar2 yang pihak PAS buat itu lebih disenangi oleh mereka; lebih menguntungkan mereka? Tentu sekali, apabila dasar PAS yang terang2 makin menyerahkan kepentingan2 ORANG MELAYU kepada pihak BUKAN MELAYU, mereka akan menyokong PAS..!

Saya belum dengar lagi orang kapir telah masuk Islam kerana terpikat dengan cara politik PAS.., sebaliknya.., orang kapir sanggup jadi ahli PAS kerana mereka telah nampak kebodohan pemimpin2 PAS.!

Tanpa Nama berkata...

ni buktikan pas dah diterima oleh semua bangsa...xda yg kononnya dulu takutkan hudud saperti yg dicanangkan oleh puak2 bn...

Unknown berkata...

anon 11.49

Bukan PAS, tetapi dasar ISLAM yang menguntungkan semua, bukan saja untuk umat Islam tetapi juga kepada bukan Islam.

Kerana yang membawa Islam itu ialah Nabi Mohd saw - yang merupakan rahmatan lil 'alamin - rahmat kepada sekalian alam.

Kedua, Islam "tidak pernah memaksa bukan Islam memeluk Islam" sekalipun menjalankan pemerintahan Islam.

Ketiga, UMNOlah yang sentiasa menakut-nakutkan Islam kepada bukan Islam dengan memberikan gambaran negatif terhadap hukum-hukum Islam menyebabkan bukan Islam selama ini menjauhkan diri kepada Islam.

Keempat, jika PAS dikatakan bodoh kerana membawa Islam, maka apakah Rasulullah juga bodoh membawa Islam yang kemudiaannya diterima oleh masyarakat Quraisy Mekah sekalipun tidak semua Quraisy itu memeluk Islam, tetapi menerima pemerintahan Islam?

Kelima, apa yang berlaku kini ialah UMNO kini sudah terdesak kerana perjuangan nasionalisme yang bertentangan dengan Islam sudah ditolak oleh rakyat Malaysia. UMNO sudah tidak berupaya lagi untuk memperbodohkan rakyatnya apabila Islam sebenar terpancar melalui perjuangan PAS.

has berkata...

boleh tahan jugak BODOH anon 11:49 AM ni yaaaa... :)

Tanpa Nama berkata...

Hadir tak perlu upah...

suarakyat berkata...

Hehe..bila kita meletakkan bangsa melebihi kepentingan agama..maka akan lahirla insan2 seperti anon 11.49...aku kesian melihat org seperti ini..jauh skali membenci..karna di bahagian otak mereka saraf2nye telah tersekat dek darah kemelayuan sehingga sngp merendahkan agama demi mencapai matlamat melayu mereka.bila jd begini aku menganggap mereka bukan dr kalangan saudaraku..saudaraku adalah terdiri dr mereka yg mempunyai iman dn taqwa kpd Allah tanpa mengira bangsa dn dr mana mereka berasal.

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

Apalah hebatnya untuk pihak tuan banggakan dengan peningkatan sokongan BUKAN MELAYU kepada PAS? Bukankah ini bermakna, dasar2 yang pihak PAS buat itu lebih disenangi oleh mereka; lebih menguntungkan mereka? Tentu sekali, apabila dasar PAS yang terang2 makin menyerahkan kepentingan2 ORANG MELAYU kepada pihak BUKAN MELAYU, mereka akan menyokong PAS..!

Saya belum dengar lagi orang kapir telah masuk Islam kerana terpikat dengan cara politik PAS.., sebaliknya.., orang kapir sanggup jadi ahli PAS kerana mereka telah nampak kebodohan pemimpin2 PAS.!

SALAM...... NAMPAKNYA PEMBERI KOMEN DI ATAS BUKAN DARI KAALANGAN ORANG ISLAM YANG INGINKAN BUKAN ISLAM MENYOKONG ISLAM......

Tanpa Nama berkata...

amatlah sedih sekali org melayu yang beragama ISLAm mempertikaikan PARTI yang cuba membawa kebaikan di atas MALAYSIA ini..kena ingat jika terjadi masalah dan korupsi..bukan sahaja melayu yang kena malahan semua kaum india cina juga akan merasa....maka tugas org ISLAM di malaysia ini berusaha membawa kebaikan pada semua kaum.....akibat cintakan harta dan tamak...org melayu atasan sanggup menakut nakutkan rakyat semua kaum...tak kira india cina melayu...semua di war war kan kalau lah UMNO jatuh maka huru hara.... skang bukan zaman dahulu lagi...dahulu bole la nak tipu... dulu DAP pun tak tau ISLAM ..... jgn cakap la org cina dap jahat...dalam melayu pun ada yang lagi jahat..... semua manusia sama sahaja....yang berbeza agama....kalau amalkan ISLAM secara betul maka jadilah baik....kalau amik sikit sikit ..inilah jadinya...

Tanpa Nama berkata...

Dalam Al Quran takder sebut pun MELAYU..dalam AL QURAN hanya sebut ISLAM!!.... maka bila sebut ISLAM maka semua ada ..cina islam,india islam,banggali islam.melayu islam....

tiada had...dalam ISLAM org cina beragama ISLAm boleh memimpin boleh jadi pemimpin kerna dalam ISLAM tidak zalim pada semua bangsa..org india islam juga boleh jadi IMAM.. berhentilah menipu wahai UMNO dan org yang menyokongnya.....takutlah dengan api neraka......

terbaru akta penulisan di blog dan lama sosial pula di ubah....menampakkan kamu takut!!.... dan berhentilah perasan yang duit krajaan adalah duit parti.... tak malu ker? krajaan MALAYSIA dan parti memerintah adalah 2 perkara yang berbeza!! itupun nak kena ajar?

Ridzuans berkata...

Aik,ada jugak org UMNO pertikai dr segi bangsa.tak pulak dia pertikai Mahathir tu dr bangsa mana smpai bleh jd PM.

Tanpa Nama berkata...

PAS membawa kpd islam..tiada paksaan memeluk islam..krn hidayah utk memeluk islam tu dtgnya drpd Allah..cc anon 11:59

Tanpa Nama berkata...

Jangan marah Anon 11.49..sian die..mungkin dulu die pergi sekolah melayu yang xde pendidikan Islam..tu yang die cume tahu melayu..jangan salahkan die..kita sebagai orang Islam kena sekolahkan orang melayu.biar jadi Islam bukan melayu..jadi melayu tak Islam banyak..Islam dari kalangan bukan Melayu lagi banyak..sebab mereka sukakan HIJAU~