4 Jun 2012

[Flashback Video] Azman Dan Suwandi Tidak Bersalah - Hakim

Kuala Terengganu: Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini membebas dan melepaskan mangsa tragedi tembakan polis di Batu Burok yang berlaku pada 8 September 2007, lima tahun lalu.

Gambar: Sujud syukur di lobi mahkamah sesyen Kuala Terengganu atas kemenangan kes Suwandi dan Azman yg dituduh menyerang polis, menghalang polis menjalankan tugas. Gambar oleh Ustaz Faizul Abas

Kedua-dua tertuduh, Muhammad Azman Aziz, 26, dan Suwandi Ab. Ghani, 43, dibebas dan dilepaskan oleh mahkamah setelah pihak peguam belanya berjaya mewujudkan keraguan dalam perbicaraan tersebut.

Selain Azman dan Suwandi, dua lagi tertuduh di bawah Sesyen 27(5)(a) Akta Polis iaitu Hisham Aziz@Abdul, 43, dan A.Rahman Abdullah, 67, turut dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Mereka diwakili Tetuan Aziz & Co.

Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Mohammad Khalid Haji Ab. Karim membaca keputusan perbicaraan tersebut pada jam 10.15 pagi serta disambut dengan laungan takbir para hadirin.

"Hari ini mahkamah memutuskan kamu, Muhammad Azman Aziz dan Suwandi Ab.Ghani yang didakwa di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan dibebas dan dilepaskan setelah pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan.

"Mahkamah juga membebaskan Hisham Aziz@Abdul dan A.Rahman Abdullah yang dituduh di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis," ujarnya ketika mengumumkan keputusan tersebut.

Sebelum ini, Suwandi dan Azman dituduh bersama 18 orang yang lain pada 8 September 2007, jam 11.40 malam di tempat letak kereta Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Polis yang bertugas ketika menyurai perhimpunan tersebut iaitu Wan Aziz Wan Omar (RF143706) telah melepaskan tembakan peluru hidup hingga hampir meragut nyawa Suwandi dan Azman.

Mereka berdua dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan pembedahan bagi mengeluarkan peluru hidup dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu.

Harakahdaily difahamkan, seramai 350 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan bagi mengawal keadaan dengan melepaskan gas pemedih mata serta tembakan meriam air terhadap orang awam.

Ketua Polis Terengganu ketika itu, Datuk Ayub Yaakob telah menahan reman seramai 23 orang yang terlibat dengan insiden berkenaan.

Hadir sama memberi sokongan moral, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ketua Pemuda PAS Marang, Mohammad Khalil Abdul Hadi bersama lebih 50 orang ahli keluarga dan orang ramai. -HD

Suwandi dan Azman dalam bulatan


Kronologi peristiwa Polis Tembak orang awan dengan peluru hidup di Terengganu

Mungkin sebahagian daripada kita ingin mengetahui bagaimana peristiwa hitam polis yang sepatut mengawal keamanan menggunakan pistol yang dimiliki untuk menembak orang awan bukan satu malah 4 das tembakan pada 8 September 2007.

Polis berkenaan pula memakai pakai seperti orang awam.. apakah haknya menembak sesuka hati. Media massa tidak pun menyebut perkara ini, malah Pendana Menteri bodoh kita yang selalu tidur (Tun selaku kata..) membuat ulasan seperti dalam mimpi.

8 SEPT 2007

12.00 tengahari Petugas ceramah dirikan pentas

5.00 petang Polis arahkan rombak pentas, Polis minta kad pengenalan petugas2 parti

8.00 malam FRU masuk dan mula arahkan bersurai

9.30 malam Polis arahkan tahan orang ramai yang tidak mahu bersurai di sekitar Stesen ESSO.

9.40 malam Dato’ Pesuruhjaya dan lain2 penceramah tiba berhampiran Warong Pak Maidin. Polis pakaian preman cuba menghalang petugas keselamatan yang mengiringi penceramah menjalankan tugas dengan menarik baju. Salah seorang polis preman keluarkan pistol dan menuju ke arah petugas keselamatan lalu mengugut untuk tangkap petugas keselamatan. Polis tidak izinkan masuk ke jalan terbabit.

10.00 malam Orang ramai berkumpul di jalan utama di simpang masuk ke Masjid Batu Buruk.

10.30 malam FRU mula menembak water canon dan gas pemedih mata di kawasan antara ESSO dan Masjid Batu Buruk kira-kira lebih kurang 0.8 km dari tempat pentas didirikan.

Tembakan pertama ke arah orang ramai yang berkumpul di jalan ke Masjid Batu Buruk.

Tembakan water canon dan gas pemedih mata berterusan sehingga jam 1.30 pagi. 12.00 malam

Salah seorang Polis preman cuba menyelinap masuk dalam kumpulan orang ramai membuat provokasi dan dipercayai mengeluarkan pistol lalu menembak ke orang awan dan mengena dada Suwandi Abd Ghani (Binjai Rendah) menyebabkan kecedaraan parah.

Seorang lagi terkena percikan daripada beberapa tembakan dan tercedera di leher. Kedua2nya dikejarkan ke hospital.

9 Sept 2007

1.10 pagi FRU mula berundur sambil menembak water canon dan gas pemedih mata. Orang ramai maju ke hadapan sambil menghalau FRU dan polis.

1.30 pagi FRU dan polis berundur sepenuhnya. Kerosakan harta awam seperti Lampu Trafik, Pasu Bunga Besar MPKT, Signboard Besar Idris Jusoh, dan membakar kon dan alat penghadang jalan di tengah2 jalanraya dilakukan oleh mereka yang tidak dikenali. Orang ramai terus kekal di jalanraya berhampiran selekoh masijd Batu Buruk dengan mengadakan sekatan jalanraya sehingga berlarutan jam 2.30 pagi, baru bersurai.

3.00 ptg- Semua tahanan di bawa ke Mahkamah.

3.30 ptg- Mangsa Pertama yang ditembak dibawa ke HUSM Kubang Kerian, Kelantan.

6.00 ptg- Mangsa pertama tiba di HUSM dan disambut oleh Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian yang diketuai oleh YB Ustaz Baihaki Atiqullah.

6.35 Ptg - Mangsa pertama yang ditahan polis dibebaskan dengan ikat jamin.

8.00 Mlm- Semua 17 mangsa tahanan dibebaskan, kecuali 5 orang direman ( termasuk 2 orang yang ditembak dengan peluru hidup)

9.15 mlm- Mangsa tembakan pertama di HUSM, dikunjungi Oleh Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Datuk Dr Haron Din serta beberapa exco Kelantan.

9.45mlm - Mangsa tembakan pertama dimasukkan ke bilik bedah untuk mengelurakan peluru hidup dibahu beliau.

SENARAI MANGSA KEGANASAN POLIS

1) Suwandi Abd Ghani
Pekan Binjai Rendah21400 Marang.
AJK Pemuda Marang
Ditembak di bahu dan peluru masuk ke paru-paru oleh polis preman

2) Muhamad Azman bin Aziz
249 A Kg Masjid Hj KadirPasir Panjang
Pemuda Pasir Panjang
Terkena percikan tembakan polis preman

3) Ahmad Badarul Imsham bin Muhammad
Kena pukul, cedera di kepala

4) Abdul Razak Ismail - Pembantu Pejabat di Markaz Tarbiyyah Kuala Terengganu
Cedera di kepala

5) 17 orang kena tahan termasuk Abd Razak Ismail






Ulasan GB

Syukur alhamdulillah.

Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan menyerlahkan Suwandi dan Azman tidak bersalah. Dulu GB pernah mengulas. Petikan:

.....kes Suwandi dan Azman di Terengganu jelas menunjukkan polis telah bertindak secara wewenangan dengan menggunakan senjata api dan rakyat telah melahirkan rasa marah serta tidak puashati terhadap apa yang disifatkan penyalahgunaan kuasa oleh anggota polis terutama kepada orang awam.

Modus operandi "menembak mati supaya mudah tidak lagi dibebankan dengan pembuktian di mahkamah" perlu dihentikan segera kerana ia adalah satu tindakan pengecut yang mana polis dilihat tidak mahu bertanggungjawab di atas tindakan mereka sendiri.

PDRM perlu menghormati hak untuk hidup setiap manusia semasa menjalankan tugas. Dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia, Artikel 3 menyatakan bahawa “Setiap orang berhak untuk hidup” dan Artikel 5 menyatakan bahawa “Tiada sesiapa pun boleh dikenakan seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan.”

Artikel 4 dalam Prinsip Asas Penggunaan Kekerasan dan Senjata Api oleh Pihak Penguatkuasa 1990 (Basic Principles on the Use of Force and Firearms by Law Enforcement Officials) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa “Pegawai-pegawai pihak penguatkuasa, dalam menjalankan tugas seboleh mungkin menggunakan cara tidak keras sebelum terpaksa menggunakan kekerasan dan senjata api.”




4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sama-sana doakan allah tumbangkan pemerintah yang zalim

Tanpa Nama berkata...

Aku konfius le, 2 org tu yg kena tembak dgn peluru hidup, depa kena saman ke? Yg menembak depa tu tak kena saman ke? konfius le aku ni.
Mahaf le, agak2 aku ni konfius sbb dah lama dok dikonfius ole BN/UMNO .

Tanpa Nama berkata...

sebaiknya kes ini tidak berkhir begitu sahaja. mangsa wajarmengemukakan saman tuntut ganti rugi yang setimpal. ini kes yang melibatkan nyawa, tidak seharusnya berterusan setelah lebih 5 dekad malaysia merdeka.

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn anon ke2 dan ke3, org yg kena tembak pulak kena bela diri, habis yg menembak macamana pulak, tak didakwa ke? kalau macam tu senang2 ja polis tembak org tak bersalah boleh lepas macam tu aja.
macamana reaksi dan sensitiviti kita yg lain2 terutama pemimpin pas dlm membela saudara kita yg teraniaya?

keadilan mesti dituntut drp polis gila tu, tu nasib baik 2 org pas tu masih hidup dan tak cacat, kalau mati ka, cacat ka, macamana dgn isteri dan anak2 menghadapi hidup hasil drp kekejaman polis gila.

tapi tak apa, di dunia kau polis berleluasa lah, dlm neraka nnti hang rasa azab!